BAB 9

Romance Completed 11857

Setengah jam sudah berlalu, cerita Mohabaten juga sudah tamat lalu tangga ke tingkat atas aku panjat. Tak sabar nak jumpa katil! Mengantuknya. Tubuh Azfar sudah terbaring di atas katil. Dengan rasa mengantuk yang sudah mencapai tahap maksimum, aku segera merebahkan tubuhku disebelah lelaki itu. Baru sahaja memejamkan mata, aku kembali membukanya semula dek wajahku yang terasa hangat disapa nafas milik Azfar.

Terkebil-kebil mataku memandangnya.

“Aw…awak nak buat apa ni?” Tergagap-gagap aku bertanya. Gementar. Hilang terus rasa mengantuk!

Dia merenung mataku dalam. Membuatkan aku kaku sendiri.

“ Expressing my feeling,” ringkas jawapannya sebelum membawaku menikmati perasaan yang tidak pernah kualami selama ini.

“MIANG!” marahku lalu membaling bantal ke lantai. Sakit hatiku bila mengenangkan kejadian malam semalam. Sebaik bangun dari tidur, aku segera membersihkan diri dan gerak ke sekolah. Aku tidak mahu bertembung dengan lelaki gatal tu! Oleh itu, sejurus waktu sekolah tamat, aku terus ke rumah nenek. Terkejut nenek menerima kunjungan tak terdugaku itu. Namun, nenek tak berkata apa-apa.

“Pak cik tua gatal! Ambil kesempatan! Pervert!” Habis semua keluar dari mulutku yang sedang di amuk marah ni!

Kalau boleh aku nak hempuk-hempuk mukanya dengan bantal. Biar puas hati aku! Mujur sahaja dia takde. Tapi, bila difikir-fikir,entah apa yang nak aku marahkan dengan lelaki itu. Dia Cuma mengambil haknya dalam diriku. Menjadikan kami sama-sama memiliki dan dimiliki. Dia langsung tak menggunakan kekerasan.

Aku mengeluh berat. Sepatutnya aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku sudah melunaskan tanggungjawab zahir dan batin padanya. Tapi aku rasa terkilan kerana perkara itu terjadi bukan atas dasar cinta. Hanya sprit melunaskan tanggungjawab! Perasaanku terhadapnya masih kabur. Tapi aku tahu ada rasa yang sedang memenuhi ruang hatiku kala ini. Rasa untuk dia.

Aku segera menyapu air mata yang mengalir di pipi tatkala nenek memanggilku untuk makan. Sedih-sedihlah jugak. Bila sampai masa makan, jangan nak berlapar pulak! Bukan idea yang baik kalau bersedih dalam keadaan berlapar.

Bila aku tiba di dapur, wajah Azfar menyapa pandanganku. Lelaki itu sedang duduk elok disebelah Pak Su Aril. Nampaknya dia baru sampai dari tempat kerja kerana badannya masih tersarung kemeja yang selalu dipakainya ke pejabat.

“Noorin salam Azfar ni dulu,” tegur nenek bila aku sudah menarik kerusi untuk duduk. Dengan lambat-lambat aku bergerak mendekati suamiku itu dan menyalamnya.

“Dah, jemput makan semua,” pelawa Pak Su Aril bila semuanya sudah mengambil tempat.

Aku menikmati makan malamku tanpa menghiraukan Azfar yang sekali-sekala mencuri pandangku. Sunyi sepi sahaja makan malam kami, Cuma sesekali suara Pak Su dan nenek sahaja yang kedengaran. Selesai makan malam, aku membantu nenek mengemas dapur sebelum mengambil keputusan untuk naik semula ke bilikku.

Belum sempat aku masuk ke bilik, Pak Su Aril memanggilku dari arah biliknya. Di tangannya terdapat sehelai baju t-shirt dan kain pelikat miliknya.

“Bagi kat Azfar,”arah Pak Su Aril. Aku hanya mengangguk dan terus menghilang ke bilikku.

Aku meletakkan baju dan kain pelikat yang diberi Pak Su Aril tadi di atas katil. Sementara menunggu Azfar mandi, aku membuka almari pakaian, mencari baju tidur untuk di pakai. Aku mengeluh. Semua baju tidur yang aku tinggal mendedahkan betis memandangkan semua pyjama aku bawa ke rumah Azfar. Aah, apa susah, pakai jelah dengan kain batik! Tekadku lalu mencapai baju tidur separas betis itu bersama kain batik.

Dalam masa yang sama, Azfar keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Badannya yang terdedah itu menyesakkan dadaku, teringat kembali peristiwa malam semalam. Panas mukaku secara tiba-tiba. Tanpa berlengah, aku menuju ke bilik mandi.

Siap mandi, aku melihat suamiku itu sedang melipat sejadah sebelum meletakkan sejadah di penyidai, baru selesai solat. Aku pulak terus menghala ke cermin solek dan melabuhkan duduk di kerusi. Dari ekor mataku, lelaki itu masih lagi memandangku dengan muka dinginnya.

Tuala kecil di tangan aku gunakan untuk mengelap rambut yang masih lembab. Aku rasa sangat marah bila dia masih tidak mengalihkan perhatiannya dariku. Tanpa sedar aku menjelingnya.

“You’ve been childish to me!” serangnya tiba-tiba dalam nada yang sukar aku kesan. Marah atau dingin?

Aku segera berpaling menghadapnya. Tajam mataku menentang anak matanya. Senang hatinya mengelarkan aku begitu!

“Siapa yang budak-budak kat sini?” marahku dan berdiri.

“Awak lari macam tu je pagi tadi! Tak budak ke macam tu?” sindirnya lalu merapatiku. Dia sudah bercekak pinggang.

“Oh, okey. Saya budak. Kalau dah tahu saya ni budak-budak, kenapa awak bersetuju bila Pak Su Aril cadangkan awak kahwin dengan saya? Kenapa, huh?” Suaraku sudah meninggi.

“Kenapa awak yang matang ni tak cari perempuan lain yang lebih matang macam awak tu? Kenapa saya?” Aku sudah hilang kesabaran. Sangat geram sehingga air mataku mengalir.

“Noorin, i’m already 34 years old. Saya dah ada segalanya kecuali isteri. Bila Farah lari seminggu sebelum majlis tu saya jadi buntu. Orang akan mengata keluarga saya. Masa tulah Aril bagi cadangan supaya mengahwini awak,” keluhnya.

Aku mengetap bibir.

“Mungkin bagi awak saya dah ambil kesempatan atas hubungan yang terjalin antara saya dan Aril. Tapi bagi saya perkahwinan bukan perkara yang main-main. Bila saat awak bersetuju, saya dah belajar untuk mencintai awak. Tapi awak tolak bila saya nak sentuh awak semasa malam di rumah keluarga saya. Pada saya, awaklah yang main-main dan tak matang dalam hubungan kita,” Dia masih menyalahkan aku.

“But, you still get me right?” sinisku sambil memeluk tubuh.

“Hmm…saya Cuma nak buktikan yang saya masih ada perasaan,”

Aku membulatkan mataku. Selambanya dia cakap macam tu. Ini mesti kes Mohabaten yang dimana aku kata dia takde perasaan bagai.

“Pak cik tua gatal! Miang!” kutukku tanpa memandangnya.

“Takpe, saya miang dan gatal dengan isteri saya je,” balasnya lalu menarikku ke dalam pelukannya. Memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience