Bab 8 (The End)

Thriller Completed 2644

Amran terjaga daripada pengsan. Dia menyedari dirinya berada di dalam sebuah rumah usang yang nampak sangat menakutkan. Amran bangun sambil memegang kepalanya yang terasa sangat sakit kerana dipukul.

"Papa!"

Satu suara mengejutkan Amran. Dirinya segera menoleh untuk mengenal pasti suara siapakah itu.

"Raina!"

Rupanya, suara itu milik Raina yang berada di belakangnya. Raina segera berlari mendapatkan bapa kandungnya setelah sekian lama mereka tidak bersua muka. Anak beranak itu berpelukan dengan sangat erat.

"Raina. Nasib baik Raina selamat."

Dari belakang, mereka mendengar suara tapak kaki menuju ke arah mereka. Amran yang mendengar bunyi itu dengan segera dia mengambil sebatang kayu yang berada di atas lantai dan bersiap sedia untuk menyerang sesiapa sahaja yang muncul.

"Raina tunggu kat belakang ya. Papa nak tengok-tengok sekejap." Kata Amran sambil membelai kepala anaknya itu. Raina hanya mengangguk.

Amran melangkah perlahan-lahan menuju ke arah sebuah pintu. Bunyi tapak kasut itu semakin kuat. Amran mengangkat kayu dan bersiap sedia untuk menyerang namun rupanya...

"Hei, kau nak bunuh aku ya?" Rupanya dia adalah Mawar yang turut terperangkap di dalam tempat ini.

"Mawar? macam mana kau ada kat sini?" Tanya Amran kehairanan.

"Aku akan cerita selepas ini. Tapi sekarang kita kena cari jalan keluar dari tempat ni. Aku dah keliling kawasan ni dekat lima kali." Jawab Mawar.

"Kita kat mana sebenarnya?"

"Siapa budak tu?" Tanya Mawar pula sambil melihat Raina.

"Raina Humairah. Anak perempuan aku dengan bekas isteri aku." Jawab Amran.

"Jadi itulah anak kau ye."

Saat itu, mereka kembali mendengar bunyi tapak kasut.

"Siapa pulak tu?" Tanya Amran kepada Mawar.

"Manalah aku nak tahu." Balas Mawar pula.

Lalu dari dalam kegelapan, muncullah seorang gadis yang menuju ke arah mereka. Dia adalah adik perempuan kepada Mawar iaitu Aida Rafikah.

"Kakak!"

"Adik!'

Adik beradik itu berpelukan sesama mereka. Tanpa sedar air mata mereka mengalir di pipi.
Amran hanya memandang mereka berdua sambil tersenyum nipis.

Di luar rumah kosong itu, sebuah kereta berwarna hitam sampai di hadapan rumah. Kereta itu dipandu oleh seorang anggota polis dan di tempat duduk belakang, terdapat seorang wanita yang duduk di sana. Dia adalah Mastura.

"Betul ke tempat ni?" Tanya Mastura kepada anggota polis itu.

Anggota polis itu menjawab "Kereta Koperal Amran ada di depan. Inilah tempatnya."

Anggota polis itu menggunakan radio polis dan cuba menghubungi HQ "Hello Aman 1, di sini Ampang 1, saya jumpa rumah kosong disyaki tempat sasaran berada. Over."

"Aman 1, good job. Over."

"Ampang 1, patut ke saya masuk ke dalam. Over."

"Negative Ampang 1. Tunggu pasukan lain. Out."

"Jadi macam mana?" Tanya Mastura.

"Maaf puan saya tak dapat masuk ke dalam. kita kena tunggu polis lain datang."

"Apa! Awak tahu tak nyawa mereka dalam bahaya? Takkan awak nak duduk diam je?"

"Maaf puan tapi saya perlu ikut arahan."

Mastura tidak dapat menerimanya lalu dia secara senyap menggunakan sejenis bahan kimia yang kemudian dia sembur pada wajah anggota polis itu.

"Woi! Kau buat apa.." Anggota polis itupun pengsan setelah terkenan bahan kimia.

Mastura mengambil pistol Revolver milik anggota polis itu dan menggari tangannya. Selepas itu, dia keluar dari kereta dan bergerak masuk ke dalam rumah banglo itu. Tujuannya hanyalah satu iaitu untuk mencari Raina, anak perempuannya.

Sementara itu, Amran, Raina, Mawar dan Aida mula cuba untuk mencari jalan keluar. Namun mereka menyedari jika mereka hanya berpusing-pusing dan akhirnya kembali ke tempat tadi.

"Ni bukan ke tempat sama tadi? Kita kat mana ni?"

Mereka seakan-akan terperangkap dalam sebuah laluan yang berputar-putar tanpa adanya jalan keluar. Di saat mereka berempat dalam keadaan kebingungan, tiba-tiba...

"Ahhhhh!"

Raina terkejut melihat makhluk yang berada di belakang mereka begitu juga dengan Amran dan yang lain. Mereka melihat, seekor makhluk yang nampak seperti manusia tetapi berkepala seekor kambing dengan wajah yang sungguh mengerikan. Makhluk itu mendekati mereka.

"Astaghfirullahalazim, makhluk apa ni?"

Bunyi ngauman makhluk itu sungguh mengerikan. Amran cuba untuk membaca ayat-ayat Al-Quran yang dia ingat namun tubuhnya tiba-tiba terangkat dan tercampak ke belakang.

"Ya Allah Amran!"

Tiba-tiba, mulut Mawar mengeluarkan darah. Darah yang keluar membuak-buak membuatkan dirinya terjatuh di pangkuan adiknya.

"Ya Allah! Akak!"

Di Alam manusia, Mastura yang masuk ke dalam rumah terbiar itu menemui sebuah ruangan dan alangkah terkejutnya dirinya apabila Amran, Raina, Mawar, Aida Rafikah dan Hamdan berada di ruangan itu dalam keadaan pengsan.
Mastura segera berlari untuk mendapatkan Raina dan tanpa sengaja dia terpijak kepala Hamdan yang baru sahaja sedar dan ingin mengangkat kepalanya.

"Ya Allah! Raina! Raina!"

Mastura cuba sedaya upaya untuk membangunkan anak perempuannya namun dia gagal. Tiba-tiba, dia menyedari Mawar yang terbaring di atas lantai mengeluarkan darah diikuti dengan Amran yang turut mengeluarkan darah dari mulut.

Ternyata di alam ghaib itu, Amran sedang dicekik oleh iblis jahat itu. Amran tidak mampu melawan dan hanya mampu mengungkapkan kalimah "Allahuakbar!"

Raina hanya mampu menangis melihat keadaan menakutkan itu. Amran kemudian terjatuh dengan mulut yang berdarah-darah. Iblis itu menghampiri Raina.

Melihat Iblis itu menghampiri Raina, dengan segera Amran menyerang makhluk itu sambil mengucapkan takbir Namun dengan mudah dia ditewaskan. Saat itu, Aida menyelamatkan Raina dan membawanya.

"Aduh, sakit kepala otak aku!"

Hamdan tersedar daripada pengsan dan dia melihat Mastura di hadapannya.

"Eh? Cik ni bukan bekas isteri Amran ke?"

"Encik ni bukan kawan bekas suami saya ke?"

Hamdan segera menghampiri Amran yang sedang terbaring.

"Jasad dia ada di sini tapi jiwa dia di alam lain. Saya akan cuba tolong dia."

Hamdan memegang kepala Amran lalu membaca ayat-ayat Suci Al-Quran. Tiba-tiba, papan yang menutupi tingkap ruangan itu hancur sedangkan tiada apa di situ. Namun Hamdan tetap fokus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Di saat Iblis itu ingin membunuh Amran, tiba-tiba kedengaran bunyi bacaan Al-Quran. Makhluk itu tiba-tiba mengerang seperti kesakitan. Melihat keadaan itu, Amran menghalakan tangannya lalu membaca ayat-ayat Al-Quran yang dia hafal.

Bacaan ayat Al-Quran daripada dua arah membuat makhluk itu seperti hilang kawalan. Amran mengenali suara itu yang merupakan suara Hamdan. Tahulah dia Hamdan sudah tersedar daripada pengsan.

Saat itu, tubuh iblis itu mulai mengeluarkan darah yang banyak dari mata, mulut, hidung dan mata. Sebelum musnah, makhluk itu menjerit dan berkata "Dengarlah kalian wahai anak Adam! Masanya sudah semakin hampir! Si buta sebelah mata akan keluar dari kurungan dan menyebarkan fitnahnya di muka bumi ini untuk menyesatkan umat Islam. Fitnah dia merupakan Ujian terbesar bagi umat Islam."

Lalu seketika selepas pertarungan selama beberapa minit, makhluk itu akhirnya hancur dan berubah menjadi debu berwarna hitam.

"Huh!?"

Amran dan yang lain akhirnya tersedar daripada pengsan mereka. Mastura merasa amat gembira melihat Raina yang tersedar lalu dia memeluk anak perempuan satu-satunya itu dengan begitu erat. Dia tidak ingin kehilangan darah dagingnya itu.

Hamdan dengan segera membuka ikatan pada Amran. "Apa kau hadap kat sana?"

"Aku akan cerita nanti."

Dari luar, beberapa orang anggota polis muncul lalu segera memberikan bantuan kepada mereka. Amran dan yang lain dihantar ke hospital dengan ambulan. Amran meraup wajahnya bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan dirinya daripada penyembah-penyembah syaitan itu.

Beberapa bulan kemudian...

Di sebuah jalan di sekitar Kuala Lumpur, beberapa orang anggota polis kelihatan sedang melakukan pemeriksaan jalan raya. Pemeriksaan ini bertujuan bagi mengesan pemandu yang tidak memiliki lesen memandu atau cukai jalan yang telah tamat tempoh. Terlihat, salah seorang daripada mereka ialah Amran.

Selepas kejadian di rumah agam itu, Amran telah dinaikkan pangkat sebagai seorang Sarjan namun kini Sarjan Amran bukan lagi seorang Detektif. Dirinya memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Detektif dan memilih untuk menjadi anggota polis biasa.

Ketika sedang berehat selepas beberapa jam berdiri di tengah panas, Amran yang memakai seragam polis berwarna biru gelap terlihat satu susuk tubuh seorang lelaki sedang bersembunyi di sebalik sebuah pokok. Pada mulanya, Amran tidak mengesyaki apa-apa namun kemudian barulah dia menyedari jika lelaki itu ialah Ramlan, ketua kumpulan penyembah syaitan. Ramlan terus melarikan diri dan hilang di kerumunan orang ramai.

Di Bukit Aman, Mawar masih lagi bertugas sebagai Detektif dan dia masih menyiasat di mana keberadaan Ramlan. Ramlan kini berada di dalam senarai penjenayah yang dikehendaki. Dia akan diadili di Mahkamah atas segala tindakan yang telah dilakukan. Namun kerana kes ini, dia mengalami tekanan yang sangat teruk.

Saat sedang membuka sebuah buku lama, Mawar melihat sekeping gambar lama yang diambil pada tahun 1950 namun apa yang pelik, di dalam gambar itu terdapat wajah Ramlan namun rupanya masih sama seperti sekarang. Seakan-akan dia tidak pernah menua. Mawar mengambil buku itu dan akan melakukan siasatan dengan lebih mendalam.

Amran yang kepenatan pulang ke rumah setelah bergaduh dengan seorang makcik tua di jalan. Ketika memandang ke luar, dia terlihat Ramlan berada di luar rumahnya. Amran yang melihat kelibat Ramlan dengan segera mengambil pistol lalu segera berlari keluar namun malangnya kelibat lelaki itu tekah menghilang entah ke mana.

Dari jauh, Ramlan bersama beberapa orang pengikutnya sedang memerhatikan Ramlan dari jauh. Dengan menguntumkan satu senyuman nakal, dia berkata "Ia masih belum berakhir."

TAMAT...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience