BAB 5

Romance Completed 4383

“Saya nak minta satu aje daripada awak. Boleh tak kalau....kita kenal dengan lebih rapat? Awak tahu, saya maksudkan kenal lebih daripada seorang kawan" pinta Zayyan. Mata kuyu Zayyan bertemu dengan mata bulat Athirah selama beberapa saat.

“Minta maaf Zayyan. Saya tak boleh. Saya dah fobia dengan lelaki. Saya dah tutup pintu hati saya untuk semua lelaki" Athirah menjawab selepas itu. Tak! Aku tak boleh. Hati aku sudah tidak dapat menerima kekecewaan lagi. Cukuplah sekadar tiga kali janji palsu dan biasa daripada lelaki. Aku tak mahu hati ini retak bak kaca yang pecah lagi. Terlalu lama masa yang aku ambil untuk mengubati hati yang pernah luka angkara janji. Janji biasa, palsu dan menyakitkan.

“Saya akan buka pintu hati awak untuk menerima saya Athirah. Saya tak nak lebih. Cuma nak awak saja" terang Zayyan lagi.

“Zayyan...jangan buat saya macam ni" Athirah serba salah.

“Tolonglah Athirah..." rayu Zayyan.

Athirah tersenyum. Dia memandang wajah Zayyan. “Tak boleh Zayyan. Saya tak boleh. Saya takut, kalau-kalau saya terluka lagi. Saya pergi dulu ye Zayyan ? Assalamualaikum" Athirah cepat-cepat mengambil beg tangannya dan meninggalkan Zayyan......

Athirah menatap gambar Zayyan yang ada dalam telefonnya. Dia berfikir sejenak. “Aku suka dia. Tapi, aku masih fobia dengan lelaki. Macam mana kalau dia sama dengan lelaki-lelaki yang pernah aku kenal?" luah hati kecil Athirah.

Sedang dia leka melihat gambar Zayyan, Amani mengetuk pintu menyebabkan Athirah tersentak dan terus menyembunyikan telefonnya. Amani masuk untuk melihat keadaan adik kesayangannya itu.

“Athirah buat apa tu? Boleh kita sembang sekejap tak?"

"Boleh. Marilah duduk dekat sini" Athirah dalam mood yang baik. Amani gembira kerana Athirah sudah pulih daripada kekecewaan yang terlampau. Amani mengharapkan bahawa adiknya akan melupakan segala kisah duka yang pernah menimpanya. Daripada A sampai Z.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience