BAB 2

Romance Completed 11857

Aku terkulat-kulat memandang Pak Su Aril dan bakal Mak Su aku yang berlalu membeli makanan sebaik sahaja kursus kahwin selesai. Meninggalkan aku dan Uncle Azfar berdua. Lelaki itu seperti biasa dingin selalu. Aku nak pandang pun tak lalu. Aku yang banyak cakap ni boleh jadi pendiam kalau tinggal berdua je dengan kawan bapa saudara aku ni! Tapi diam hanya menambah kekok, kan? Baik aku cakap, walau aku tahu kalau cakap dengan Uncle Azfar sebijik macam cakap dengan tiang!

“uncle tak bawak ke tunang uncle?” Aku sudah memulakan bicara. Handphone aku yang berada di atas meja sengaja diputar-putar. Menghilangkan bosan!

Lelaki itu hanya menggeleng perlahan. kan, aku dah cakap! Dia ni spesis tunggul agaknya!

“Kenapa tak datang?Hish, rugi betul! Seelok-eloknya majlis macam ni kena pergi berdua. Baru romantic,” kataku, bersungguh campur hairan.

Aku pulak yang ter’over’ reaksi! Uncle Azfar relaks je. Relaks ke tiada perasaan? Alaa…dia ni mesti jenis tak kisah!

“Eh, bila yek majlis Uncle ? Nanti boleh Noorin plan nak bagi hadiah apa kat Uncle,”Sekali lagi aku bertanya. Dah macam orang gila! Cakap sorang-sorang, walau ada orang!

“Mesti Uncle dah tak sabar nak kahwin kan? Yelah lepas kahwin ada orang yang boleh jaga makan minum uncle,” Aku masih mencuba ‘membuka’ mulut lelaki itu untuk sekian kalinya.

Uncle Azfar hanya memeluk tubuhnya sebelum berdehem beberapa kali. Bengang agaknya aku asyik bertanya! Tapi aku lagi bengang, sebab pertanyaan aku tak dilayan! Hish, lama betul Pak Su pergi beli makanan! Rungutku. Aku pandang jam. Baik aku blah pergi tandas ke apa dari duduk sini!

“Aah…alamak sakit perut!”jeritku perlahan tetapi tetap mengundang reaksi Uncle Azfar. Perut aku tekan beberapa kali. Kononnya sakit sangat. Pada hal mahu lari!

“Kenapa?” Akhirnya suara ‘emas’ milik Uncle Azfar keluar jugak. Itupun satu perkataan je! Memang tension la perempuan yang jadi bini Uncle Azfar!

“Perut Noorin sakit. Nak buang air besar. Nanti Uncle cakap kat Pak Su, Noorin pergi ladies ye,” pesanku seraya bangun dari kerusi. Muka aku mesti tak boleh blah! Berkerut-kerut. Feeling tengah sakitlah ni!

Uncle Azfar mengangguk kepalanya, faham. Tanpa membuang masa aku bergerak ke tandas dengan muka yang masih berkerut. Sampai di tandas, aku melepaskan nafas kelegaan! Hish, Noorin baik kau jadi pelakon dari jadi cikgu! Kata hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience