Sarjan Mizan sedang berjalan di sebuah lorong sambil meminum air tin. Dia sedang menuju ke kedai buku untuk mencari novel-novel karya "Penulis Misteri" yang baru. Kebetulan juga dia baru masuk gaji.
Ketika sedang berjalan, Sarjan Mizan merasakan jika dirinya sedang diekori oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang namun tiada sesiapa. Di saat dia memandang ke hadapan...
"Zapppp."
Sebuah tebasan pedang mengenai tubuh badan Sarjan Mizan. Dia terjatuh bersimbah darah di atas tanah. Di dalam keadaan sakaratul maut itu, lelaki berjubah hitam dan memegang sebilah pisau menghalakan pedang ke arah leher Sarjan Mizan lalu menamatkan riwayat anggota polis itu.
Keesokan Harinya...
"Innalillahiwainnalillahirajiun." Ucap Amran setelah melihat keadaan mayat Sarjan Mizan.
"Sarjan Mizan pun dah jadi mangsa. Lepasni siapa lagi?" Kata Mawar yang sudah sangat tertekan dengan kes ini.
"Boleh jadi sasaran seterusnya ialah aku dan Inspektor Azizul. Sekarang ni keadaan dah tak terkawal. Kumpulan ni betul-betul nak kita semua mati." Kata Amran pula.
"Aku risau nyawa adik perempuan aku kat sekolah asrama je. Aku takut kalau mereka sasarkan ahli keluarga kita sekali." Kata Mawar yang risaukan adik perempuannya.
"Mereka memang akan sasarkan ahli keluarga kita sekali." Kata Amran kepada Mawar.
Mawar tersentak. "Macam mana kau tahu?"
Amran pun berkata "Sebab diorang ada hantar kotak kepada aku dan dalam kotak tu ada gambar bekas Isteri dan anak perempuan aku."
Mawar tercengang "Kau pernah berkeluarga?"
"Memang kelakarlah aku dah 34 tapi tak kahwin-kahwin lagi." Jawab Amran.
"Apa jadi pada Isteri dan anak kau?" Tanya Mawar.
"Mereka selamat. Aku hantar mereka di bawah perlindungan pasukan polis." Jelas Amran.
"Bukan. Maksud aku kenapa kau dengan bekas isteri kau bercerai?"
Amran terdiam apabila mendengar pertanyaan daripada Mawar.
"Hei, korang ni asyik borak je. Sambung tugas cepat." Kata DSP Syamel Musa, pegawai bahagian forensik.
"Maaf tuan." Kata Amran yang terkejut dengan kehadiran DSP Syamel.
Amran dan Mawarpun menyambung tugas mereka.
5 tahun yang lalu...
"Awak ni asyik menganggur je tahu tak. Saya tak tahan dengan awak ni." Marah Mastura kepada suaminya, Amran.
"Awak boleh sabar tak? Saya dah cuba cari kerja sana sini tapi saya tak dapat." Kata Amran yang sudah sebulan menamatkan perkhidmatan sebagai anggota pasukan Rejimen Renjer Diraja.
"Awak tahu tak saya yang kerja dan kena tanggung awak? Saya dah penat. Saya rasa macam tengah jaga biawak hidup." Kata Mastura dengan suara yang terketar-ketar.
"Awak panggil saya siapa? Biawak hidup?" Tanya Amran yang kemudiannya bangun daripada sofa tempat dia berbaring.
"Ya. Biawak hidup yang tak berguna."
"Paapp!"
Satu tamparan mengenai muka Mastura. Mastura terjatuh ke atas lantai. Raina ya g sejak tadi melihat pertengkaran antara ibu dan bapanya terus berlari ke arah Mastura lalu memeluk ibunya itu.
"Mama!"
"Saya ni masih suami awak! Berani awak cakap macam tu!" Kata Amran dengan nada marah.
Amran pun mengambil kunci motor lalu keluar dari rumah untuk pergi menenangkan diri. Raina pula memeluk ibunya dengan erat. Tanpa mereka sedar, air mata sudah membasahi air mata mereka.
"Rania jangan nangis sayang. Mama dengan papa gaduh sikit je. Nanti kitorang berbaik lah." Kata Mastura yang ingin menenangkan hati anak perempuannya yang baru berusia 8 tahun.
Namun sikap Amran tetap juga tidak berubah. Dia menjadi seorang yang panas baran dan kerap pulang lewat malam ke rumah. Mastura cuba bersabar dengan sikap suaminya untuk mempertahankan rumah tangga mereka namun Amran masih lagi tidak berubah.
Mastura akhirnya tidak dapat bersabar lagi dan akhirnya dia telah memfailkan penceraian. Meskipun Amran cuba memujuk Mastura semula namun semuanya sudah terlambat. Akhirnya mereka secara sah bercerai di mahkamah syariah dan sebulan selepas itu, Amran menyertai PDRM.
Sejak hari itu, Amran tidak pernah berjumpa dengan anak perempuannya Raina. Ini kerana Mastura tidak membenarkan dirinya bertemu dengan Raina. Ini menyebabkan Amran dihimpit rasa bersalah yang selama ini dia tanggung selama lima tahun.
Kembali ke masa sekarang...
Amran pulang ke rumahnya pada jam 12 malam. Dia sangat keletihan pada hari ini ditambah lagi dia bergaduh dengan mak cik yang sama dia bergaduh hari itu. Dia terus tersandar di atas sofa kerana keletihan.
"Amran. Balik pun kau. Kau dah makan? kalau belum makan Zahril ada masak ayam goreng kat belakang. Pergilah makan." Kata Hamdan yang juga baru pulang.
"Kau pun baru balik kan?" Tanya Amran pula setelah melihat Hamdan yang masih memakai seragam tentera.
"Ya aku baru balik. Motor aku buat hal."Jelas Hamdan.
"Aku penat betul dengan kes baru ni." Keluh Amran.
"Kenapa? kes apa pulak kau uruskan ni?" Tanya Hamdan dengan perasaan ingin tahu.
"Kau tak tahu ke?" Tanya Amran.
"Manalah aku nak tahu. Aku ni bukannya jenis baca berita sangat. Hah kes apa?"
Amran pun menceritakan segala-galanya kepada Hamdan. Hamdan pun mendengar dengan teliti.
"Berat betul kes kau ni. Sampai libatkan sihir." Kata Hamdan.
"Sebab tulah. Aku terpaksa pindahkan keluarga aku untuk keselamatan mereka." Kata Amran lagi.
"Macam tulah jadi dia bila kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, kita mulalah buat benda bukan-bukan untuk dapatkan kenikmatan dunia ni." Kata Hamdan yang agak tinggi ilmu agamanya sesuai dengan jawatan Hamdan sebagai pegawai agama dalam Kor Agama Angkatan Tentera atau disingkat sebagai KAGAT.
Malam esoknya di Sebuah Lokasi...
"Mama. Raina tak suka duduk kat sini. Raina rindu kawan-kawan Raina." Keluh Raina kepada ibunya, Mastura.
Mastura hanya tersenyum. Dia berkata "Sabarlah sayang. Nanti semua dah ok kita balik rumah."
"Ok." Jawab Raina dengan baik.
"Mama nak ambil air kejap ye." Kata Mastura lalu segera menuju ke dapur.
Raina pun mula melihat semua rancangan di kaca televisyen. Tiba-tiba...
"srrk." "srrk."
Televisyen itu tiba-tiba tidak berfungsi. Raina pun merasa pelik.
"Kenapa pulak ni?"
Lampu di sana tiba-tiba berkelip. Raina mula merasa takut. Dari dalam televisyen, tiba-tiba muncul gambar sebuah telaga.
Raina melihat dari dalam telaga itu, keluar seorang wanita yang rupanya sangat mengerikan. Kuku tangan dan kakinya tajam, rambutnya panjang dan mencecah tanah dan yang paling menyeramkan, wanita itu tidak memiliki wajah. Raina pada mulanya menyangka ianya cumalah filem seram The Ring tetapi...
"Aaaaaaaahhhhhhh."
Mastura segera pergi ke ruang tamu setelah mendengar bunyi jeritan. Ketika dia sampai, Raina sudahpun hilang.
"Apa jadi ni Puan?" Tanya seorang anggota polis yang juga datang kerana mendengar bunyi jeritan.
"Saya tak tahu. Mana anak saya ni?" Kata Mastura yang sangat risau dengan keselamatan anak perempuannya.
"Kita dah kepung dari atas sampai bawah rumah ni. Dia nak lari mana?" Tanya salah seorang anggota polis di sana kepada seorang koperal.
"Aku rasa baik kita cari dia." Cadang Koperal itu yang dipersetujui oleh mereka semua.
Sementara itu, Amran sedang membasuh keretanya.
(Bunyi telefon Amran) "Chipi chipi chapa chapa dubi dubi daba daba magico hi dumi dumi Boom Boom Boom Boom."
Telefon Amran berbunyi. Amran yang sedang membasuh kereta meminta bantuan Hamdan untuk mengangkat telefon.
"Hamdan. Tolong angkat telefon."
Hamdan segera mengangkat panggilan telefon itu.
"Hello, Amran!" Kata Mastura dalam panggilan telefon.
"errrm maaf ye cik. Amran tengah sibuk tu. Dia tengah cuci kereta dah tiga bulan dia tak cuci kereta. sebab Dah tiga bulan dia tak cuci kereta tu pasal dia pergi cuci kereta tengah-tengah malam ni."
"Encik, encik ni kawan Amran ke? Boleh saya cakap dengan Amran? Saya ni bekas isteri dia." Kata Mastura kepada Hamdan.
"Oh, kejap ya."
"Amran, bekas bini kau ni nak cakap dengan kau." Kata Hamdan.
Amran pun mengambil telefon itu lalu bercakap dengan Mastura "Mastura. Awak nak apa ni? Saya tengah cuci kereta ni."
"Amran. Raina hilang. Tolong datang sini cepat." Jawab Mastura
"Hah? Raina hilang? ok sekejap saya gerak sekarang." Balas Amran lalu segera bergerak menuju ke arah motor.
"Hamdan, kau ikut aku." Ajak Amran.
"Pergi mana malam-malam ni? Mamak?" Tanya Hamdan.
"Anak perempuan aku hilang. kau tolong aku cari dia." Jelas Amran.
"Astaghfirullahalazim. Ok aku ikut." Jawab Hamdan lalu mereka menuju ke lokasi itu.
Motor V5 yang ditunggang mereka berdua bergerak dengan laju menuju ke arah tempat tinggal Raina dan Mastura. Sesampainya mereka di sana, Amran segera menemui Mastura.
"Macam mana Raina boleh hilang? Bukan ke dia dengan awak je?" Tanya Amran kepada Mastura.
"Saya tak tahu. Saya tinggalkan dia sekejap lepastu saya dengar bunyi jeritan. Bila saya datang dia dah hilang." Jelas Mastura.
"Amran, boleh aku nak cakap sesuatu?" Tanya Hamdan
"Kau nak cakap apa?" Tanya Amran.
"Aku dapat rasa ada benda tak baik ni. Mari kita masuk." Ajak Hamdan.
Mereka berdua masuk ke dalam bersama tiga anggota polis manakala Mastura pula menunggu di luar. Saat itu, Hamdan membaca beberapa potongan ayat Al-Quran. Tiba-tiba...
"Allahuakbar!"
Mereka melihat Raina dalam keadaan melekat di atas dinding seperti seekor labah-labah. Mukanya putih, matanya hitam dan mulutnya mengeluarkan darah. Raina sedang dirasuk oleh seekor jin kafir.
Jin itu berkata:
"Akan aku sesatkan sebanyak mungkin umat Rasulullah SAW agar mereka sama-sama terbakar bersama aku di neraka nanti."
Hamdan pun membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan cuba untuk mengusir jin itu. Beberapa perabot dan barangan di ruang tamu itu tiba-tiba bergerak sendiri dan tercampak ke sana sini lalu Raina yang dirasuk itu berkata:
"Orang-orang Munafik akan dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya di hari Akhirat."
Selepas itu, Raina yang dirasuk itu akhirnya terjatuh. Dengan segera, Amran mendapatkan gadis itu namun ternyata jin itu masih belum keluar dari tubuh Raina. Jin itu mencekik leher Amran lalu membisikkan di telinga Amran:
"Anak kau dah mati. Ilmu Al Quran dia masih lemah. Dia bukan umat Rasulullah SAW..."
Hamdan pun terus melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran lalu setelah hampir 30 minit mereka bertarung...
Raina terjatuh di atas lantai. Kali ini dia betul-betul pulih. Amran segera mendapatkan anak tunggalnya itu.
"Raina!" "Raina!"
Tiba-tiba, Raina memuntahkan darah. Turut terkeluar dari dalam tubuh badannya ialah ulat dan lipan. Hamdan dan Amran terkejut melihat kejadian itu.
"Panggil ambulan sekarang!" Arah Amran kepada dua anggota polis.
"Baik Koperal." Jawab anggota polis itu.
Raina pun dibawa ke hospital dengan menggunakan Ambulans untuk menerima rawatan lanjut. Mastura yang masih terkejut bertanya kepada Amran apa yang terjadi.
"Amran. Apa semua ni?" Tanya Mastura dengan perasaan ingin tahu.
Amran pun menjawab "Mastura, maafkan saya. Semua ni berkaitan dengan kes baru saya. Banyak benda-benda ganjil jadi sejak saya ambil alih kes ini. Sekarang awak dan Raina pun terlibat sama. Maafkan saya."
"Saya taknak awak minta maaf ok. Saya cuma nak tahu apa yang tengah terjadi ni?" Kata Mastura lagi.
"Saya sedang siasat kes penemuan mayat dalam rumah besar. Saya pada mulanya fikir ini cuma kes biasa tapi rupanya kes ni menjadi semakin rumit. Sudah dua anggota polis dibunuh dan mungkin saya mangsa seterusnya." Jelas Amran dengan panjang lebar.
Tiba-tiba, datang seorang anggota polis menemui Amran lalu berkata "Koperal, Inspektor Azizul hantar mesej suara."
Amran mengambil telefon itu lalu membuka mesej suara. Mesej suara itu berbunyi "Kau tak perlu fikir, soal hidup dan mati aku. Aku cuma nak kau pikul tanggungjawab aku. Aku nak kau...Sumbat munafik-munafik barua ni dalam penjara." Itulah kata-kata terakhir Inspektor Azizul sebelum kedengaran bunyi pisau yang mengelar leher pegawai polis itu.
"Allahuakbar." Ucap Amran setelah menerima pesanan terakhir Inspektor Azizul.
"Dah empat orang anggota polis dibunuh." Kata anggota polis itu.
"Empat?" Amran kebingungan. "Bukan ke cuma tiga anggota polis kita dibunuh."
"Maaf koperal, saya dapat tahu jika anggota kita jumpa mayat Koperal Halim dalam sebuah tong besi. Pihak Forensik kata , organ dalaman dia hilang." Kata anggota polis itu.
Arman semakin merasa tertekan. Siapa lagi mangsa seterusnya? Adakah dia? Atau mungkin keluarganya yang akan menjadi mangsa seterusnya?
Amran pun teringat kejadian lima tahun lalu. Dia mula merasa semua ini bersangkut paut dengan kejadian itu. Amran pun segera berlari ke arah motor dan bergerak menuju ke Bukit Aman.
"Woi Amran! Kau nak pergi mana?" Tanya Hamdan.
"Bukit Aman." Balas Amran lalu terus bergerak menuju ke Bukit Aman.
"Woi aku nak balik macam mana? Aduhai aku nak balik macam mana malam-malam ni?" Keluh Hamdan yang rumahnya terletak jauh dari situ.
Amran terus bergerak dengan laju menuju ke Bukit Aman kerana terdapat perkara yang dia ingin lakukan. Tanpa dia sedar, lelaki yang memakai sut hitam tempoh hari berada di dalam sebuah kereta hitam sedang memerhatikan Amran yang menunggang motosikal.
"Kita bertemu kembali, Leftenan Amran Sazali." Kata lelaki itu sambil tersenyum.
BERSAMBUNG...
Share this novel