Lembaga Hitam

True Story Completed 1201

"Masih hidup juga kau. Tahniah!" sindir June sambil ketawa. Aku hanya tersengih.

“Apasal cakap macam tu? Aku dah biasa tidur seorang diri,” balasku.

“Yeke? Kalau aku cerita sesuatu, sanggup tak kau tidur seorang diri lepas ni?” tanyanya dengan senyuman sinis.

“Cakaplah, apa dia,” balasku, sedikit ingin tahu.

“Kau jangan takut pula,” katanya, nada suaranya mendadak serius.

“Hari siang, nak takut apa.” Saat itu, aku sedang bersiap untuk shift petang jam 2 hingga 10 malam. Hari itu, hari Ahad, dan June kebetulan tidak bekerja.

“Okeylah,” katanya sambil menarik napas panjang. “Sebelum tu, aku nak bagitahu satu rahsia pasal aku.”

“Rahsia apa?” tanyaku, agak tertarik.

“Sejak lahir, aku ada kelebihan yang orang biasa tak ada.”

“Kelebihan macam mana?”

“Aku boleh nampak benda halus... roh... hantu…” jawab June perlahan. Matanya memandang sekeliling, lalu pandangannya berhenti tepat ke arah pintu di belakangku.

Aku mula rasa seram sejuk walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 tengah hari.

“Hari siang pun kau boleh nampak ke?” tanyaku, cuba mengatasi rasa takut dengan nada ingin tahu.

“Tak nampak, tapi aku boleh rasa…” balasnya perlahan.

“Lepas tu? Rupanya macam mana?” soalku, makin ingin tahu walaupun hatiku sudah mula resah.

June menghela napas sebelum menjawab. “Dia duduk dekat hujung kaki kau. Besar, hitam, matanya kecil. Duduk mencangkung, tengok kau tidur…”

Kata-katanya membuat bulu romaku meremang. “Sebab tu kau tidur membelakangi aku?” tanyaku, mencari kepastian.

June mengangguk.

“Tempat ni memang macam tu ke? Ada something?” tanyaku lagi.

June menggeleng kepala. Aku makin hairan. Eh, aku baru datang, terus ada hantu?

“Maksud kau?” desakku.

“Kau bawa hantu ke, Rav?” soalan June membuat aku terpana, seperti terkena kejutan elektrik.

“What the hell?” Aku ketawa kecil, cuba menutupi kegelisahan. “Kau ingat aku bomoh ke? Kalau aku bawa hantu, aku mesti dapat rasa. Tapi ni tak, aku tak rasa apa-apa pun.”

“Sebelum ni aku tak nampak apa-apa pun. Sebab tu la aku tak nak bagitahu kau sebelum aku bercuti. Takut kau takut nak tidur malam tanpa aku.” June ketawa kecil, seolah-olah mahu meredakan suasana.

Aku hanya terdiam. Fikiranku bercelaru, mulai memikirkan segala kemungkinan.

“Eh, aku nak keluar sekejap, jumpa kawan. Kau jangan lupa kunci pintu!” ujar June, mengambil beg sandangnya lalu melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience