BAB 6

Romance Completed 4383

Mereka berdua berbual-bual tentang diri masing-masing sehinggalah Athirah mahu bertanya satu soalan kepada Amani.

“Akak, boleh Athirah nak tanya satu soalan? Kalau akak tak kisah la" tanya Athirah.

“Apa salahnya. Mestilah boleh" Amani yang tidak kisah.

“Sebenarnya, Athirah ada kenal dengan seorang lelaki. Haritu, dia nak kenal Athirah lebih daripada seorang kawan. Athirah tertanya-tanya kalau, Athirah patut cakap ya atau tidak. Tapi, Athirah dapat lihat kejujuran dan keikhlasan tu daripada matanya. Athirah masih takut dengan janji akak. Semuanya beri janji biasa" luah Athirah yang tiba-tiba keliru dengan rasa hatinya.

Amani tersenyum. “Athirah hanya perlu ikut apa kata hati Athirah. Kalau semua lelaki suka memberi janji biasa, cubalah cari lelaki yang akan memberi janji luar biasa. Mungkin lelaki yang Athirah baru kenal tu, akan jaga Athirah dengan baik" tutur Amani menasihati Athirah.

“Tapi akak, Athirah takut akan disakiti sekali lagi"

“Macam akak cakap, ikut kata hati Athirah. Kalau Athirah rasa apa yang Athirah buat tu betul, teruskanlah" kata Amani. Athirah hanya berdiam. Patutkah dia mencuba sekali lagi dalam hubungan bersama Zayyan ? Atau patutkah dia terus menutup pintu hatinya?.....

Hari ini, sehari suntuk Athirah keluar bersama Salmi. Dari pagi hingga sekarang, 8:45 malam. Dan sekarang, Athirah dan Salmi sudah sampai ke rumah Athirah.

“Wei! Kau nak masuk tak? Jomlah" ajak Athirah. Salmi hanya menurut perintah. Wajah Salmi seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan Athirah. Athirah masih tidak tahu apa-apa.

“Ya Allah, diorang semua dah bersedia ke? Athirah dah hampir masuk rumah. Harap-harap la perkara ni tak rosak?” getus hati Salmi.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Athirah sedang duduk dalam kegelapan. Lampu semuanya ditutup. Tiada sebarang bunyi di dalam rumah. Tiba-tiba, “Kejutan". Lampu rumah terbuka. Mak, ayah, Amani dan juga Salmi sedang memegang kek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience