BAB 6

Spiritual Completed 1123

Tuk! Tuk! Pintu bilikku diketuk.Aku tahu itu ibu. Pintu dikuak.

“Astaghfirullahalazim,Dyna.Apa nak jadi ni?” mengucap panjang ibu melihat keadaan bilikku.

“Bersepah-sepah dengan makanan.Ni apa ni? Jajan berlambak-lambak” bebel ibu.

“Dyna nak makan puas-puaslah ibu.”

Memang patutu ibu marah kepadaku tapi biarlah lukaku ini sembuh dengan makanan-makanan ini semua.

Aku tidak hiraukan bebelan ibu.Yang penting hati aku puas.Aku puas dapat meriliskan tension dengan cara begini selain solat.

“Dyna,makan banyak-banyak boleh menimbulkan banyak penyakit.Takkan sebab seorang lelaki kamu nak kecewa dengan cara macam ni?” tampak ibu kecewa dengan perangaiku.

“Ibu tak faham perasaan Dyna.Dyna sayangkan Raif tapi dia kecewakan Dyna.Ibu tak tahu” aiskrim Magnum sudah kucampak ke tepi. Menangis lagi kerja aku.

Ibu bertindak memelukku. “Ibu faham nak” Ya ALLAH,beratnya dugaanMu ini.

Ayam panggang Kenny Rogers benar-benar menggugat imanku. Tanpa berfikir panjang,aku terus membeli ayam panggang tersebut.

Tak cukup dengan itu,aku membeli pula mayonis. Air gas berbotol-botol ku kaut.

Nikmatnya hidup jika dapat makan banyak.

Perut yang memboyot sedikit kuusap.Puas hati kerana dapat memuaskan nafsu makan. Berselerak meja dengan sisa-sisa makananku.

Percaya tak,berat aku sekarang ni dah 106 KG? percayalah.Ini semua akibat pemakanan yang banyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience