BAB 9

Romance Completed 4383

“Athirah, kalau abang pergi...abang nak minta maaf kepada Athirah. Abang minta maaf sebab...tak mampu nak jaga Athirah dengan baik" luah Zayyan sambil air matanya mula mengalir keluar.

“Abang, walaupun kita baru berkahwin selama sebulan, Athirah rasa abang lah lelaki yang paling setia buat Athirah. Athirah juga rasa yang janji abang, bukanlah janji biasa. Sebaliknya, janji abang adalah janji yang benar dan luar biasa. Athirah juga nak minta maaf abang" luah Athirah kepada Zayyan. Air matanya juga membasahi pipi.

Semua orang yang menyaksikan mereka berdua turut mengalirkan air mata. Mesin kadar denyutan nadi Athirah dan Zayyan mula tak stabil. Athirah dan Zayyan menatap wajah antara satu sama lain. Mereka senyum buat kali terakhir. Tiba-tiba, mesin kadar denyutan nadi mendatar. Mata Athirah dan Zayyan tertutup sambil wajah mereka mengukirkan senyuman.

Athirah dan Zayyan telah meninggalkan dunia dan kembali kepada pencipta mereka. Apa yang lebih memilukan, mereka pergi sambil tangan mereka saling berpegang.

“Mak, ayah...diorang dah tak ada" Amani bersuara sayu. Air mata Amani bergenang semahu-mahunya. Adik kesayangannya sudah meninggalkan alam sementara. Mak dan ayah turut sedih. Mereka berdua meninggal dunia di tempat yang sama, pada hari yang sama dan bersama-sama.

Bukan semua janji adalah palsu dan biasa. Walaupun sudah tiga kali Athirah tertipu dengan janji lelaki, tetapi janji daripada Zayyan adalah Janji Yang Luar Biasa. Zayyan setia di sisi Athirah sehingga hembusan nafas terakhir. Zayyan amat mencintai dan menyayangi Athirah dengan sepenuh hati. Athirah bimbang pada mulanya untuk memilih Zayyan namun dia bersyukur kerana mengahwini Zayyan adalah perkara terbaik pernah dilakukannya.

Meskipun Zayyan dan Athirah sudah tiada, namun cinta mereka tetap tersemat hingga ke Syurga. Zayyan sudah membuktikan bahawa dia bukanlah seperti lelaki-lelaki yang pernah menyakiti hati Athirah. Peluang yang diberi oleh Athirah digunakan dengan sebaik-baiknya. Sungguh sukar buat Athirah untuk membuka hati demi menerima cinta Zayyan. Tetapi, dia tetap mengambil risiko. Sebuah janji terpatri dari lubuh hati paling ikhlas Zayyan buat Athirah, saling mencinta sehidup dan semati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience