"Cakap! Siapa ketua kau! Dan siapa dalang disebalik semua ini?" Kata Amran dengan marah kepada salah seorang suspek yang berjaya ditangkap.
Lelaki itu tergelak kecil sebelum berkata "Hahahah, macam mana kalau aku kata aku taknak bagitahu?"
"Thuffff!"
Satu tumbukan tepat mengenai muka lelaki itu sehingga dia terjatuh ke atas lantai. Amran mencekik kolar baju lelaki itu lalu berkata dengan marah "Kau jangan main dengan aku barua! Cakap cepat!"
Namun lelaki itu hanya berdiam diri sambil tersenyum meski mulut dan hidungnya sudah mengeluarkan darah. Lelaki itu berkata "Tumbukan kau tak berapa kuatlah sial. Macam pondan!"
Beberapa lagi tumbukan hinggap ke muka lelaki itu. Melihat kejadian itu, Sarjan Mejar Zafrik Sidek segera masuk lalu menenangkan Amran.
"Ya Allah, mengucap Amran! Mampus anak orang ni nanti!" Kata Sarjan Mejar Zafrik sambil menahan Amran.
Amran pun seketika tenang. Dia menyapu mukanya.
"Astaghfirullahalazim, apa aku dah buat."
Amran pun keluar menuju ke surau kerana sudah masuk waktu solat subuh sementara suspek itu dihantar semula ke lokap polis.
5 tahun lalu...
Satu unit pasukan tentera Kompeni Alpha batalion 5 Rejimen Renjer Diraja sedang menelusuri sebuah terowong yang sangat dalam. Pasukan mereka sedang menggempur sebuah kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian kumpulan penjenayah.
"Tuan, tengok tu." Kata seorang staf sarjan kepada ketua platun mereka.
Ketua platun mereka ialah Mejar Zahri. Ketua platun Tim tempur Alpha dengan nama panggilan 21.
"Apa benda tu?" Kata Mejar Zahri kepada seorang lagi pegawai tentera iaitu Leftenan Amran Sazali.
Amran melihat ke arah yang ditunjukkan Staf Sarjan itu. Dia melihat sebuah patung berbadan manusia namun berkepala kambing yang diperbuat daripada emas. Terdapat mangkuk-mangkuk tersusun di hadapan patung itu yang berisikan darah.
"Berhala berkepala kambing?" Kata Amran di dalam hati.
Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi orang berlari dari di sekeliling mereka. Mereka mula menghalakan senjata ke seluruh arah.
"Contact!"
Satu tembakan dilepaskan ke arah satu bayangan hitam namun tembakan anggota tentera itu tersasar.
"Siapa orang yang berlari tu" Tanya Amran di dalam hati.
"Aaargh!"
Seorang anggota tentera ditusuk dari belakang dengan sebuah pedang. Satu tembakan dilepaskan membunuh pembunuh itu.
"Clear!"
Mereka mendekati mayat itu. Mayat itu merupakan mayat seorang lelaki yang memakai jubah hitam dan memegang sebuah pedang.
"Siapa dia ni?" Tanya Amran.
"Tuan, dia dah takde." Kata anggota Kombat Medik yang cuba untuk menyelamatkan rakannya yang ditusuk tadi.
Tiba-tiba semua lampu di sana ditutup. Keadaan menjadi gelap gelita dan mereka tidak dapat melihat apa-apa disekeliling mereka.
"Guna alat penglihatan malam semua." Arah Leftenan Amran.
Ketika itu, secara mengejut muncul beberapa kelibat orang yang berpakaian hitam menyerang mereka semua.
"Contact!"
Kedengaran bunyi tembakan dari dalam terowong. Satu persatu anggota tentera tumbang akibat diserang oleh beberapa entiti misteri.
"Hello 13, di sini 21, kami diserang teruk, mohon bantuan Assault Team dengan segera. Ganti." Kata seorang koperal melalui sebuah radio.
"13, terima, Assault Team menyusul. Ganti." Balas seorang operator radio.
"21, habis." Jawab koperal itu.
Amran terus menerus melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Dia tersadung sesuatu hingga dia terjatuh dan rupanya dia tersadung kaki anggotanya yang sudah terputus.
Amran sangat terkejut.
Walaupun mereka menggunakan senjata api dan menggunakan alat penglihatan malam, namun terowong yang sempit dan musuh yang sangat pantas membuat mereka mengalami masalah.
Amran diserang oleh musuh namun Amran berjaya menangkis serangan lelaki itu. Senjata Apinya terjatuh ke atas tanah. Terjadi pertarungan satu lawan satu dengan lelaki itu dan berakhir Amran menikam lelaki itu dengan sebuah pisau Rambo.
"Aaargh!"
Belakang Amran terkena senjata tajam namun Amran berjaya menikam orang yang menikam dirinya. Dia bertarung dengan semua musuh cuma bersenjatakan pisau rambo dan dia berjaya mengalahkan mereka. Ketika dia ingin menikam seorang musuh, perut Amran terkena sayatan pedang menyebabkan dia terjatuh.
Amran melihat Mejar Zahri yang terus melawan menggunakan pisau Rambo setelah raifal miliknya hilang. Namun dia ditikam dari belakang dengan pisau. Selepas itu, satu lagi tikaman pedang menembusi tubuh badan pegawai tentera itu dan akhirnya menamatkan riwayat Mejar Zahri.
Ketika Amran ingin dibunuh oleh seorang lelaki berjubah hitam, lelaki itu dihalang oleh ketua mereka. Ketua mereka mengatakan "Biarkan dia. Belum masanya lagi."
Amran melihat jubah yang dipakai mereka terdapat sebuah lambang kepala kambing yang nampak menakutkan. Amran mengeluarkan pistol dari holster untuk menembak ketua kumpulan itu namun belum sempat dia melakukan apa-apa, dia akhirnya pengsan.
Ketua mereka ialah lelaki yang memakai sut hitam yang selalu mengekori Amran. Dia sengaja membiarkan Amran hidup kerana terdapat satuaĆ urusan yang belum selesai. Kumpulan lelaki berjubah hitam itu segera meninggalkan kawasan itu sambil membawa mayat rakan-rakan mereka yang terbunuh kerana pasukan tentera yang lain sudah semakin hampir ke sana.
Di masa sekarang...
Amran terjaga dari tidurnya. Dia tertidur di surau polis setelah selesai solat subuh. Akhirnya, dia ingat apa yang terjadi dalam terowong itu.
Barulah dia sedar lelaki bersut hitam itu adalah dalang disebalik insiden mengerikan 5 tahun lepas. Selepas kejadian itu, Amran menamatkan perkhidmatan sebagai anggota Rejimen Renjer Diraja. Sebulan selepas itu, dia bercerai dengan Mastura dan sebulan selepas itu juga Amran menyertai PDRM.
Seorang pegawai polis bernama DSP Saad masuk ke dalam surau dan menemui Amran. Dia berkata "Amran. Aku akan ambil alih kes ini untuk gantikan Inspektor Azizul yang mayatnya ditemui di sebuah rumah kosong berdekatan kawasan hutan. Aku harap kita dapat berkerjasama untuk selesaikan kes ini dengan baik."
Amran menjawab "Baik Tuan."
Sementara itu di sebuah Hospital...
Raina yang terbaring di atas katil akhirnya kini sedar. Keadaannya semakin stabil namun dia perlu banyak berehat. Mastura duduk di sebuah Raina untuk menemani anak perempuannya.
"Keadaan Raina dalam keadaan stabil tapi dia perlu banyak berehat." Kata seorang doktor di wad itu.
"Terima kasih doktor sebab dah tolong anak saya." Kata Mastura kepada doktor berbangsa Cina itu.
"Tiada masalah. Memang tugas saya. Baiklah kalau takde apa-apa saya minta diri dulu." Kata Doktor itu sebelum beredar.
Mastura pun membuka sebuah bekal berisi bubur ayam dan ingin menyuap Raina. Raina pun makan dengan berselera kerana dia tidak makan apa-apa dari tadi. Mereka berdua ketika itu dijaga oleh dua anggota polis.
Doktor tadi berjalan ke dalam tandas lalu menelefon seseorang. Dia berkata "Hello, aku dah tanam benda tu dalam badan dia. Sekarang semua kepada kau." Kata Doktor itu.
"Terima kasih Sarjan." Kata lelaki itu yang rupanya lelaki itu adalah Amran. Dia mengarahkan seorang anggota polis perisik untuk menanam sebuah cip pengesan di dalam tubuh Raina melalui ubat pil yang diberi oleh doktor atau lebih tepat lagi, anggota polis perisik itu.
Anggota polis perisik yang menyamar sebagai doktor itu segera beredar dari sana. Amran yang berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam memakai sebuah topeng hitam. Dia mengenakan seragam taktikal berwarna hitam dan baju kalis peluru yang tertulis perkataan "CID D9" terdapat pada baju kalis peluru itu.
Konvoi yang terdiri dari empat kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam itu bergerak ke sebuah hotel lama yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya mereka di sana, Amran, Mawar dan satu unit pasukan polis bersenjata lengkap yang diketuai DSP Saad melakukan serbuan ke atas hotel itu.
"Jangan bergerak! Polis!"
Beberapa orang lelaki yang berada di sana terkejut dan cuba melarikan diri namun gagal. Mereka semua berjaya diberkas. Hasil siasatan mereka menemui sebuah Berhala berkepala kambing, tulisan-tulisan mantera dalam bahasa Arab pada dinding di sana, Kitab-kitab lama yang mengandungi mantera dalam bahasa Arab dan yang paling mengerikan, mereka menemui beberapa mayat berkain kafan dan sudah mereput tergantung pada siling bangunan.
"Khurafat." Kata Amran setelah melihat kejadian itu.
"Tuan, kami berjaya menahan lapan orang suspek." Kata seorang anggota polis.
"Bagus. Kamu semua jalankan tugas dengan baik." Puji DSP Saad.
Anggota polis terus menggeledah kawasan hotel untuk mencari seberapa banyak bukti yang ada yang boleh digunakan di mahkamah.
Di rumah...
Zahril dan Hafiz yang lengkap beruniform TLDM ingin bergerak ke Pangkalan TUDM untuk tugas baharu mereka setelah bercuti selama 2 minggu. Ketika mereka baru ingin masuk ke dalam kereta, Hamdan muncul dalam keadaan yang sangat kepenatan.
"Ya Allah, Hamdan. Kau dah kenapa ni? Kau masuk marathon ke apa?" Tanya Zahril melihat Hamdan yang berpeluh.
"Yalah. Kau bukan selalu naik motor ke?" Tanya Hafiz pula.
"Amran tu punya pasal dia tinggalkan aku kat rumah bekas bini dia. Tak pasal-pasal aku menapak setengah mati kau tahu. Nasib aku cuti dua minggu." Kata Hamdan dengan tercungap-cungap.
"Yalah. Kau dengan Amran pergi mana semalam? Aku tengok kereta Amran tu tak habis basuh lagi." Tanya Hafiz yang melihat Hamdan dan Amran keluar dengan menaiki sebuah motosikal.
"Oh ya. Semalam ada situasi dekat rumah bekas bini Amran." Kata Hamdan.
"Apa jadi?" Tanya Zahril inginkan kepastian.
"Anak dia hilang. Aku dengan Amran cuba cari dan kau tahu apa jadi?"
Zahril dan Hafiz menunggu jawapan daripada Hamdan.
"Anak dia kena rasuk." Kata Hamdan.
"Astaghfirullahalazim." Ucap mereka berdua serentak.
"Apa jadi lepastu?" Tanya Hafiz dengan perasaan ingin tahu.
"Alhamdulillah. Atas izin Allah SWT jin kafir tu berjaya dikeluarkan." Jelas Hamdan.
"Alhamdulillah." Ucap mereka berdua.
"Aku rasa semua ni ada udang disebalik batu. Macam ada orang yang cuba untuk perdajalkan Amran." Kata Hamdan yang meluahkan rasa curiganya.
"Memanglah, dia kan polis." Celah Zahril.
"Ya aku tahu. Tapi aku rasa bukan sebab tu orang cuba nak buat bukan-bukan dekat family dia. Aku dapat rasa ada sebab lain. Rasa macam Amran tu ada suatu urusan yang belum selesai." Kata Hamdan lagi. Firasat Hamdan mengatakan jika Amran diburu oleh seseorang kerana memiliki satu urusan yang belum selesai.
Di hospital...
Raina sedang berbaring di atas katil bersama ibunya yang setia menemani dirinya.
"Raina mama nak pergi beli roti sekejap. Rania tunggu ye sayang." Kata Mastura kepada Raina.
"Ok mama." Balas Raina yang sedang bermain dengan telefon miliknya.
Ibunya pun keluar untuk membeli roti. Dua orang anggota polis berjaga di luar. Raina pula sambung bermain dengan telefon.
Tiba-tiba...
"Aarghh."
Raina terkejut mendengar bunyi orang menahan kesakitan. Dia melihat kedua-dua anggota polis itu sudah terbaring keras di atas lantai dengan muka yang sangat pucat dan mulut yang mengeluarkan darah. Raina menjerit ketakutan melihat keadaan anggota polis itu.
Lalu, muncul seorang lelaki yang memakai sut
hitam masuk ke dalam wad Raina sambil disebelahnya terdapat seorang lelaki botak yang memegang rantai. Mereka mendekati selangkah demi selangkah menuju ke arah Raina.
"Ya Allah! Apa dah jadi ni?" Kata Mastura terkejut melihat keadaan di sana. Keadaan bilik wad itu bersepah dengan barang-barang berada di mana-mana.
Pengawal keselamatan yang sama mengusir jin dari tubuh lelaki jahat tempoh hari membacakan ayat-ayat Al-Quran sambil mememgang kepala anggota polis itu. Atas izin Allah SWT, kedua-dua anggota polis itu akhirnya pulih dan tersedar. Mereka tidak menyedari apa yang terjadi.
"Mana anak aku? Ya Allah!" Hati Mastura dihimpit rasa bimbang. Dia risau jika ada apa-apa terjadi kepada anak perempuan satu-satunya itu. Dia tidak akan boleh memaafkan dirinya sendiri jika ada apa-apa terjadi kepada Raina.
"Apa jadi kat sini?" Amran muncul dalam keadaan masih mengenakan seragam taktikal dan baju kalis peluru.
"Amran, sabar!" Kata Mawar yang juga berada di sana.
"Mana anak aku?" Tanya Amran yang bimbang akan nasib anak perempuannya.
"Kau sabar Amran. Kami masih siasat." Kata Mawar lagi.
"Amran. Maafkan saya." Kata Mastura dengan penuh rasa kesal.
"Macam mana Raina boleh hilang? bukan ke dia dengan awak? Yang korang dua ni buat apa pulak?" Kata Amran dengan nada marah sambil melihat ke arah Mastura dan dua anggota polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Raina dan Mastura.
Dua anggota polis itu hanya menunduk tanpa berkata apa-apa. Seorang pengawal keselamatan tampil memberi penjelasan tentang kejadian tadi.
"Saya terdengar suara jeritan di sini jadi saya terus berlari ke sini. Setelah sampai, saya nampak dua anggota polis ni terbaring keras di atas lantai. Mereka berdua terkena sihir jadi saya cuba untuk pulihkan mereka. Alhamdulillah atas izin Allah SWT mereka berjaya diselamatkan." Jelas anggota polis itu.
"Allahuakbar. Mana Raina ni?"
"Koperal, cuba tengok rakaman CCTV." Kata seorang anggota polis.
Mereka pun melihat rakaman CCTV dan apa yang Amran lihat sangat mengejutkan. Dia melihat lelaki yang memakai sut hitam tempoh hari datang ke sana bersama seorang lelaki botak yang membawa rantai. Lelaki itu menoleh ke arah kamera CCTV lalu CCTV itu tiba-tiba mati dan hidup semula beberapa minit kemudian namun lelaki itu telah menghilangkan diri.
"Bangsat!"
Amran menyedari jika lelaki ini memang sedang menyasarkan ahli keluarganya. Dia juga mula mengesyaki jika lelaki ini adalah dalang disebalik semua kejadian yang berlaku. Namun, kenapa hanya dia seorang yang keluarganya turut menjadi sasaran sedangkan anggota polis lain pula hanya dibunuh namun keluarga mereka dibiarkan sahaja?
Amran keluar dari hospital menuju ke kereta proton miliknya. Waktu itu, dia ada meletak sejenis cip pengesan di dalam tubuh Raina. Amran segera menggunakan komputer untuk mengesan di mana Raina berada.
Amran akhirnya berjaya mengesan Raina. Melalui cip pengesan itu, dia mendapati Raina berada di sebuah rumah agam lama yang sudahpun terbiar di tengah hutan. Rumah itu merupakan rumah lama milik pegawai British yang dibunuh oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Ke 2.
Amran segera pergi ke Bukit Aman lalu dia pergi ke bilik penyimpanan senjata api dan di sana dia mengambil dua laras raifal M 16 serta beberapa kopak peluru. Selepas menulis senjata yang diambil itu pada borang kebenaran, Amran bergerak menuju ke lokasi itu tanpa pengetahuan orang lain. Dia ingin menyelesaikan semua ini bersendirian.
Di parking kereta...
Mawar berada di dalam kereta. Dia memakai tali pinggang keledar dan menghidupkan enjin kereta lalu dia pun bergerak menuju ke Bukit Aman. Tanpa dia sedari, seorang lelaki botak berada di belakangnya dan segera menyerkup muka detektif itu dengan sebuah kain yang sudah dilumuri bahan kimia. Setelah beberapa saat cuba melawan lelaki botak tersebut, bahan kimia itu akhirnya menyebabkan Mawar pengsan di dalam kereta.
Selepas menyelesaikan tugasnya, lelaki itu menghubungi ketuanya lalu dia memberitahu "Ketua, betina ni saya dah settlekan. Saya akan bawa dia ke tempat kita."
"Bagus. Adik dia macam mana?" Tanya ketua kepada lelaki itu.
"Saya dah settlekan malam semalam. Dia dalam sangkar di rumah saya. Saya akan hantar dia hari ini juga." Kata lelaki itu lalu menutup panggilan.
Ketua kepada lelaki itu adalah lelaki yang memakai sut hitam yang sama selalu mengekori Amran. Di hadapan dia, terdapat seorang gadis yang terbaring tidak sedarkan diri dan gadis itu ialah Raina.
BERSAMBUNG...
Share this novel