BAB 12

Romance Completed 11857

Majlis perkahwinan Pak Su Aril berlangsung dengan meriahnya. Kedua-duanya nampak gembira dan sangat sepadan! Kahwin jugak bapa saudaraku itu akhirnya! Harap-harap bertambah matanglah lepas ni.

“Yang ni?” Tunjukku pada lauk ayam kurma di atas meja.

Azfar menggeleng.

“Ayam masak merah?” Aku sudah memegang senduk dari tray hidangan itu.

Dia mencebik pulak.

“Awak nak makan apa ni? Semua lauk yang saya tunjuk, semua awak tak nak,” keluhku padanya.

Dia menghantar pandangan tajamnya padaku. Marahlah tu!

“Saya tak selera nak makan semua ni,” ujarnya lalu menanggal songkok miliknya dan menarikku duduk di kerusi yang berdekatan.

“Habis tu awak nak makan apa?” Tanyaku.

“Saya nak makan apa yang awak masak. Sekarang !” arahnya tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi kehairanan. Macam mana aku nak masak, kalau aku tak reti? Selama ini pun dia yang masak untuk aku.

“Tapi, saya tak reti masak. Awak tahu, kan?”

“Awak masak jelah. Makanan awak rentung pun saya janji saya akan telan!” bersungguh-sungguh dia berkata padaku.

“Tapi…”

“Saya nak sekarang!” Azfar sudah membentak kecil. Aku segera memandang sekeliling. Risau ada mata yang memandang kami.

“Hmmm…”Akhirnya aku bersetuju.

PAK SU ARIL ternganga melihat sahabat baiknya iaitu suami aku menelan makanan yang aku masak tadi dengan berselera! Sekali-sekala bapa saudaraku itu mengerdipkan matanya, seperti tidak percaya yang suamiku itu sanggup menelan lauk yang hampir rentung itu.

“Sedap ke Far?” Tanya Pak Su Aril yang sedang duduk di sisi isterinya.

Azfar mengangguk laju dengan mulut yang masih mengunyah makanan. Aku juga sedang kehairanan. Bagaimana dia boleh menelan masakan aku tu?

Aku pandang nenek yang tersenyum dari tadi. Nenek langsung tak menggambarkan air muka terkejut atau hairan dengan selera suamiku itu.

“Far, tekak kau ni sihat ke tak? Makanan yang kau telan ni tak serupa makanan manusia tau. Kau sedar tak?”

Aku menjeling Pak Su Aril. Suka hati panggil makanan aku bukan makanan untuk manusia. Memanglah!

“Sudah Ril jangan kacau Azfar. Dia tu tengah mengidam,”Nenek akhirnya bersuara.

Berkerut dahiku mendengarnya. Bukan aku ke yang sepatutnya mengidam bagai ni?

“Eh, apasal pulak Azfar yang mengidam mak? Bukan dia yang mengandung,” Pak Su Aril semakin hairan.

“Biasalah. Sesetengah pasangan, isteri mengandung, suami yang mengidam. Mintanya jugak yang bukan-bukan. Yang dulu dia tak suka, sekarang jadi suka pulak,” terang nenek membuatkan kami semua mengangguk faham.

“Ril harap kalau Jiha mengandung nanti, janganlah Ril yang mengidam. Seram!” kata Pak Su Aril di sambut tawa yang lain.

Aku tersenyum manis tatkala pandanganku dan Azfar bersatu. Lelaki itu hanya bersahaja, tetap dengan air muka yang macam tiada perasaan itu.

Tetapi aku masih boleh merasakan cintanya yang kuat untukku hanya melalui pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience