BAB 7

Spiritual Completed 1123

Tiba-tiba dadaku rasa tidak senang.Rasa sempit semacam. Ya ALLAH,inikah pengakhiran hidupku? Bibirku terkumat kamit mengucap dua kalimah Syahadah.

Pandanganku menjadi gelap.Tahu-tahu je aku dah tak sedar.

Surah Yasin bermain-main di telingaku.Ya ALLAH,sayunya hati ini mendengar suara ibu yang sudi membaca Yasin untuk anaknya ini.

“Ibu” panggilku.

Ibu memandang. “Alhamdulillah.Dyna dah sedar.Kejap ya,ibu panggil doktor” aku angguk

Tak lama kemudian,seorang doktor lelaki muda memasuki ruang wadku.Dia memeriksa segala apa yang patut.

“Alhamdulillah,denyutan jantungnya dah normal kembali.Cuma,paras gula dalam badan dia agak tinggi.Nanti saya akan masukkan insulin” terang doktor itu.Sekali-sekala matanya mencuri pandang kepadaku.

“Ibu,kenapa dengan Dyna?” keliru dengan penyakitku.

Ibu memandangku ingin menjelaskan tapi doktor itu menghalang. “Biar saya yang terang dekat patient mak cik.Dia patut tahu dengan lebih jelas” kemudian,doktor itu tersenyum.

“Cik Dyna,sebelum tu saya harap Cik Dyna tenangkan hati.Banyakkan istighfar”

Katanya lagi. “Sebenarnya, Cik Dyna menghidap penyakit diabetes dan lemah jantung” aku dah jangka semua ini.

“Teruk sangat ke doktor?” tanyaku perlahan.

“Semua penyakit itu adalah rahmat ALLAH.Teruk tak teruk,Cik Dyna tak usahlah tahu kerana penyakit boleh sembuh dengan usaha dan izinNya” jawab doktor muda ini.

Aku sedar ini semua silap aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience