BAB 4

Spiritual Completed 1123

“Betul juga kata-kata awak tu. Kita jadi kawan dulu okey?” dia kenyitkan matanya.Oh,ini yang buat aku berdegup tak tentu pasal.Ternyata lelaki ini benar-benar membuatkan aku rasa terbang di awan tinggi.

“Okey” jawabku pendek untuk menutup rasa malu.

“Dyna,ada bunga” bagaikan Superman aku konon-kononnya terbang ke ruang tamu.

Jambangan bunga yang berada di tangan ibu sudah beralih tangan. Bunga ros beserta dengan kad.Sweetnya Raif.

Kad itu aku buka. Lalu kubaca di dalam hati. Dyna,

‘Loving you is my life.Loving me too is my heaven.’

Ah,gadis mana yang tidak cair dengan kata-kata begini. Beruntungnya aku kerana dapat memiliki cinta Raif.

“Raif tulis apa?” Tanya ibu.

“Loving you is my life.Loving me too is my heaven” ibu sengih.

“Nampaknya kita makan nasi minyaklah Dyna tak lama lagi” hatiku sudah tersemat nama Raif.Mana taknya,dia sungguh pandai mengambil hatiku sehingga aku jatuh cinta kepada dia.

“Dyna,aku nak pergi toilet kejap eh?” lintang pungkang Nurin berlari memasuki ke dalam tandas. Dengan kesempatan yang ada itu,aku memasuki KFC untuk membeli sedikit coleslaw untuk ibu. Masuk-masuk je,hati aku hancur.

Raif dengan perempuan mana entah sedang memadu kasih.Berpegang-pegang tangan.Tersenyum manis. Hati mulai rasa sebak tak terkata. Raif curang dengan aku!

Didorong perasaan geram,aku menerpa kepada pasangan yang tak tahu pahala dosa itu.Punyalah seronok memadu kasih,tak perasan aku yang tercongok di depan mereka.

“Raif” panggilku.Kedua-dua merpati itu memandangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience