BAB 2

Spiritual Completed 1123

Ibu membesarkan matanya. “Itu kalau jatuh pecah.Itu kemungkinan je.Satu dalam sepuluh.Yang Dyna fikir jauh sangat kenapa?”

Hehe,sumpah aku tak suka bedak kompas. Rasa macam pakai mekap tak tanggal setahun. Bedak Carrie Junior best apa? Rosak muka,ada aku kisah?

“Kita manusia ni kena berfikiran jauh.Kalau tak,tak akan maju” jawabku selamba. Hidung Puan Najat dah kembang semacam.Anaknya ni,ada je nak menjawab.Kahwin tak nak.

“Kalau pasal bedak pandai menjawab,ni bila nak kahwin” terkedu.Tak terfikir ibu akan mengenakan aku sampai ungkit soal kahwin. Aku memang anti kalau sebut pasal kahwin,maklumlah anak dara tua.Tak laku-laku.

Puan Najat menahan gelak. Terkena sejibik kau. Bukan tak tahu anaknya itu kalau sebut pasal kahwin mahu bisu setahun.

“Kenapa tak jawab? Tak ada modal nak jawab ke? Kalau tak ada modal,ibu boleh pinjamkan” seloroh ibu.

Hambar je senyumanku. “Kalau tak cakap pasal kahwin,tak boleh ke?” masih menyapu bedak Carrie Junior di muka.

Terdengar ibu mengeluh perlahan. “Ibu tak minta banyak pun dekat Dyna.Cuma,ibu nak tengok Dyna kahwin sebelum ibu menutup mata” sedih sekali nada suara Puan Najat.Mulanya nak tersentuh tapi ayat klise gila.Selalu dengar dekat drama-drama Melayu.

“Ibu ni,dah berapa kali Dyna dengar ayat-ayat common macam ni.” Puan Najat tayang sengih.

“Klise ya? Tak perasan pula sebabnya ibu pun copy paste je ayat dekat tv tu” haha,pecah tembelang.

“So,tutup cerita ya?” pintaku.

Puan Najat tertunduk. “Tak apalah kalau Dyna tak dapat tunaikan hasrat ibu.Ibu tak harap apa-apa dah” okey,kali ni aku tersentuh.Bukan lagi ayat klise yang keluar daripada mulut ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience