BAB 1

Spiritual Completed 1123

Semua makanan di dunia ini adalah kegemaran aku. Cakap je apa,semua aku telan.Tolak yang haram je.Aku tak bersetuju dengan sesetengah ayat yang menggunakan tolak batu dengan kayu je.Kiranya najis mughalazah tu boleh makanlah ya? Hah,kan tak logik itu.

Figura aku? Nak kata kurus,pembohonglah.Nak kata gemuk,alahai sipi-sipi je.Jadinya,aku tersenarai dalam golongan sedang-sedang je.Bukankah sedang-sedang itu lebih baik?

Jika aku kurus sangat,pasti aku akan hidapi penyakit anoreksia. Kalau sihat sangat,obesity pula jawabnya.Bukan itu sahaja, kencing manis tak kira lagi.Alahai,banyak betul penyakit sekarang yang berpunca daripada makanan.

Bersesuaian dengan Sabda Rasulullah.

Antaranya,makan banyak akan melemahkan akal dan terhalang daripada menjadi cerdik.Itu satu daripada 10 keburukan makan banyak.

Banyak-banyak mencari info di Pak Cik Google ya untuk maklumat lanjut. Kenapa agaknya,aku cerita mengenai makan banyak?

Wayar yang berselirat di badanku direnung sayu.

Kita tutup cerita tadi.Okeylah,daripada tadi asyik merepek je.Mari sini,aku nak bercerita mengenai aku.Mengenai diriku.Bagaimana aku boleh menjadi fobia? Fobia kepada apa? Teruskan baca ya…jangan marah hehe.

Mukaku disapu sedkit dengan bedak Carrie Junior. Tengah asyik menyapu, ibu tercinta menegur. “Anakkku sayang,bedak Carrie Junior tu untuk badanlah.Tak sesuai untuk muka.”

Senyumku mendengar teguran ibu. “Ibu,bedak ni jimat.Sekali beli boleh guna berbulan-bulan.Kalau Dyna beli bedak kompas tu,sekali pecah berderai macam tu je”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience