BAB 6

Romance Completed 11857

“Far, kau jagalah anak saudara aku ni baik-baik. Dia ni manja. Cakap main lepas je, tapi hati dia baik,” pesan Pak Su Aril sebaik sahaja majlis sambut menantu dipihak lelaki selesai.

Azfar mengangguk, faham. Wajahku yang berada dalam pelukan nenek dipandangnya sekejap sebelum memandang semula Pak Su Aril.

Nenek memelukku kejap. Macam tak nak lepaskan aku! Bakal Mak Su Jiha hanya mampu mengukirkan senyuman padaku. Aku membalasnya dengan senyuman tawar.

“Kalau ada masalah nanti, bawak bincang. Jangan nak ikut kepala Noorin je,” nenek pulak memberi nasihat. Aku Cuma mengangguk.

“Kalau Noorin buli, kau bagitahu aku. Tahulah macam mana aku nak brainwash budak ni,” tambah Pak Su Aril lagi disambut tawa yang lain.

Lelaki yang sudah bergelar suamiku itu hanya tersenyum nipis manakala aku diam menunduk.

“okeylah, kami gerak dulu,” Nenek sudah meminta diri, mahu beredar. Aku sudah bertindak menyalami nenek dan bakal Mak Su Jiha sebelum Pak Su Aril. Azfar juga begitu.

Kereta jenama Vios milik Pak Su Aril yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumah orang tuanya Azfar mengundang sayuku. Kini, tinggallah aku bersama lelaki itu. Memulakan langkah kami dalam hubungan suami isteri pula.

“Jom, masuk,” ajak Azfar. Aku mengangguk dan membuntuti langkahnya memasuki rumah banglo kepunyaan keluarga Azfar.

Di dalam bilik Azfar, aku termanggu-manggu seorang diri. Besar sungguh bilik lelaki itu! Pak Su Aril tak pernah cakap pun yang Azfar anak orang kaya! Haih, rasa rendah diri pulak aku! Nasib baik mama dan papa Azfar baik orangnya tidak menyombong macam orang kaya dalam tv, kalau tidak memang kesianlah aku!

Jam di dinding aku kerling. Sudah pukul 10.00 malam. Nasib baik sahaja aku sudah membersihkan diri seterusnya solat. Seharian berdiri dan melayan tetamu yang bertandang, benar-benar memenatkan aku. Lantas tubuh yang kepenatan aku baringkan di atas katil.

Bunyi pintu bilik yang dikuak dari luar membuatkan aku berdebar dengan tiba-tiba. Azfar! Aku segera memejamkan mata, berpura-pura tidur. Bimbang kalau Azfar mahu bertindak lebih malam ini selepas tidak melakukannya di rumah nenek.

Lelaki itu merebahkan tubuhnya disebelahku sebelum mencampak bantal golek yang berada diantara kami. Apabila tangannya sudah mendarat di pipi, aku membuka mataku seluas-luasnya dan kami saling berpandangan. Dia langsung tidak terkejut sebaliknya meneruskan perlakuannya tadi sehinggalah tangannya menyentuh bibirku. Mukanya semakin didekatkan dengan mukaku sehingga bibir kami bertaut.

Untuk beberapa seketika kami begitu sehingga aku merasakan tangannya bergerak liar di dalam bajuku. Segera aku menolak tubuhnya. Terkejut! Tetapi lelaki itu tetap dengan muka bersahajanya. Takde rasa marah ke?

“Saya penat,” ujarku ringkas, memberi alasan. Lelaki itu hanya mengangguk. Selepas itu aku menyelimuti tubuhku dan mengiring membelakanginya. Biarlah apa lelaki itu mahu fikir pun! Yang penting saat ini, aku mahu tidur tanpa diganggu!

AZFAR membawaku pulang ke rumahnya selepas bermalam di rumah keluarganya selama tiga hari. Rumah teres yang dibelinya tahun lepas itu mengandungi 4 bilik tidur. Cukup besar untuk kami berdua. Hiasan dalaman rumahnya juga aku kagumi, cukup santai dan tak sesak mata memandang! Kenalah dengan seleraku.

“Ini bilik master. Bilik kita. Saya dah tukar almari yang besar sikit. Boleh letak barang awak dan saya sekali. Sebelah kanan ni bahagian saya. Sebelah kiri ni bahagian awak,” terangnya sambil menunjukkan bahagian yang dimaksudkannya sebentar tadi.

Aku mengangguk sambil memandang persekitaran dalam bilik ini. selesa. Terdapat sebuah katil bersaiz king yang bercadar putih, sofa sudut, meja kerja serta bilik mandi. Warna bilik juga mendamaikan! Citarasa yang bagus! Bisik hatiku.

“Awak tak nak kemas barang?” Tanya Azfar yang sudah merebahkan badan di atas katil dengan mata yang terpejam.

“Kenapa? Awak nak tolong ke?” Entah apa yang merasukku untuk berkata begitu. Spontan aku menekup mulut. Hish, mulut ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience