BAB 9

Spiritual Completed 1123

“Awak makan banyak sebab kecewakan?” tebaknya. Aku angguk lagi.

“Saya bukanlah sesempurna mana pun tapi saya nak kita bersama-sama menuju kejayaan dunia akhirat. Adakah wajar kita menyeksa diri kita hanya kerana seorang lelaki? Pastilah tak wajar. Saya ada baca 10 sebab kenapa Rasulullah melarang kita makan banyak.Antaranya seperti awak nilah.Terlantar sakit dan tidak terdaya untuk buat sebarang aktiviti. Kan menyeksa diri namanya itu?”

Sambungnya lagi. “Awak puas ke makan banyak –banyak.Rasa happy tak?”

Aku geleng kerana aku Cuma rasa puas je tapi tiada kegembiraan di situ. “Ada penawar yang lebih baik Cik Dyna.Dekatkan diri kita dengan ALLAH.Selalu membaca al-Quran.Yang penting cintakan ALLAH lebih daripada kita cintakan manusia.Itulah hebatnya cinta ALLAH.Sekelip mata je awak boleh lupakan benda-benda yang sedih Cik Dyna” sentap.Ya ALLAH,kenapa aku biarkan diri ini terperangkap dengan hasutan syaitan? Setitik air mataku jatuh.

“Eh Cik Dyna jangan sedijh pula.” Pujuknya.

“Terima kasih doktor.Selama ni saya biarkan nafsu makan saya menang.Bersorak kemenangan sampai saya sakit macam ni.Saya menyesal doktor”

“Taka pa Cik Dyna.Hidup di dunia ini pun sementara,tak salah kita nak makan nikmat ALLAH tapi yang salahnya apabila kita salah gunakan nikmat ALLAH itu” nasihatnya lagi.

Ya ALLAH,aku benar-benar menyesal.Aku jadi fobia dengan makan banyak.Kini,aku hanya makan ala kadar mengikut diet Rasulullah. Aku takut penyakit-penyakit yang mengganggu ibadahku menyerang.

“Dyna,mari makan” ajak ibu. Terdapat banyak makanan di atas meja.Aku jadi takut.Berpeluh tiba-tiba.

“Kenapa ibu masak banyak sangat?”

“Ibu nak raikan anak ibu balik daripada hospital.” Aku geleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience