Bab 4

Thriller Completed 2644

Mastura berjalan keluar daripada sebuah kafe menuju ke arah kereta miliknya. Dia sangat sibuk menguruskan sebuah kafe yang merupakan perniagaan miliknya menyebabkan dia balik lewat malam. Ketika sedang berjalan, seseorang memanggilnya dari belakang.

"Mastura!"

Mastura menoleh ke belakang dan dia melihat Amran bersama seorang Konstabel polis mendekati dirinya.

"Aduh mamat ni lagi."

"Mastura, tolonglah bagi saya peluang kedua." Rayu Amran.

"Awak nak apa lagi? Dah hampir lima tahun kita bercerai." Kata Mastura yang merasa terganggu dengan kehadiran Amran.

"Saya nak jumpa Raina. Tolonglah. Saya dah lama tak jumpa dia." Jawab Amran.

Namun Mastura tidak membenarkannya lalu berkata "No! Awak ingat dia boleh terima awak lagi ke sekarang ni? lepas awak keluar dari tentera satu sen pun awak tak bagi pada kami. Awak langsung tak kisah kepada kami. Saya perlu kerja setengah mati untuk tanggung keluarga kita."

"Saya bukan Amran yang dulu. Saya sekarang dah berkerja. Awak nampak kan kad kuasa polis ni?" Kata Amran lagi sambil menunjukkan kad kuasa polis miliknya.

"Sudah! cukup! keputusan saya muktamad. Tolong jangan kacau saya dan Raina lagi. Kalau tak saya buat laporan polis." Ancam Mastura.

"Awak lupa ke saya ni pun polis?"

Mastura tidak membalas. Dia beredar meninggalkan bekas suaminya itu.

"Dahlah koperal. Baik kita fokus pada tugas kita je." Kata Konstabel polis itu.

Amran hanya mengangguk. Dia pun berjalan menuju ke kereta untuk pergi ke Hospital kerana terdapat tugas di sana. Kereta Honda Civic itu dipandu laju menuju ke hospital.

Sementara itu di Hospital, lelaki yang menyerang Mawar semalam dalam keadaan terbaring di atas katil dan tergari sambil diluar dua anggota polis sedang berjaga di pintu keluar. Lelaki itu yang terbangun tiba-tiba membaca sebuah mantera dari dalam mulutnya. Mantera misteri di dalam bahasa Arab.

Lalu secara tiba-tiba semua lampu di sana tiba-tiba terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita. Salah seorang anggota polis yang berjaga di sana pergi untuk memeriksa apa yang terjadi sementara seorang lagi anggota polis terus berjaga di sana.

"Aaaaaaarrrrrrgggghhhh!"

Anggota polis itu terkejut mendengar bunyi jeritan. "Apa yang jadi kat dalam tu?"

Anggota polis itu mengeluarkan pistol jenis Glock 17 lalu masuk ke dalam dengan menggunakan sebuah lampu suluh.

"Ya Allah! Mana banduan tu?"

Lelaki itu sudah hilang. Katil lelaki itu nampak bersepah dengan beberapa kesan darah. Anggota polis itu segera melaporkan kejadian itu kepada anggota polis lain melalui walkie-talkie.

"Hello semua nama panggilan 21, banduan telah hilang. Saya ulang, banduan telah hilang. Ganti."

Tiada jawapan. Walkie-talkie nya seperti tidak berfungsi. Anggota polis itu bingung dengan apa yang terjadi. Sekali lagi dia cuba menggunakan walkie-talkie.

"Hello semua nombor panggilan 21, banduan telah hilang. Saya ulang banduan telah hilang. Ganti."

Tetap tiada jawapan.

"Tiada apa yang kedengaran. Habis."

Di saat anggota polis itu sedang menyuluh kawasan itu, dia melihat...

"Allahuakbar."

lelaki itu melekat di atas dinding seperti seekor labah-labah dengan mulut yang mengeluarkan darah. Anggota polis itu jatuh terduduk dengan wajah yang sangat ketakutan.

"Apa jadi kat sini?"

Seorang pengawal keselamatan hospital yang datang ke sana kerana mendengar bunyi bising turut terkejut melihat lelaki itu. Dia dirasuk oleh sejenis jin.

Anggota polis itu mengeluarkan pistol dan ingin melepaskan tembakan ke arah lelaki itu namun ditegah oleh si pengawal keselamatan. Dia memberi isyarat supaya Anggota polis itu pergi ke belakang.

"Aku berlindung dengan-Mu Ya Allah, dengan kalimat-kalimat suci-Mu." Ucap pengawal keselamatan itu.

Pengawal keselamatan itu lalu membaca ayat AL Quran surah al-Baqarah ayat 1-3.

Muncul bunyi dari belakang yang mengalihkan perhatian mereka. Saat mereka memandang kembali ke hadapan lelaki itu hilang.

"Mana lelaki tu?" Tanya anggota polis itu.

"Raggghhh."

Lelaki yang dirasuk itu tiba-tiba ada di belakang. Dia berkata:

"Ketua kami telah berjanji di hadapan Allah SWT akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam AS sehingga ke hari kiamat. Itulah janji kami dan akan kami laksanakan sehingga ke hari kiamat."

Pengawal keselamatan itu menjawab dengan lantang:

"Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada umat Islam Al-Quran dan Sunnah. Selagi mereka berpegang teguh kepada kedua-dua itu maka mereka tidak akan sesat."

Lelaki yang dirasuk itu melompat dan ingin menyerang pengawal keselamatan itu namun pengawal keselamatan itu kembali menghalangnya. Dia membaca Ayat kursi dan tiba-tiba jin yang merasuki tubuh lelaki itu berkata:

"Akan datang suatu hari nanti, ketika ladang kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan hasil, ketika air sungai furat sudah mengering sehingga munculnya gunung emas, Ketika seluruh kawasan Jazirah Arab sudah menghijau, maka akan keluarlah seorang lelaki yang akan datang dari timur. Dia adalah keturunan Yahudi yang berasal dari kota Samirah. Dia akan mengelilingi dunia selama 40 hari. Dia akan menyesatkan seluruh Umat Rasulullah SAW dan membuat mereka berpaling daripada ajaran tauhid."

Pengawal keselamatan itu bertanya:

"Siapakah yang akan datang daripada keturunan Yahudi itu wahai Jin kafir laknatullah."

"Dajjal Al-Masih!" Jawab makhluk itu dengan suara yang sangat kuat.

"Subhanallah Alhamdulillah lailahaillallah Allahuakbar."

Akhirnya atas izin Allah SWT jin itu berjaya di usir dari tubuh lelaki itu. Lelaki itu terbaring lemah dengan darah keluar dari mulutnya. Namun lelaki itu tetap masih dapat mengukir satu senyuman di bibirnya.

(Sumpah! betul-betul gila makhluk ni. Aku yang cipta watak ni pun pelik dengan dia.)

Anggota polis lain serta beberapa jururawat sampai di wad itu. Mereka segera membawa lelaki itu keluar dari sana. Pengawal keselamatan itu mengucapkan Alhamdulillah dan memuji kekuasaan Allah SWT.

Keesokan harinya...

"Serius lah?"

Mawar terkejut melihat keadaan di wad itu.

"Aku dah cakap benda-benda khurafat ni orang akan sentiasa buat tak kira zaman. Sekarang kau dah percaya?" Kata Amran kepada Mawar.

"Entahlah. Aku macam tak percaya." Jawab mawar.

"Ikut kau lah." Balas Amran.

Ketika sedang memandang ke luar, Amran melihat lelaki yang memakai sut hitam. lelaki sama yang dia lihat di tempat kejadian tempoh hari.

"Mawar kau tolong uruskan kat sini kejap. Aku nak keluar kejap." Kata Amran yang ingin mengejar lelaki itu.

"Kau nak pergi mana tu?" Tanya Mawar.

"Adalah hal sikit. Kau tolong kejap Eh." Kata Amran yang terus bergerak keluar.

"Dah kenapa mamat ni? Kejar orang tak bayar hutang ke?" Tanya Mawar kepada Konstabel Chen.

"Hayya biasalah tu koperal. Makan pedas manyak-manyak jadi itu macamlah." Jawab anggota polis berbangsa cina itu

Amran menuruni tangga dengan sangat sangat pantas. Dia meluru keluar dari bangunan hospital dan cuba mencari lelaki itu. Dia yang memakai vest hijau berlogo PDRM melihat ke segala arah untuk mencari lelaki yang memakai sut hitam itu.

Amran melihat lelaki itu di berdekatan dengan sebuah lorong lalu dengan pantas Amran cuba berlari ke arah sana namun malangnya kelibat lelaki itu telah menghilang.

"Mana mamat tu?"

Tiba-tiba, muncul seorang lelaki menaiki motosikal yang membuang sebuah kotak di hadapan Amran. Amran cuba mengejar lelaki itu namun dia telah melarikan diri. Amran mengambil dan melihat isi di dalam kotak itu dan isi kotak itu sangat mengejutkan.

"Apa semua ni?"

Amran melihat gambar Mastura dan anak perempuannya di dalam kotak tersebut. Terdapat sebuah nota yang tertulis ayat "Jangan sampai nyawa mereka melayang kerana kau."

Di rumah Mastura...

"Raina, tolong sediakan mangkuk. Lauk dah nak masak dah ni." Pinta Mastura dengan suara yang lembut.

"Ok, mama." Jawab gadis berumur 13 tahun itu dengan sopan. Dia yang sudah meningkat remaja tidak pernah melawan kata-kata ibunya walaupun sekali. Semuanya hasil didikan Mastura yang menanamkan ilmu agama secukupnya kepada anak perempuannya itu.

Ketika Mastura sedang menyedok nasi, kedengaran bunyi siren polis dan juga suara ketukan.

"Siapa pula datang malam-malam ni?"

Mastura segera mengambil tudung lalu berjalan ke arah pintu. Saat dia membuka pintu...

"Amran? Awak buat apa kat sini? Kan saya dah kata jangan kacau keluarga saya lagi." Tanya Mastura yang sangat terkejut melihat kehadiran Amran bersama satu pasukan anggota polis.

"Mastura. Dengar cakap saya. Awak dan Raina mesti keluar dari sini. Keadaan dah jadi tak terkawal." Kata Amran dengan nada yang serius. Dia tidak mengenakan baju kemeja seperti biasa sebaliknya dia memakai seragam polis berwarna biru gelap dengan pangkat Lans Koperal pada bahunya. Tugasnya sebagai Detektif membuat dia sangat jarang memakai pakaian seragam.

"Awak cakap apa ni? Sudah-sudahlah! Saya takkan izinkan awak jumpa Raina. Kami berdua boleh hidup tanpa awak lah." Balas Mastura yang tidak menyedari nyawanya dan anak perempuannya sedang terancam.

"Tolonglah, pergi dari hidup kami. Tolonglah...Tuan." Kata Mastura lagi yang tidak lagi memanggil Amran dengan panggilan "Awak" namun dengan panggilan "Tuan" seperti orang awam biasa yang bertemu dengan anggota polis.

"Mastura, kalau awak nak saya pergi OK. Lepasni saya akan minta dipindahkan ke Sarawak dan lepastu saya janji saya takkan cari awak atau Raina lagi. Awak takkan nampak saya ataupun bayang-bayang saya lagi lepasni. Tapi sekarang ni awak kena dengar cakap saya. Nyawa awak dan Raina sekarang terancam. Kita kena keluar dari sini cepat." Jelas Amran dengan panjang lebar. Tanpa dia sedar air matanya mengalir di pipi. Ini kerana dia menyedari selepas ini dia takkan dapat berjumpa dengan Mastura dan anak perempuannya, Raina. Jauh di sudut hatinya dia masih mencintai Mastura dan dia sangat menyayangi Raina namun nasi telah menjadi bubur, dia amat menyesali perbuatannya 5 tahun yang lalu.

"Hah? Apa awak mengarut ni? Awak main-mainkan?" Kata Mastura yang tidak percaya dengan kata-kata Amran.

"Saya tak main-main Mastura. Kalau saya main-main saya takkan bawa satu unit pasukan polis ke sini." Kata Amran dengan suara yang serius.

Kata Amran lagi "Ada orang cuba nak ancam keluarga kita. Pegawai atasan saya pun dah dibunuh. Saya risau keselamatan awak dan Raina."

Akhirnya Mastura mempercayai Kata-kata Amran. "Jadi saya kena buat apa sekarang ni?"

"Kemas barang awak. Kita kena gerak malam ni." Balas Amran.

Mastura menuruti arahan bekas suaminya itu. Dia segera mendapatkan Raina.

"Raina, kita kena pergi dari sini malam ni." Kata Mastura kepada anak perempuannya.

Raina terkejut. "Hah? Pergi mana Mama malam-malam ni?"

"Mama takde masa nak jelaskan. Takpe papa ada kat sini dia akan jaga kita." Jelas Mastura.

"Papa? Mama tak ingat ke apa papa buat pada kita dulu?" Tanya Raina yang masih lagi trauma dengan ayahnya.

"Ye mama takkan lupa sampai mati tapi sekarang ni kita dalam bahaya sayang."

"Macam mana papa nak jaga kita? Dia dulu langsung tidak pedulikan kita."

"Papa kan polis. Jangan risau semua akan ok. Makanan ni kita bungkus kat sana." Kata Mastura yang akhirnya membuatkan Raina mengalah kerana sayangkan ibunya.

Jam 12:30 pagi, Mastura dan Raina membawa beg luggage Dan menuju ke luar. Amran bersama pasukan polis lain sudah menunggu di luar.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Mastura yang inginkan kepastian.

"Sebuah rumah penginapan 8 kilometer dari sini. Awak akan berada di bawah lindungan polis. Mungkin dalam jangka masa yang lama." Jawab Amran.

"Hah, kalau macam tu macam mana dengan kafe saya? Siapa nak uruskan?" Tanya Mastura lagi.

"Awak pilih nyawa awak atau kafe awak."

Mastura terdiam.

"Dah tunggu apa lagi? cepat gerak."

"Tunggu dulu. Raina kata dia nak naik kereta saya. Dia taknak naik kereta polis." Kata Mastura.

"Baiklah tapi kereta tu mesti dipandu oleh anggota polis." Jawab Amran.

"Baik. Saya setuju."

"Karim." Panggil Amran

"Ya Koperal."Jawab Konstabel polis itu.

"Kau bawak kereta dia ni." Arah Amran.

"Baik tuan." Jawab anggota itu.

konvoi dua buah kereta polis itu pun bergerak menuju ke lokasi yang ditetapkan. Amran duduk di kereta peronda hadapan sementara kereta Mastura berada di tengah dan sebuah lagi kereta polis di belakang. Tanpa mereka sedar, seorang lelaki yang memakai sut hitam sedang memerhatikan mereka semua.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience