BAB 8

Spiritual Completed 1123

Aku keseorangan dalam bilik ini.Ibu pulang sebentar untuk berehat. Aku nak solat tapi tak ada siapa yang boleh tolong aku.Dengan wayar yang berselirat di badan,buat aku jadi tak selesa.

Di saat aku tekad hendak mencabut wayar,Doktor Arif masuk ke wad aku.Maklumlah,bilik VVIP.

“Cik Dyna nak buat apa ni?” tanyanya cemas.

Aku senyum. “Saya nak dolat doktor tapi macam mana nak solat kalau wayar menyemak dekat badan saya?”

“kejap ya? Biar saya suruh nurse tolong awak.” senang aku dengan doktor ini.Kata-katanya penuh dengan ketenangan.

Seusai solat,Doktor Arif masih tercegat di dalam bilik aku.Pelik bin Ajaib. “Terima kasih doktor kerana suruh nurse tolong saya.Kalau tak,tak solatlah saya”

“Itu adalah tanggungjawab saya sebagai seorang Islam.” Dia senyum.Manisnya senyuman dia.Ada aura penenang.

“Cik Dyna,boleh saya Tanya sesuatu?”

“Tanyalah doktor.Selagi saya boleh jawab,sekali itulah saya jawab” aku senyum sikit.

“Ada apa-apa yang berlaku ke pada awak sebelum awak jatuh sakit?”

“Ada.Saya makan banyak sangat.”

Dia ketawa kecil. “Bukan itulah.Maksud saya,peristiwa yang menyebabkan awak bertindak bukan-bukan?” terkedu.Macam mana dia boleh teka?

Aku angguk. “Hmm ada.Saya putus dengan seorang lelaki ini.”

“Boleh saya bagi nasihat Cik Dyna? Minta izin lagi.

“Boleh doktor”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience