BAB 7

Romance Completed 4383

“Apa ni?" soal Athirah ringkas. Dia masih terkejut dan tidak tahu apa-apa.

“Happy birthday to you, Athirah. Semoga panjang umur" ucap semua orang. Athirah terlupa. Hari ini hari jadinya. Hari kelahirannya. Macam mana la dia boleh lupa? Athirah gembira kerana semua orang sanggup mengadakan majlis untuknya.

Mereka menikmati hidangan yang disediakan. Selepas itu, semua orang berlalu pergi. Mak, Salmi dan Amani sibuk di dapur. Ayah naik ke tingkat atas. Tapi, semua orang berperangai pelik. Athirah ditinggalkan berseorangan di sofa. Dia terlihat sekotak hadiah tanpa nama berada di atas meja. Dia membuka kotak itu dan alangkah terkejutnya apabila Athirah melihat sebentuk cincin. Persoalannya, ini cincin siapa?

Tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai tuksedo turun menyebabkan Athirah terkejut. “Happy birthday to you, Athirah " ucap lelaki itu. Apabila Athirah meneliti, itu ialah Zayyan.

“Zayyan. M..macam..mana awak a..ada dekat sini?" tergagap-gagap suara Athirah angkara tergamam. Zayyan tersenyum. Dia mendekati Athirah lalu mengambil cincin daripada Athirah dan melutut di depan Athirah.

“Athirah, sejak saya kenal awak, saya yakin yang awaklah takdir saya. Wajah awak selalu hadir dalam minda saya. Saya tak boleh berhenti memikirkan tentang diri awak. Bila awak jauh, saya rasa rindu. Bila awak dekat, saya rasa bahagia, gembira. Awak cakap, semua lelaki suka memberi janji yang biasa dan palsu. Tapi, saya berjanji akan menjaga dan mencintai awak dengan janji yang luar biasa. Sanggupkah awak jadi teman sehidup semati saya sebagai seorang isteri?" Zayyan melamar Athirah.

Athirah tidak tahu untuk memberi apa-apa jawapan. Air matanya mula membasahi pipi. Adakah aku perlu menerima janji dia untuk menjadi sang putera bagi aku? Atau adakah aku perlu menolaknya demi mengelakkan kekecewaan untuk kali keempat? Ya Allah! Tolonglah aku untuk memberi jawapan yang tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience