BAB 7

Romance Completed 11857

Azfar membuka matanya seraya memandangku. Aku mengetap bibir. Serba salah kerana meluahkan kata-kata begitu.

“Apa yang saya dapat kalau saya tolong?”Dia kembali menyoalku dengan wajah yang serius dan suara yang mendatar sahaja.

Dapat apa? Soal hatiku sendiri. Takkanlah minta tolong kemas barang yang setakat 3 beg itu pun nak upah duit! Melampaulah tu!

“Hmm…takpelah. awak rehat. Biar saya kemas barang saya ni dulu,” dalihku lalu segera mendapatkan beg-beg milikku dan membukanya satu persatu. Azfar pula kembali memejamkan matanya di atas katil.

“AUWWW!!!” jeritku, kesakitan. Azfar yang sedang menyiapkan kerjanya di bilik bergegas turun ke bawah.

“Kenapa?” Soalnya sambil memandang wajahku.

Aku hulurkan jari yang sudah berdarah dek penangan mata pisau yang tajam. Berair mataku menahan sakit. Lelaki itu segera menilik jariku yang berdarah itu sebelum mengheretku ke sinki dan membasuh darah yang memancut keluar tadi.

“Jangan masak kalau tak pandai,” keras suaranya menyindirku.

“Mana awak tahu saya tak pandai masak? Saya ni juara masak okey, kalah chef wan!” tipuku, sengaja. Panas telingaku mendengar sindirannya itu.

“Saya kenal awak dah lama. Dari umur awak limabelas tahun. Selama sepuluh tahun saya keluar masuk rumah nenek awak tu, tak pernah saya tengok awak memasak. Nak tipu saya lagi?” perlinya lagi sambil membalut jari yang terluka dengan plaster yang diambilnya dari peti kecemasan tadi.

Aku mencebik. Sedih! Memanglah aku tak pandai masak, tapi sekurang-kurangnya hargailah usaha aku nak memasak untuk pertama kalinya! Hati batu! Langsung tak peduli perasaan orang kalau nak bercakap tu!

“Saya nak cuba memasak untuk kita berdua makan. Hargailah sikit usaha saya.Sampaikan hati awak cakap macam tu!”rajukku lalu menarik tangan dari pegangan Azfar dan bergerak naik ke bilik sebelum tertidur dengan air mata.

Pipi yang terasa dielus lembut menyedarkan aku dari lena. Aku tersenyum dalam keadaan mamai. Nenek! Nenek sedang duduk di sebelahku!

“Nenek,” rengekku, manja. Sejak bila pulak nenek datang? Ahh, tak penting! Yang penting aku memang rindukan nenek.

“Rindunya,” meleret suaraku sambil tanganku menggapai muka nenek.

Nenek merapatkan mukanya dan menghadiahkan kucupan di bibirku. Bibir?

Aku memejam dan membuka kembali kelopak mataku. Ini bukan nenek! Ini…

“Uncle Azfar!” jeritku dan segera bangun. Akibat tindakan meluluku itu kepalaku terhantuk di hidung lelaki itu.

Terjerit suamiku itu sambil memegang hidungnya. Tajam matanya memandangku. Mungkin sakit sangatlah kot. Siapa suruh buat macam tu! Masuk kali ini sudah dua kali bibirku menjadi sasarannya!

“Jom, turun makan,” ajaknya lalu berdiri dan masih lagi memegang hidung.

Aku mengangguk. Bagai terlupa kejadian di dapur tadi yang membuatkan aku merajuk sehingga tertidur kerana mulutnya yang tajam itu.

“Sorry,” pintaku sambil menyanggul tinggi rambutku.

“Hmm…” balasnya ringkas.

Aku berjalan membuntutinya. Tiba-tiba langkahnya berhenti dan berpaling memandangku.

“ By the way, Noorin, don’t call me Uncle Azfar anymore. I’m no longer your ‘uncle’, i’m your husband,” pesannya, tegas!

“Err.. tadi saya lupa. Ingat kita tak kahwin lagi,”kataku lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

“Bukan nenek?” sindirnya.

“Itu pun ye jugak,”balasku selamba.

“Apa?”Tinggi suaranya.

“Eh, tak. Saya mimpi nenek tadi,” bohongku

“Hmm…” jawabnya kemudian beriringan denganku ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience