Bab 2

Thriller Completed 2659

Mawar menunjukkan gambar seorang lelaki berseragam tentera dengan pangkat Mejar pada bahunya.

"Abang aku."

"Abang kau?" Amran yang tertanya-tanya pun melihat gambar itu. Dahinya berkerut. Dia seperti cuba untuk mengingati sesuatu.

"Abang kau Mejar Zahri?" Tanya Amran dengan sangat terkejut. Dia tidak menyangka Mawar merupakan adik perempuan kepada bekas pegawai atasannya sewaktu bertugas di markas Divisyen Ke-3 Infantri di Kem Sungai Udang Melaka.

Mawar pun mengangguk dan berkata "Baguslah kalau kau dah tahu. Dia terkorban dalam kejadian tu. Cuma yang aku musykil macam mana kau boleh selamat?"

"Aku tak ingat apa yang jadi waktu tu. Yang aku ingat kami berbalas tembakan dengan sekumpulan lelaki misteri. Tapi aku langsung tak ingat apa-apa." Jawab Amran dengan Jujur.

"Abang aku jelah satu-satunya keluarga yang aku ada. Dari kecik aku duduk dengan dia. Waktu kejadian tu aku baru dapat keputusan SPM. Straight A. Baru ingat nak buat dia bangga tapi kejadian tu terjadi." Kata Mawar menceritakan kisahnya.

"Maafkan aku." Kata Amran yang merasa kasihan.

"Maaf? kau bukan buat salah apa pun."Balas Mawar sambil ketawa kecil.

"Ye aku cuma takut kau salahkan aku pula." Kata Amran pula.

"Ehh takde lah. Dah sambung kerja."

Jam 10.00 malam...

Amran sampai di rumahnya. Dia tinggal bersama 3 orang sahabatnya iaitu Zahril, Hafiz dan Hamdan di mana mereka bertiga merupakan anggota badan beruniform. Zahril dan Hafiz merupakan anggota TLDM manakala Hamdan pula merupakan pegawai agama dan juga seorang anggota tentera berpangkat seorang Leftenan serta dia memiliki kebolehan luar biasa di mana dia mampu melihat makhluk ghaib.

Setelah sampai Amran melihat rakan-rakannya sedang makan sambil menonton bola. Amran pun memberi salam "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, eh Amran! awal balik. Mai sini makan sat aku ada buat nasi goreng ni." Ajak Hafiz.

"Ha'ah doh jom ah makan sambil tengok bola ni. Mancity tengah bantai MU 1-0" Kata Zahril pula.

Tapi Amran menolak kerana terlalu penat. Tambah lagi dia ada singgah di gerai burger jadi dia tidak merasa lapar. Amran yang kepenatan pun mandi sebelum masuk tidur.

Di atas katil, Amran yang tidak dapat melelapkan mata membuka diari lama miliknya. Terdapat beberapa keping gambar Amran sewaktu masih berkhidmat di dalam tentera darat. Dia turut melihat gambar rakan-rakannya dahulu.

Amran masih tidak dapat mengingat apa yang terjadi di dalam terowong itu. Yang dia ingat dia dan rakan-rakannya bertempur dengan sekumpulan lelaki misteri namun apa yang aneh kesemua mayat meninggal dengan kesan senjata tajam. Ada yang terkorban kerana ditembak namun setelah siasatan dilakukan,mereka rupanya terbunuh kerana tembakan daripada senjata rakan-rakan mereka sendiri.

Setelah lebih kurang sejam berbaring akhirnya Amran pun dapat melelapkan mata. Dia sangat kepenatan dengan apa yang terjadi pada minggu ini.

Pukul 3:00 pagi...

Amran tiba-tiba terbangun daripada tidurnya. Dia yang merasa dahaga pun turun dari katil dan menuju ke dapur untuk mencari minuman di dalam peti ais. Amran melihat Hamdan yang tertidur di atas sofa namun Amran tidak mengejutkan Hamdan kerana Hamdan memang suka tidur di ruang tamu berbanding di dalam bilik.

Ketika sedang menyelongkar peti ais, Amran terdengar bunyi di luar. Amran yang melihat ke arah tingkap menyedari dia terlupa untuk menutup tingkap. Amran pun berjalan ke arah tingkap lalu dia menutup tingkap itu.

Saat dia pandang ke luar tingkap, dia melihat lelaki yang memakai sut berwarna hitam. Lelaki itulah orang yang sama dia lihat di tempat kejadian tadi. Amran segera berlari keluar rumah namun lelaki itu telah menghilangkan diri.

"Mana lelaki tu?" Tanya Amran di dalam hati.

"Kau buat apa kat luar Amran oooi?" Sergah Hamdan yang masih dalam keadaan mengantuk.

"Takde apalah. kau kenapa tak membuta lagi?" Tanya Amran.

"Macam mana aku nak membuta kalau jiran sebelah kita ni asyik dok memekak je pasang karaoke? Esok aku dahlah ada kelas agama dekat markas" Kata Hamdan yang agak marah tidurnya terganggu dek kerana jiran sebelah mereka.

Mata Hamdan tiba-tiba terbeliak. Dia pun bertanya sesuatu kepada Amran dengan suara yang perlahan "Hamdan. Aku nak tanya kau ada tembak sesiapa tak seminggu dua ni?"

Dahi Amran pun berkerut cuba mengingati sesuatu.

"tiga hari lepas aku ada tembak mati seorang suspek kes bunuh. Kenapa?" Tanya Amran pula.

"Suspek tu nama dia Jalak kan? Tak silap aku dia ni bomoh."

"Ya. dia ni bomoh. Dia bunuh orang untuk bahan ritual dia." Jelas Amran

"Kau tahu tak saka peliharaan dia ada dekat dengan kau?" Pertanyaan Hamdan yang membuat Amran terkejut.

" Apa kau ni? jangan takutkan aku lah." Kata Amran yang bulu romanya sudah berdiri tegak.

"Aku tak main-main Hamdan. Aku serius. Kau tahu kan mata aku boleh nampak semua ni."

Amran semakin panik. Muka dia menjadi sangat pucat.

"Kau jangan takut. Datang dekat dengan aku."

Amran segera berlari ke arah Hamdan. Hamdan pun membaca beberapa potongan ayat Al-Quran sambil tangannya diangkat ke arah hadapan. Tiba-tiba...

"Praaaang!'

Amran tersentak apabila tingkap kaca mereka pecah secara tiba-tiba. Bunyi pecahan kaca itu turut mengejutkan Zahril yang sedang tertidur dan Hafiz yang berada di dapur. Mereka segera ke luar rumah.

"Apa jadi ni?" Tanya Amran dengan suara yang terketar-ketar.

"Aku dah halau makhluk tu. Tapi dia marah." Jelas Hamdan.

"Macam mana rupa dia?" Tanya Amran dengan perasaan ingin tahu.

"Badan manusia tapi berkepala kerbau. Tu je aku boleh cakap."

" woi woi apa jadi ni? Aku baru je ganti kaca tingkap?" Suara Zahril mengejutkan mereka berdua.

"Takde apalah. Kitorang pun tak tahu macam mana dia pecah." Kata Hamdan yang tidak mahu menakutkan mereka berdua.

Di tempat lain pada waktu yang sama...

ASP Syahrul sedang memandu di jalan raya. Dia yang nampak segak mengenakan seragam berwarna biru gelap dengan tiga lencana pangkat di bahunya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Namun tiba-tiba...

"Thuffff!"

Tayar keretanya tiba-tiba pancit. ASP Syahrul segera memeriksa Tayarnya yang telah pancit. Dia mendapati tayarnya terkena serpihan besi yang agak besar. ASP Syahrul tidak melihatnya kerana keadaan jalan yang agak gelap dan juga dia sendiri dalam keadaan mengantuk.

"Besi mana pulak ni?"Kata ASP Syahrul di dalam hati.

ASP Syahrul pun ingin mengganti tayarnya namun tiba-tiba dari belakang...

"Hiaargh!"

Seorang lelaki berbaju hitam cuba menikam ASP Syahrul dari belakang namun ASP Syahrul yang sejak dari tadi merasakan sesuatu yang tidak kena berjaya mengelak lalu dia berbalik menyerang lelaki itu. Terjadi pergelutan di antara mereka. Lelaki itu cuba menetak ASP Syahrul namun ASP Syahrul berjaya menahan lengan lelaki itu lalu dia menumbuk perut lelaki itu. Lelaki itu terjatuh kerana tumbukan kuat daripada pegawai polis itu.

ASP Syahrul mengeluarkan pistol lalu menodongkan senjatanya ke arah lelaki itu. ASP Syahrul bertanya " Siapa kau dan siapa yang hantar kau ke sini?"

Lelaki itu hanya berdiam.

"Zuuuup!"

Satu tikaman mengenai belakang ASP Syahrul. ASP Syahrul terjatuh bersimbah darah setelah terkena tikaman yang menembusi badannya itu. Lelaki di hadapannya pun bangun.

"Settle. Sekarang?" Tanya lelaki itu kepada rakannya.

"Buat apa yang ketua kita suruh."

Keesokan harinya di bilik bedah siasat...

"Siapa yang jumpa mayat ASP Syahrul?" Tanya Mawar kepada seorang anggota forensik.

"Dua orang anggota polis trafik yang jumpa mayat ASP Syahrul dalam beg tu dekat depan kereta dia." Jelas anggota forensik itu.

"Macam mana mayat dia muat dalam beg tu?" Tanya Amran pula.

Anggota forensik itu menunjukkan mayat ASP Syahrul. Rupanya mayat ASP Syahrul dikerat-kerat beberapa bahagian. Amran dan Mawar terkejut melihatnya.

"Siapa dalang disebalik pembunuhan ni?" Tanya Mawar lagi.

"Kami masih siasat tapi kemungkinan besar kes ini bersangkut paut dengan kes penemuan mayat di rumah kosong haritu." Kata Inspektor Farouk.

"Apa? Jadi dalang disebalik kes penemuan mayat tu adalah orang yang sama dalam kes pembunuhan ASP Syahrul?" Tanya Amran.

"Ya. Kami ada jumpa kertas kuning dengan lambang kepala kambing yang sama ditemui di rumah kosong itu." Jelas Inspektor Farouk.

"Jadi adakah mungkin akan ada pembunuhan lagi?" Tanya Mawar pula.

"Ya dan kemungkinan besar sasaran seterusnya ialah pegawai kanan dan juga anggota polis yang terlibat dalam kes ini dan kemungkinan besar sasaran seterusnya ialah kamu berdua."

Di tempat lain...

"Ketua, kami dah habiskan kerja kami. Ini buktinya."

Lelaki itu meletakkan sebuah plastik berwarna hitam di atas meja. Ketua mereka yang memakai sut hitam pun membuka isi plastik itu. Ternyata plastik itu berisi jantung ASP Syahrul.

"Bagus. Sekarang kau kena settlekan betina ni pulak."

Lalu ketua mereka menunjukkan gambar seorang anggota polis wanita dengan pangkat Lans Koperal pada lengannya. Anggota polis itu adalah Lans Koperal Mawar Amirah.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience