BAB 3

Spiritual Completed 1123

Ketika ibu mahu melangkah keluar dari bilik,aku menyentuh perlahan tangan ibu. “Dyna akan bawa menantu untuk ibu” janjiku.

Muka Puan Najat terus bersinar-sinar. “Ibu nak call kawan baik ibu dulu.Nak confirm dengan dia.Malam ni,Dyna bolehlah keluar dengan anak dia” tergesa-gesa ibu keluar dari bilik.Cis,ibu dah ada calon rupanya.Siapalah yang malang keluar dengan aku ni?

Selendang di kepala diusik-usik. Gementar rasanya berhadapan dengan lelaki tampan ini.Sesekali aku mengerling ke arahnya yang tampak selamba. Ah,tampan sekali anak kawan ibu ini.

“Hmm,awak kerja di mana?” tanyaku gugup.Yang aku tahu,namanya dan umurnya saja. Namanya Ahmad Raif.Umur sudah mencecah 30 tahun.

Raif mengacau-ngacau straw di dalam gelasnya. “International Architect Firm dekat Damansara” Oh My ALLAH,arkitek wei.

“You have a good job.So,dah ready untuk kahwin?” soalan cepumas.Al maklumlah,hati ini sudah terpaut dengan si jejaka di hadapan ini.

Dia merenungku. “You?” oh nak ber i-you pula.Konon tak kelaslah kalau bersaya-awak.

Renungannya membuatkan aku tersipu malu. Terus tertunduk aku jadinya.Malu-malu pun,aku menjawab soalannya. “Saya dah bersedia. Yang saya nak tahu adalah awak.Macam mana?”

Dia diam seketika. “Seriously,soal kahwin ni I tak bersedia langsung.Lagi-lagi pula,I kena berkahwin dengan gadis yang I tak kenal.You tahukan macam mana perasaan saya?”

Terasa ke aku? Tentulah tidak! Aku faham dengan perasaan dia. “Saya faham perasaan awak.Lagi pun,mak kita Cuma suruh kita berkenalan dulu.Kahwin tak kahwin lain cerita.”

Bibirnya mengukir sedikit senyuman tapi Nampak macam tak ikhlas je.Isy,Dyna Husnozon.Jangan bersangka buruk dengan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience