Roomate

True Story Completed 1201

Selepas aku mandi, supervisor datang menjengukku.
"You datang ofis jam 4 petang nanti, ambil kunci loker dan kad pekerja," kata seorang perempuan Cina itu.

"Ofis di mana, miss?" tanyaku.

"Atas kedai. You jalan di belakang, naik atas, tingkat 3. Ketuk saja pintu, cakap kamu staff baru nak ambil kunci loker dan kad pekerja," katanya lagi.

"Baik, miss. Err... Miss, saya nak tanya sesuatu..." ujarku perlahan.

"Tanya apa?"

"Dalam bilik ni... sekarang, saya seorang saja ke?" soalku, sedikit berbisik.

Dia terdiam sebentar sebelum menjawab.
"Hmm... tak sure lah. Tapi setahu saya, staff sini semua dah turun kerja shift pagi. Kenapa?" tanyanya balik.

Aku menelan air liur, cuba menenangkan diri. "Err... takde apa-apa... nanti saya naik ofis."

Supervisor itu hanya mengangguk sebelum berlalu pergi. Aku mengerling sekeliling bilik. "Ahhh... mungkin aku salah dengar," bisikku dalam hati. Tanpa berlengah, aku masuk ke bilik dan duduk diam, memasang lagu untuk menenangkan fikiran.

Sebelum jam 4 petang, aku bersiap-siap dan naik ke ofis. Dalam perjalanan, aku perasan beberapa staff memandangku, mungkin kerana mereka tahu aku pekerja baru. Biasalah...

Setibanya di tingkat 3, aku mengetuk pintu dan memberitahu aku pekerja baru. Seorang perempuan menyambutku dengan senyuman. Aku membalas senyumannya.

Petang itu, perempuan yang senyum dengan aku di pejabat tadi, rupanya roomate aku.

"Nama aku June. Kau?"

"Aku Ravabia. Panggil saja Rav," jawabku.

"Dalam bilik ni, aku seorang saja pegang kunci. Kunci rumah staff lain ada pada mereka masing-masing. Nanti aku buat duplicate kunci untuk kau," katanya. Aku hanya mengangguk.

"Kau admin ke?" soalku ingin tahu.

"Ya. Kau perasan tak semua staff dekat ofis tadi semua chinese? Aku seorang saja Iban. Itu pun sebab aku ambil jurusan IT," jelas June.

"Oh, aku apply kerja sebagai Training Supervisor food court," balasku.

"Ohhh... susah kan. Takpa, slow-slow belajar. Aku dah kerja sini dua tahun. Sebab tu aku duduk bilik ni seorang saja," katanya sambil duduk bersila di atas tilam.

Aku turut duduk di tilamku sendiri, cuba memahami suasana baru ini.

"Nanti malam kita keluar makan kat kedai sana. Murah makanannya," katanya lagi, tersenyum.

Aku hanya membalas senyumannya sambil mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience