BAB 4

Romance Completed 4383

“Ini keluar makan sahaja ke...temu janji? Kalau temu janji, saya tak nak. Kalau sebagai kawan, saya boleh pergi" jelas Athirah yang masih fobia dengan lelaki.

“Hmmm...ini hanya sekadar pertemuan antara rakan. Saya tunggu okey. Datang ke alamat kafe yang saya mesej. Assalamualaikum"

“Waalaikumussalam" balas Athirah sambil memutuskan panggilan. Eh! Kenapa dengan Zayyan ni? Dia suka dekat aku ke? Tak mungkin lah. Aku dah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Lagipun, dia cakap ‘kawan' aje tadi......

Athirah duduk bertentangan dengan Zayyan. Dia melihat wajah Zayyan yang sedang leka menenung dirinya. Mata Zayyan tidak henti-henti daripada menatap wajah Athirah. Athirah hairan.

“..Zayyan, kenapa awak t..tengok saya macam tu ye? Pelik la. Buat saya malu" kata Athirah supaya Zayyan berhenti daripada terus memandangnya. Cuba kau orang bayangkan, orang asyik tatap wajah kita aje. Tak ke segan?

“Sebab awak cantik la. Wajah awak manis. Saya asyik terpegun dengan kecantikan awak" sengaja Zayyan memuji Athirah. Pipi Athirah dah merah menyala. Malu la katakan. Ish! Aku tahu la yang aku ni cantik. Tapi, tak perlu la tenung lama-lama.

“Okey...sebenarnya, awak ajak saya datang sini ada sebab ke? Atau...saje-saje?" tanya Athirah kepada Zayyan. Zayyan masih lagi menatap wajahnya.

“Saje. Saya nak tengok wajah awak yang cantik ni" sindir Zayyan. Athirah mula marah manja.

“Isy, Zayyan. Serius la. Jangan main-main" Athirah marah sedikit. Eh dia ni! Aku bagi buku lima kut! Karang tak pasal-pasal dia pun pakai pemerah pipi macam aku. Zayyan hanya ketawa kecil.

“Hahaha...Sebenarnya, saya ada satu permintaan daripada awak. Sebab itulah saya ajak awak datang ke sini"

"Apa permintaan awak tu? Kalau saya boleh tunaikan, insya Allah. Kalau tak, tak tahulah" jawab Athirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience