BAB 3

Romance Completed 11857

Telefon yang berada di tangan aku pandang sebelum bertindak menghubungi Ammar, kawan baikku dari sekolah menengah sampailah sekarang. Aku mahu dia ambil aku kat sini sekarang jugak! Boleh jalan-jalan! Hehehe…

AMMAR menghantar pesanan mengatakan yang dia sudah sampai. Aku pun cepat-cepat keluar dari tandas dan menuju ke meja makan yang menempatkan Pak Su Aril, bakal Mak Su Jiha dan Uncle Azfar. Dari jauh aku sudah nampak batang hidung Ammar. Segera aku menggamitnya.

“Lamanya Noorin pergi tandas?” Soal Pak Su Aril sebelum menyedut air minumannya.

Aku hanya tersengih dan duduk disebelah bakal Mak Su Jiha. Makanan yang sudah dibeli Pak Su Aril segera aku kunyah perlahan. Malas nak membuka mulut, nanti kantoi dengan Pak Su pulak!

“Assalamualaikum,”

Aku segera pandang Ammar dan berhenti makan. Pak Su Aril, bakal Mak Su Jiha dan Uncle Azfar masing-masing menjawab salam Ammar.

“Am,” tegur Pak Su Aril.

Ammar senyum sebelum memandang aku. Aku mengisyaratkan padanya supaya diam sahaja. Dia mengangguk faham.

“Pak Su, Noorin dengan Am nak pergi rumah kawan kitaorang ,” ujarku lalu mencapai beg tangan seraya berdiri.

“Eh, tak nak teman Pak Su dengan Mak Su cari barang ke?”Pak Su sudah mengerutkan dahinya.

Aku cepat-cepat menggeleng.

“Takpelah, Pak Su, Mak Su, lain kali jelah,” Aku sudah berdiri disebelah Ammar. Aku pandang sebentar Uncle Azfar yang hanya bertindak menjadi pemerhati perbualan kami dari tadi.

“Hmm…take care. Am tengokkan Noorin ye,” pesan Pak Su Aril. Ammar mengangguk. Aku bertindak menyalam Pak Su Aril dan bakal Mak Su Jiha. Pada Uncle Azfar aku hanya melemparkan senyuman sebelum berlalu bersama Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience