BAB 8

Romance Completed 4383

Athirah memandang sekeliling. Dia melihat Amani, mak dan Salmi sedang menghendap dari dapur. Apa yang dia lihat, semua orang tersenyum. Athirah teringatkan kata-kata Amani. “Kalau semua lelaki suka memberi janji biasa, cubalah cari lelaki yang akan memberi janji luar biasa. Mungkin lelaki yang Athirah baru kenal tu, akan jaga Athirah dengan baik".

Athirah menggerakkan bibirnya. “Saya....sanggup. Saya terima lamaran awak" luah Athirah menerima lamaran Zayyan. Wajah Zayyan terlalu gembira. Dia tersenyum sambil menyarungkan cincin pada jari Athirah. Amani, Salmi dan emak yang sedang melihat mereka juga turut gembira. Amani yang paling tersenyum lebar. Lengan Athirah mendakap tubuh Zayyan. Zayyan tersenyum sambil membalas dakapan Athirah......

Tanggal 19 Mei 2015 menjadi tarikh keramat buat Athirah dan Zayyan. Mereka telah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Sudah sebulan berlalu sejak mereka berkahwin. Athirah bersyukur kerana pilihannya tepat. Zayyan bukanlah macam lelaki-lelaki lain.

“Abang, abang cakap yang abang janji akan sehidup semati dengan saya kan? Abang janji dengan janji yang luar biasa" kata Athirah sewaktu di dalam kereta bersama Zayyan. Zayyan tersenyum sinis.

“Yes. I promise that I will love you forever. Abang janji yang abang akan setia dengan Athirah sehingga hembusan nafas yang terakhir" luah Zayyan. Dia meneruskan memandu. Cuaca pada waktu ini amat buruk. Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Tiba-tiba, sebuah pokok tumbang menimpa kereta mereka......

Suasana sayu di hospital. Athirah dan Zayyan terlantar di atas katil bersebelahan antara satu sama lain. Amani, mak dan ayah sedang menunggu mereka untuk sedar daripada koma. Amani dan mak sudah kering air mata.

Athirah membuka matanya setelah sekian lama. Begitu juga Zayyan. Badan mereka terasa amat lemah. Mak, ayah dan Amani gembira kerana mereka sudah sedar. Tetapi, Athirah mencari Zayyan.

“Zayyan...Zayyan " tutur Athirah lemah.

“Y..ye..sayang" Zayyan membalas dengan suara yang juga lemah. Mereka berdua menghulurkan tangan masing-masing dan mengenggam erat. Tangan kanan Athirah memegang tangan kiri Zayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience