BAB 11

Romance Completed 11857

SETELAH beberapa bulan menghilangkan diri dari keluarga tercinta, aku akhirnya terpaksa menjejakkan kaki semula ke rumah nenek kerana Pak Su Aril bakal berkahwin. Aku tidak tahu bagaimana hubungan bapa saudaraku dengan suamiku itu selepas aku pergi, dan aku kembali untuk menamatkan semuanya. Tidak ada guna aku terusan melarikan diri, sedangkan kenyataan tetap tak berubah! Sesungguhnya pengalaman memang mendewasakan seseorang.

“Mana Noorin pergi?”Tanya Pak Su Aril dengan air muka bimbangnya.

“Bercuti. Jalan-jalan satu Malaysia,” balasku selamba serentak itu nenek mencubit perutku tanpa sempat aku mengelak.

Muka nenek berubah. Aku tahu apa yang bermain difikiran nenek. Nampaknya rahsiaku sudah pecah.

“Noorin,” panggil nenek dengan suara keras. Aku menundukkan kepala.

“Dah berapa bulan ni?” Tanya nenek, masih lagi serius. Pak Su Aril terpinga-pinga sendiri.

“Berapa bulan apa mak?” Pak Su Aril sudah mengajukan soalan pada nenek.

“Berapa bulan dah kandungan kamu ni?”Ternganga Pak Su Aril mendengarnya.

“Noorin mengandung?”

Aku mengangguk perlahan akhirnya, mengaku.

“Dah 4 bulan,” sambungku lagi.

“Patutlah nampak tembam semacam,”celah Pak Su Aril lalu memandang tubuhku dari atas sampai bawah.

“kenapa sembunyi Noorin? Tak baik kamu buat Azfar macam tu,”nasihat nenek padaku. Pak Su Aril mengangguk kepalanya, setuju dengan pertanyaan nenek tadi.

Aku hanya menunduk.

“Noorin tahu tak, Azfar macam orang gila cari Noorin,” terang Pak Su Aril lalu mengunyah donut coklat Jacko yang dibelinya tadi.

“Sekarang kan Noorin dah balik dan Noorin akan selesaikan semuanya,”Jawabku dengan yakin.

“Selesaikan apa?”

Aku berpaling ke muka pintu demi mendengar suara yang begitu dekat dalam hatiku itu. Azfar! Mesti Pak Su Aril sudah memberitahunya tentang kedatanganku. Aku menjeling ke arah Pak Su Aril yang hanya membuat muka selambanya.

“Far, masuklah,”pelawa Pak Su Aril dengan ramahnya. Nampaknya mereka masih berkawan baik.

Azfar masuk dan berdiri di sebelahku. Wajah itu masih dingin seperti biasa kecuali ketika dia ‘tertangkap’ dengan Farah dulu.

“Nek, Ril saya mintak izin bawak Noorin naik bilik dulu ye?” pinta Azfar sopan.

Aku membulatkan mataku. Apa? Bapa saudaraku dan nenek mengangguk sambil tersenyum memandangku. Aku segera berdiri.

“Tak payah! Kita selesaikan kat sini je. Depan semua!” bantahku namun tidak dipedulikannya malah tubuhku dicempungnya ke bilikku.

“Apa ni?”jeritku setelah tubuhku selamat mendarat di atas katil. Aku segera membetulkan blausku. Blaus yang sedangku pakai ini agak luas lehernya.

“Apa pandang-pandang!” marahku bila aku sedar yang dia masih memandangku.

Dia masih bersahaja. Langsung tidak terkesan denganku.

“I’m looking at something that fully mine. Tak salah, kan?” ujarnya dengan senyuman nipisnya.

Aku membalasnya dengan senyuman sinisku. Dasar miang!

“Lelaki macam awak ni tak pernah puas dengan satu,kan? Mana Farah? Dia kan ada untuk puaskan awak,” sindirku seraya berdiri.

“Sebagai lelaki normal saya akan jawab ye untuk soalan awak tu.

Maklumlah saya ditinggalkan lebih 4 bulan lamanya kan. Tapi, bukan Farah orang yang saya mahukan untuk diri saya. Bukan jugak orang lain. Dan untuk pengetahuan awak, Farah dah kahwin. Jadi tentulah dia dengan suami dia,” jelasnya sambil memeluk tubuhnya.

Aku menjelingnya.Yelah tu.

“Ha…ha…ha…ulasan awak menarik. Tapi saya susah nak percaya. Lagipun, suami Farah tu awaklah kan? Sebab awak dan dia kan dah…”

“Tak jadi apa-apa hari tu. Farah Cuma letakkan ubat tidur dalam minuman saya sebab dia dah mengandung dan lelaki tu tak nak bertangungjawab. Jadi, dia perangkap saya untuk menutup rahsianya.Tapi sekarang dia dengan lelaki tu dah kahwin,” potongnya sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.

Berlipat dahiku mendengarnya. Betul ke?

“Kalau awak nak tahu, Farah dulu putuskan pertunangan kami sebab dia kata saya macam tunggul kayu,tak romantik dan dingin. Macam yang awak pernah kata, saya takde perasaan,” sambungnya dalam masa yang sama memerliku.

Aku mengetap bibir, serba-salah. Namun, dalam masa yang sama sakit hati jugak kerana kata-katanya langsung tidak seperti memujukku, perli adalah! Dia masih merenungku, mengharapkan aku membalas kata-katanya tadi.

Aku kembali duduk di birai katil tanpa berkata apa-apa pada lelaki itu. Aku sedar aku perlu memohon maaf padanya kerana sudah bersangka buruk padanya. Tapi aku malu.

“So, macam mana awak nak selesaikan masalah kita? Sebab sekarang terbukti saya tak bersalah,” tekannya dengan lagak serius. Bercekak pinggang lagi.

Aku meneguk air liur dengan payah demi mendengarnya. Dia mahu kami berpisah ke? Tadi, aku yang beria dan bertekad mahu berpisah. Sekarang, dah, terbalik pulak!

Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. Menatap anak mataku. Tajam! Saling meluahkan rasa melalui pandangan mata. Aku melarikan anak mataku bila air mata sudah bertakung di tubirnya. Tubuh aku angkat dan berpaling dari memandangnya.

“Untuk menebus salah saya kerana salah sangka dengan awak, saya pinta awak lepaskan saya,” putusku, tegas lebih dipengaruhi emosi. Serentak itu tanganku ditariknya. Aku terhumban betul-betul di atas badannya. Nafasku turun naik dengan pantasnya akibat tindakannya tadi. Tetapi dia masih bersahaja, tetap merenungku seperti tadi.

Entah bagaimana dan bila masanya, sekarang dia pula berada di atasku. Masih setia menikam mataku dengan pandangannya.

“I miss you like crazy! Dan bila awak balik, awak nak saya lepaskan awak? Awak memang tak matang! Macam budak-budak!” keras suaranya meluahkan isi hatinya. Aku memejamkan mata bersama air mata yang mengalir lesu di pipi.

“Saya tak matang! Saya budak-budak! Jadi awak le…” Aku tak sempat menghabiskan ayatku bilamana dia sudah mencium bibirku.

“I’m not letting you go again. Cause i’ve already fallen for you. Only you!” luahnya dengan anak mata yang sudah berkaca. Bicaranya membuatkan aku teresak-esak menangis di dadanya. Inilah saat yang aku tunggu, saat dia mengikrarkan cintanya hanya untukku.

“Me too.I’m sorry,”akuiku perlahan.

Dia mengucup dahiku, lembut sebelum bertindak meletakkan telapak tangannya di perutku yang semakin membulat dan mendaratkan bibirnya di situ pula. Aku sedikit terkejut dengan perbuatannya itu. Dia tahu?

“Dah masuk empat bulan, kan?”Soalnya dengan wajah teruja. Tak pernah aku melihat wajah terujanya selama tempoh kami bersama, sehinggalah saat ini.

Aku mengangguk walau dalam hati terselit kehairanan macam mana dia boleh tahu usia kandunganku dengan tepat. Adakah dia terdengar perbualanku bersama nenek dan Pak Su Aril tadi?

“Macam mana awak tahu? Awak dengar saya cakap dengan nenek tadi ye?” Aku cuba mengorek jawapan.

Dia menggeleng sebelum bangun dan menyandar di kepala katil. Dia menarikku untuk duduk di sisinya. Aku menurut dan meletakkan kepalaku di bahunya.

“Saya kira,” jawabnya ringkas membuatkan aku terkejut. Dia kira? Macam mana?

“Selama hampir setahun kita hidup bersama saya dah hafal bila kitaran haid awak datang. Sebagai suami dan lelaki yang matang, tentulah saya prihatin dengan setiap perubahan awak. Sebelum awak merajuk lari tinggalkan saya sebab kes Farah tu, awak langsung tak tinggalkan solat walau dah jatuh tarikh yang sepatutnya awak datang,kan? “ Tanyanya.

Aku mengangguk dengan muka yang sudah memerah. Memang betul aku sudah terlewat dari tarikh sebenar periodku. Tapi tak sangka pulak dia sedar.

“Dari situlah saya buat andaian rambang. Selain itu, bila saya angkat awak tadi andaian saya semakin kuat. Bila saya tarik awak jatuh atas saya, saya boleh rasa perut awak dan awak dah berat dari biasa,”

“Apa?” marahku. Berat ni isu sensitif perempuan serata dunia! Boleh pulak dia dengan selambanya cakap aku berat? Lagipun, aku jadi berat begini pun sebab dia jugak!

“Sorry, tapi itu hakikatnya. Awak dah berat,” ujarnya bersahaja. Langsung tak memikirkan perasaan aku!

Aku bergerak menjauhinya. Merajuk! Tapi dia menarikku kembali ke pangkuannya.

“Awak dah berat tapi berat yang saya suka,” tambahnya lalu memelukku, menyejukkan hatiku kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience