BAB 2

Romance Completed 4383

Athirah menjalani rawatan kaunseling dan akhirnya sembuh. Kini, dia sedang menyambung pelajaran di universiti. Jika dia sedih, rakannya Salmi akan sentiasa berada di sisi. Athirah sudah fobia dengan lelaki dan juga janji. Bagi Athirah, tiada lagi janji yang benar daripada mana-mana lelaki. Dia sedang cuba menutup pintu hatinya untuk semua lelaki.

“Athirah, malam esok ada majlis tari menari dekat dewan. Jom lah kita pergi" ajak Salmi yang teruja. Athirah yang sedang menumpukan perhatian terhadap buku mendengarnya.

“Ye ke? Kalau macam tu, esok kita pergi sama-sama" Athirah gembira.

“Tapi, ada satu masalah la. Aku mana ada baju yang cantik. Malulah nak pergi dengan baju buruk aku ni. Mesti ramai orang lari daripada aku" cakap Salmi.

“Eleh! That's just a small problem. Kau jangan risau. Nanti kita pergi shopping. Aku belanja. Kau nak apa? Biyyan? Jovian Mandagie? Fashion Valet? Semuanya boleh. Nanti kita pergi, kau pilih dan aku bayar" jelas Athirah.

“Apa tu? Jovian apa? Tak pernah pulak aku dengar. Aku selalu pakai baju yang dekat tepi pasar malam aje. Maklumlah, duit gaji daripada kerja sambilan aku cukup-cukup makan aje. Yang lain semua nak bayar yuran belajar” tutur Salmi. “Ha...Tu la kau. Tak ikut fashion terkini. Kan dah ketinggalan. Ish ish ish” Athirah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Alah! Aku bukannya kaya macam kau. Tudung kau Naelofar. Aku pakai tudung bawal 5 ringgit je” Salmi mencebikkan bibir. Merajuk pulak!

“Tak apa. Nanti masa kita shopping, semua jenis tudung aku beli dekat kau. Naelofar, tudung MF shawls, Uqasha Senrose Collections, tudung saji, tudung periuk, semuanya aku belanja kau okey?” sindir Athirah yang cuba mengembalikan keceriaan dalam hati Salmi.

“Ish kau ni!” Salmi tersenyum sambil menampar lembut peha Athirah...... Malam itu, mereka berdua memakai baju yang paling cantik.Athirah dan Salmi sudah bersedia untuk ke majlis itu.

Sampai sahaja di majlis itu, Athirah dan Salmi berborak bersama-sama rakan yang lain. Tetapi, Athirah tidak tahu yang ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Selepas itu, Athirah duduk berseorangan di salah sebuah bangku untuk menghirup udara segar di luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience