BAB 1

Romance Completed 4383

“Khairul Firdaus Bin Abdullah, aku nikahkan kau dengan Athirah Binti Darwis dengan mas kahwinnya RM 700 tunai" cakap Tok Kadi. Semua orang menunggu lafaz daripada pengantin lelaki. Begitu juga Athirah aka Athirah yang sedang gembira di atas sofa pelamin. Hari ini, dia akan menjadi isteri orang setelah sekian lama menunggu saat ini.

Khairul terkebil-kebil. Mulutnya diam seribu bahasa. Semua orang sedang menunggu jawapannya. Athirah tiba-tiba berasa pelik. Kenapa dengan Faizul? Dia...sakit ke? Atau...dia gemuruh ke? “Aku..." satu perkataan mula keluar daripada mulut Faizul. Semua orang excited. Tetapi, Khairul seakan-akan tidak mahu berkata-kata. Kenapa? Beberapa saat selepas itu, dia bangun dan berlari keluar mendapatkan keretanya.

“Faizul! Faizul! Awak nak pergi mana?" jerit Athirah sambil berlari ke arah Khairul yang sudah masuk ke kereta. Tetamu yang hadir mula kecoh. Majlis itu mula menjadi huru-hara. Tanpa menunggu apa-apa, Faizul menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut dan juga Athirah. Athirah tersungkur di atas tanah. Dia melihat kereta Khairul berlalu pergi. Matanya mula mengalirkan air mata.

“Ya Allah! Kenapa Khairul sanggup buat aku macam ni? Satu langkah saja lagi, aku akan tamatkan semua mimpi ngeri yang menyelubungi aku selama ini. Tapi, tak sangka pulak ia berulang" Athirah menangis semahu-mahunya. Semua mata memandang tubuh Athirah yang sedang tersungkur di atas tanah. Habis kotor baju pengantin miliknya...... TOK TOK TOK! Amani mengetuk perlahan pintu bilik adiknya itu. Sudah tiga hari Athirah terperap dalam biliknya. Makan dan minum pun tak menentu. Kerana terlalu kecewa dengan kejadian hari itu, Athirah patah hati.

Amani membuka perlahan pintu bilik Athirah. Apa yang dia dapat lihat, Athirah sedang merenung ke luar tingkap. Dia mendekati adiknya perlahan-lahan.

“Hmmm...Athirah,...jom kita makan. Mak dengan ayah dah tunggu dekat bawah" ajak Amani dengan nada yang lembut. Athirah tidak memberikan apa-apa respon. Dia masih merenung ke luar jendela. Amani menarik perlahan tangan Athirah. Tetapi, Athirah tidak mahu. Athirah terlalu sedih dengan kejadian hari itu.

“Athirah adik yang baik kan? Jom la kita makan. Lauk semuanya sedap. Mak dah masak makanan kegemaran Athirah, sambal ikan kerapu. Sedap. Mari?" ajak Amani lagi. Dia risau akan adiknya yang sudah lama mengosongkan perut. Tetapi, ajakan itu semuanya sia-sia. Athirah masih lagi tidak memberi respon. Itu membuatkan air mata Amani bergenang sedikit.“Athirah, lupakan saja lah pasal haritu. Perkara yang dah jadi. Kita tak boleh nak ulang. Mungkin, ada hikmah disebalik ketentuan Allah ini" jelas Amani kepada Athirah. Athirah menatap wajah kakaknya itu.

“Akak...dah tiga kali akak. Tiga kali hubungan Athirah dengan mana-mana lelaki tidak menjadi. Kali pertama, tak sampai sehari pun Athirah kenal Yazid, kemudian dia tinggalkan Athirah. Yang kedua, Athirah bertemu dengan Sufian. Sufian baik tapi, dia pun tinggalkan Athirah setelah beberapa bulan. Athirah kecewa akak, tapi Athirah tak mengalah. Hampir tiga tahun Athirah korbankan diri kepada Faizul, ini yang dia balas? Mereka semua sama akak. Suka menabur janji yang palsu" terang Athirah dengan nada yang sedih.

Amani juga sedih dengan kejadian yang menimpa adiknya. Apalah salah adiknya sehinggakan banyak musibah yang harus ditempuhi. Tetapi, Allah itu Maha Esa. Allah tahu apa yang terbaik buat Athirah.

“Ya Allah, kau kuatkan hati dan jiwa adikku ini untuk menerima dugaan-Mu. Aku faham dengan apa yang dia rasa. Tapi, tiada apa-apa yang dapat aku lakukan selain berdoa dan menasihati Athirah. Aku sangat sayangkan Athirah. Dialah satu-satunya adik yang aku ada" getus hati Amani......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience