Bab 7

Thriller Completed 2644

Di hadapan sebuah rumah agam lama...

Pintu rumah itu dipecahkan. Amran masuk dengan senjata terhunus ke sana sini. Dia datang dengan dua tujuan iaitu mencari anak perempuannya iaitu Raina yang dipercayai berada di dalam rumah terbiar ini dan kedua untuk mengungkap semua rahsia disebalik semua ini.

Dia menelusuri kawasan rumah untuk mencari keberadaan Raina namun dia malah menemui beberapa mayat yang tergantung di atas siling dan terbaring di atas lantai. Keadaan di situ sangat mengerikan kerana keadaan mayat yang sudah mereput dan tidak lagi dapat dikenali.
Keadaan itu menyebabkan Amran tidak dapat menahan bau busuk di dalam ruangan itu.

Amran turut melihat beberapa tulang dan tengkorak manusia yang di susun dan menjadi hiasan dinding. Ketika Amran naik ke tingkat atas, dia melihat sebuah bilik yang dikunci.

"Thuffff."

Satu tembakan memecahkan kunci mangga tersebut. Amran menendang pintu lalu masuk ke dalam. Lalu Amran melihat patung manusia berkepala kambing yang diperbuat daripada emas.

Amran ingin memusnahkan patung itu namun dari belakang...

"Pang!"

Satu pukulan diterima menyebabkan Amran terjatuh. Amran cuba untuk bangun namun dia dipukul lagi sehingga pengsan.

Di Bukit Aman...

"Kau dah dapat hubungi Amran?" Tanya DSP Saad kepada Sarjan Mejar Karimi.

"Belum tuan. Telefon dia dimatikan jadi kami tidak dapat hubungi dia." Jelas Sarjan Mejar Karimi.

DSP Saad menjadi bingung. Dia merasa ada yang tidak kena setelah dua anggota polis iaitu Amran dan Mawar menghilang. Tiada sebarang petunjuk tentang keberadaan mereka.

"Trace telefon Amran dan Mawar." Arah DSP Saad.

"Baik tuan." Jawab Sarjan Mejar Karimi.

Di rumah agam itu...

Amran terbangun dalam keadaan kedua tangannya diikat ke belakang kerusi. Kepalanya terasa amat sakit kesan kerana dipukul dengan sangat kuat. Dalam keadaan yang sangat pening itu, dia melihat seorang lelaki mendekati dirinya.

Amran akhirnya menyedari, lelaki yang berada di hadapannya ini ialah lelaki yang selalu memakai sut hitam yang selalu mengekori dirinya.

Amran yang melihat lelaki itu merasa amat marah "Kau! Kau!! Mana anak aku!" Jerit Amran dengan nada marah.

Lelaki itu hanya terdapat sebelum dia berkata "Amran-Amran, mana adab kau? Mana salam kau?"

Amran hanya melihat ke arah lelaki itu tanpa membalas apa yang dia cakap. Dia memandang ke arah lelaki itu dengan mata penuh dendam.

"Nama aku Ramlan." Lelaki itu akhirnya mengungkapkan nama sebenarnya. Selepas itu, dia menyambung "Aku lah pengasas kepada kumpulan ini. Nama kumpulan kami ialah " Madain Saleh." Nama kumpulan kami diambil dari nama kota peninggalan kaum Thamud yang telah musnah setelah dihentam dengan petir dan gempa bumi." Kata

Amran berkata "Kenapa kau culik anak aku? Kalau kau nak bunuh aku kau bunuh aku tapi lepaskan anak aku."

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum berkata "Leftenan Amran Sazali, kalau kau nak tahu, semua yang berlaku ini ada kaitan dengan ayah kandung kau."

"Ayah aku?" Amran bingung. Melihat Amran sedang dililit seribu satu persoalan, lelaki itu bertanya "Kau tak kenal siapa ayah kandung kau?"

Amran menjawab "Aku tak kenal. Yang aku tahu dari penjaga aku di rumah anak yatim, polis jumpa aku di tepi jalan berdekatan hutan. Berdekatan kawasan ini."

"Amran. Kau bukan anak luar nikah. Ayah kau bernama Osman, salah seorang pengikut aku. Dia dan isterinya tidak dikurniakan zuriat meskipun sudah bertahun-tahun berkahwin. Kerana itu dia buat perjanjian dengan Iblis untuk dapatkan zuriat dan selepas dia melakukan perjanjian, lahirlah seorang bayi dan bayi itu ialah kau."

Amran terkejut mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ramlan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Ramlan.

"Tapi, ayah kau diberikan satu syarat. Setelah engkau berusia 35 tahun, kau perlu diserahkan kepada kami sebagai Korban untuk si Iblis. Ayah kau pada mulanya setuju tapi dia khianati perjanjian dia dan Iblis. Di bertaubat dan tidak lagi mahu sembah apa yang kami sembah. Dia cuba larikan diri dan untuk selamatkan kau, dia tinggalkan kau di tepi jalan dengan harapan ada orang jumpa dan jaga kau. Pada akhirnya, seorang anggota polis temui kau. Dia adalah Sarjan Saad atau yang kau kenal sekarang ialah DSP Saad."

Terbeliak mata Amran mendengarnya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Ramlan.

Ramlan pun menyambung "Sarjan Saad serahkan kau kepada Ustaz Azizan, seorang ustaz yang mengajar di rumah anak-anak yatim. Kau didik dengan Ilmu agama dengan secukupnya oleh Ustaz Azizan. Setelah kau tinggalkan rumah anak yatim, kau menyertai Rejimen Renjer Diraja dan berjaya mendapatkan pangkat seorang Leftenan."

"Macam mana kau tahu pasal aku?" Tanya Amran dengan perasaan ingin tahu.

"Haih kau ni. Aku sentiasa ikuti perkembangan kau. Tapi kau tak perasan aku."

Amran hanya terdiam. Ramlan pun menyambung "Dalam kejadian 5 tahun lalu, aku sengaja biarkan kau hidup. Kerana? Kerana aku sudahpun menunggu saat ini."

Amran bingung "Apa maksud kau?"

Ramlan pun menjawab "Hari ini 7 Januari 2023. Esok ialah 8 Januari 2023. Esok kau akan berumur 35 tahun dan masa itu sudah hampir tiba. Tapi buat masa sekarang, kau rehat-rehatlah dulu."

Ramlan pun keluar dari dalam bilik itu meninggalkan Amran yang masih lagi diselimuti tanda tanya.

Di dalam bilik yang lain...

"Hei betina. Bangun."

Mawar terbangun dari pengsan. Dia tersedar berada di dalam sebuah bilik di dalam sebuah rumah usang dalam keadaan terikat di atas kerusi. Mawar melihat Ramlan berada dihadapannya.

"Hei, kau siapa? Lepaskan aku sial!" Jerit Mawar yang cuba melepaskan diri.

"Mawar-mawar, perangai kau sama je macam arwah abang kau...Mejar Zahri."

Mawar tersentak "Macam mana kau kenal aku dan macam mana kau kenal aku dan abang aku?"

Ramlan menjawab "Aku kenal sebab aku lah yang hantar dia jumpa malaikat maut. "Kata Ramlan sambil ketawa jahat
Mawar tidak dapat menahan rasa marahnya "Bangsat! Kenapa kau buat semua ni!? Angkara kau aku dan adik aku hidup susah kau tahu tak!'

Ramlan hanya tersenyum sebelum berkata "Aku bunuh dia sebab dia dah khianati aku. Dulu dia pengikut aku paling setia. Tiba-tiba dia nak bertaubat. Sebab tu dia mati dan sekarang kau akan kena tempias kerana dia."

"Apa maksud kau?" Tanya Mawar dengan perasaan ingin tahu.

Ramlan menjawab "Dia dulu ialah salah seorang pengikut kumpulan aku. Dia menyembah Iblis untuk dapatkan kekayaan tapi pada suatu hari dia ingin bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Kerana itu aku bunuh abang kau. Dan sekarang, kau akan jadi mangsa kerana abang kau tu."

"Kau nak buat apa barua?"

"Kalau kau nak tahu kejadian 5 tahun lepas tu bukan operasi memerangi kumpulan penjenayah. operasi itu merupakan sebuah operasi rahsia di atas Arahan Brigadier Jeneral Awang Syamsudin untuk hapuskan aku dan rakan-rakan aku. Dia cuba untuk hapuskan kumpulan satanik di bawah pimpinan aku untuk selamatkan akidah umat Islam di negara ini tapi nampaknya orang-orang aku lebih hebat dari orang-orang dia."

"Kenapa kau buat semua ini? Tak cukup lagi rezeki Allah dah beri kepada kau?" Kata Mawar dengan nada marah.

Ramlan hanya tersenyum. Dia berkata "Kalau setakat rezeki, tikus pun dapat rezeki." Kata Ramlan sebelum meninggalkan Mawar sendirian di dalam bilik itu.

keesokan harinya...

Amran disimbah dengan air supaya dia terbangun daripada tidur. Dia melihat Ramlan datang ke arahnya sambil membawa Raina yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Hei, Hei! Kau jangan buat apa-apa pada dia sial!" Tengking Amran.

Ramlan membawa sebuah tukul besi dan berjalan menuju ke arah Amran. Amran hanya melihat sambil mengucap dua kalimah syahadah. Dia sudah sedia jika Ramlan ingin membunuhnya tetapi Tiba-tiba...

"Thuffff."

Kepala Ramlan dihentak dengan bahagian belakang senapang Remington 1011. Ramlan terjatuh dan tidak sedarkan diri. Ternyata lelaki yang memukul Ramlan itu ialah Hamdan.

"Hamdan! Macam mana kau tahu aku ada di sini?" Tanya Amran kepada Hamdan.

"Aku cuba cari kau dan aku nampak kereta kau di luar. Semua orang cari kau, kau tahu." Jelas Hamdan. Dia melihat ke arah Raina lalu berkata "Kita kena panggil ambulan."

Tanpa dia sedar, Ramlan terbangun dari pengsannya.

"Hamdan! Hamdan! Tengok belakang!" Jerit Amran namun semuanya terlambat. Hamdan dipukul sehingga pengsan. Ramlan melihat ke arah Amran lalu memukul Amran sehingga dia tidak sedarkan diri.

Ramlan tersenyum
"Ritual pengorbanan bermula." bisiknya di dalam hati.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience