Seorang lelaki berpakaian kemas memandu sebuah kereta Honda menuju ke suatu lokasi. Dia memakai kemeja dengan kad kuasa polis yang digantung pada lehernya. Terdapat gambar lelaki tersebut memakai seragam polis dengan pangkat Lans Koperal pada lengannya.
"Perhatian kepada semua pemegang walkie-talkie, panggilan kecemasan daripada 247 saya ulang 247 terdapat penemuan mayat di dalam sebuah rumah kosong di jalan Haji Mahmud. Diminta untuk pergi ke sana sekarang." Kata seorang operator melalui radio polis.
"Di sini 244, 5 minit daripada lokasi. menuju ke sana sekarang." Jawab lelaki itu.
Lelaki itu bernama Lans Koperal Ditektif Amran Sazali, seorang Ditektif polis yang bertugas di Bukit Aman dan juga merupakan bekas anggota tentera. Amran terus memecut laju keretanya menuju ke lokasi kejadian.
Setelah sampai, dia melihat beberapa anggota polis lain sudah berada di sana.
"Apa yang terjadi di sini?" Tanya Amran kepada seorang anggota polis.
"Ada dua orang budak gatal sangat nak cari hantu sekali jumpa mayat kat dalam." Jawab anggota tersebut.
Amran memasuki rumah usang tersebut dan dia terkejut dengan apa yang dia lihat. Terdapat banyak mayat-mayat yang lengkap berkain kafan dalam posisi terbaring di atas lantai. Apa yang mengerikan, kesemua mayat dalam keadaan tanpa kepala.
Beberapa anggota forensik yang sedang menangkap gambar pun ada yang muntah-muntah melihat keadaan di situ yang sangat mengerikan. Amran melihat mayat-mayat yang terbaring di atas lantai. Kesemua mayat masih berdarah dan sudahpun berulat.
"Macam mana mayat-mayat ni semua boleh ada kat sini." Tanya Amran kepada rakannya, Lans Koperal Halim.
" Mayat-mayat ni semua macam digali dan dibawa ke sini. Kami turut terima laporan kalau ada beberapa kubur yang digali dan mayat di dalam kubur itu hilang. Seperti dicuri." Jawab Lans Koperal Halim.
Amran ada melihat sebuah patung yang berada di hadapan mereka. Patung itu diperbuat daripada emas dan ia berkepala seekor kambing namun berbadan manusia. Dihadapan patung itu terdapat sebuah tembaga yang ditutup rapi.
"Cuba kau bukak tembaga tu." Arah pegawai atasan mereka, ASP Syahrul azwari.
Beberapa anggota mengikuti arahan ASP Syahrul lalu mereka membuka tembaga tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kepala-kepala mayat-mayat yang hilang itu berada di dalam tembaga tersebut. Kepala-kepala itu nampak sudah mereput dan berulat.
Kejadian itu sangat mengerikan. Amran perasan jika ada mantera-mantera aneh yang ditulis di dinding. Mantera-mantera yang ditulis dalam bahasa Arab.
Amran melihat sebuah lambang iaitu lambang kepala seekor kambing yang sama seperti kepala kambing pada patung di situ. Ketika Amran melihat lambang itu tiba-tiba muncul bayangan tentang kisah silam Amran dahulu. Kisah silam yang cuba dia lupakan selama lima tahun.
Amran terkejut dan berundur beberapa langkah ke belakang. Entah kenapa ingatan tentang kejadian itu muncul kembali di dalam fikirannya. Kejadian mengerikan itu membuat dia tidak dapat tidur malam.
"Amran"
Amran tersentak dengan panggilan daripada ASP Syahrul. Dia menoleh ke belakang lalu dia pun menuju ke arah ASP Syahrul.
"Kau dah kenapa aku tengok kau tenung je dinding tu. Dah macam nak cium dinding tu pun ada." Kata ASP Syahrul.
"Takde apalah tuan saya cuma tak cukup tidur." Kata Amran.
"Tulah tengok bola sampai larut malam." Kata ASP Syahrul.
Di rumah...
Amran pulang ke rumahnya. Setelah pulang dia langsung duduk di atas sebuah sofa untuk melepaskan penat. Dia sangat letih dengan kes hari ini ditambah lagi dia sempat bergaduh dengan seorang makcik di jalan tadi.
Amran teringat akan kejadian 5 tahun lalu. Kejadian itu menyebabkan dia menamatkan perkhidmatan di dalam tentera dan pulang ke kampung halamannya iaitu di Kuala Lumpur.
5 Tahun lalu...
Satu unit pasukan tentera mengepung sebuah kawasan terowong yang gelap gelita. Mereka menodongkan senjata ke arah pintu keluar terowong lalu mereka mendengar suara. Suara tapak kaki but tentera.
Dari dalam terowong, muncul seorang lelaki berseragam tentera yang kotor dan sedikit koyak berjalan dalam keadaan lemah ke arah mereka. Lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah dan tangannya memegang sepucuk pistol. Lelaki itu akhirnya terjatuh dan akhirnya pengsan.
Setelah terbangun, dia berada di dalam sebuah hospital. Segala lukanya sudahpun dirawat. Setelah sembuh lelaki itu memutuskan untuk keluar dari tentera.
Lelaki itu adalah Amran. Lans Koperal Detektif Amran Sazali yang berpangkat Leftenan Muda sewaktu masih berkhidmat di dalam tentera. Setelah keluar daripada tentera, Amran yang tidak dapat mencari pekerjaan mendapat tawaran menyertai polis daripada Kementerian Dalam Negeri lalu dia menerimanya.
Kembali ke masa sekarang. Amran masih teringat akan kejadian itu. Dia masih ingat bunyi jeritan rakan-rakannya yang lain.
Keesokan harinya, Amran berada di Bukit Aman. Dia diberitahu oleh seorang anggota polis jika ASP Syahrul ingin bertemu dengannya.
Amran segera menuju ke pejabat ASP Syahrul. Setelah sampai dia mengetuk pintu dan memberi salam.
"Assalamualaikum, Tuan." Ucap Amran.
"Waalaikumussalam, duduk-duduk."
"Seperti yang kau tahu tentang kejadian semalam, kau akan uruskan kes ini. Aku harap kau terima tugas ni dengan hati yang terbuka" Kata ASP Syahrul.
"Saya terima tuan." Balas Amran menerima tugas yang diberi.
"Oh ya! Kau akan dapat partner baru untuk gantikan Lim yang dah dipindahkan ke Sarawak."
"Boleh saya tahu siapa dia tuan?"Tanya Amran.
"Lans Koperal Detektif Mawar Amirah. Daripada IPK Kuala Lumpur. Dia akan bantu kau untuk handle kes ni." Jawab ASP Syahrul.
"Oh. Bila dia akan datang ke sini?" Tanya Amran lagi.
"Sekarang dan dia dah ada kat belakang kau."
Amran yang merasa bingung segera menoleh ke belakang. Dia melihat seorang wanita berkulit putih yang memakai baju berwarna hitam. Wanita itu berumur dalam lingkungan 20-an. Terdapat gambar wanita tersebut memakai seragam polis pada kad kuasa polis yang digantung pada lehernya.
"Detektif Amran ini partner baru kau, Detektif Mawar. Harap korang berdua boleh menjalankan tugas dengan baik."
Amran segera berdiri dan memperkenalkan diri "Assalamualaikum, nama aku Amran bahagian siasatan jenayah unit siasatan khas Bukit Aman." Kata Amran yang memperkenalkan diri.
Mawar hanya memandang Amran tanpa banyak bercakap lalu dia pun duduk.
"Sombong nor budak baru ni." Kata Amran di dalam hati. ASP Syahrul hanya ketawa kecil.
"Assalamualaikum Tuan saya Detektif Mawar daripada IPK Kuala Lumpur dan saya baru dipindahkan ke sini. Saya nak tahu tentang perkembangan kes ini." Kata Mawar kepada ASP Syahrul.
"Masih belum ada petunjuk. Kami masih jalankan siasatan. Kau dan Amran akan uruskan kes ini. Harap korang boleh kerja dengan baik."
Di Lokasi kejadian...
Amran dan Mawar berada di lokasi kejadian. Mereka memakai vest berwarna hijau terang dan berlogo PDRM. Kesemua mayat di tempat itu sudah dipindahkan dan dikebumikan semula.
"Hasil siasatan kami, kami menjumpai beberapa buku-buku pelik yang berisikan mantera dalam bahasa Arab. Kami yakin jika kes ini bersangkut paut dengan aktiviti khurafat dan satanism." Kata Sarjan Azam kepada Amran dan Mawar.
"Huh, zaman sekarang masih ada orang buat benda macam ni." Kata Mawar pula.
Amran pun membalas "Benda-benda khurafat ni tak ikut zaman. Dia tetap akan ada sampai bila-bila."
"Apa-apa jelah." Balas Mawar.
Dari kejauhan Amran terpandang seseorang yang memakai baju sut berwarna hitam. Lelaki itu memandang ke arah mereka dengan senyuman. Amran cuba mendekati lelaki itu namun dia dipanggil oleh Mawar.
"Kau tengok apa tu?"Tanya Mawar.
"Aku nampak..." Amran menoleh namun lelaki itu sudah hilang.
" Takde apalah." Jawab Amran.
"Masih tak dapat lupakan kisah silam kau ye...
Leftenan Amran Sazali."
Amran tersentak apabila Mawar memanggil dirinya dengan pangkat terakhirnya dalam tentera.
"Apa?"
"Leftenan Muda Amran Sazali, batalion ke 5 Rejimen Renjer Diraja. Memiliki pengalaman 13 tahun di dalam tentera pernah terlibat dalam pertempuran di sempadan Thailand dan pernah menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kerana keberanian kau selamatkan 50 orang tentera di dalam sebuah operasi rahsia. Ya, aku kenal kau siapa."
Amran terkejut bukan kepalang. "Macam mana kau tahu aku siapa? dan macam mana kau tahu aku merupakan bekas tentera?" Berbagai soalan muncul dalam fikirannya.
Mawar hanya tersenyum. Dia kemudiannya beredar dari sana meninggalkan Amran yang masih dibelenggu seribu satu soalan. Siapa dalang disebalik kes ini? Siapa sebenarnya Mawar dan macam mana dia boleh tahu identiti Amran dan yang paling penting, adakah semua ini ada kena mengena dengan kejadian 5 tahun lepas?
BERSAMBUNG...
Share this novel