BAB 6

Romance Completed 2579

Kartita tergamam. Adakah ini mimpi?

“Kartita?” Jehan memandangnya, kedua-dua mereka kini saling bertentang mata.

“Jehan ? Kau beli rumah ni?” soal Kartita.

“Eh dah saling kenal?”celah khalid. Kartita annguk. Baru saja terfikir lelaki itu tak pasal-pasal muncul depan mata pula.

“Senanglah kalau macam tu.. aku ada hal ni.. korang deal terus ye” Norman berlalu.

“Aku dah lama nak jual rumah ni, sayang memang sayang tapi sudah tiada siapa yang tinggamemori yang memedihkan dalam rumah ni. Aku nak jual rumah ni dan beli rumah lain yang lebih dekat dengan bandar, senang aku ulang alik balik kerja tak payah nak menyewa kelak.” Jelas Kartita, Jehan khusyuk mendengar penjelasan Kartita.

“Lupa nak tanya, kau apa khabar? Kau dah kawin?” Tanya Jehan dan disambut dengan senyuman lirih dari Kartita.

“Eh dan kenapa tanya pasal kahwin pula? Don’t worrylah, takdenya aku frust menonggeng selepas berpisah dengan kau,” seloroh Kartita cuba menyembunyikan status dirinYA. Bukan apa, dia segan sebenarnya. Sudan berkali-kali dia gagal dalam percintaan selepas berpisah dengan Jehan.

“Amboi ke situ pula dia takdelah, saja tanya. Dah enam tahun kita tak berjumpa mesti banyak yang berlaku. AKu terkejut sebenarnya nampak kau yadi, tak sangka dapat bertemu kekasih lama di sini.” Ujar Jehan bergurau, Kartita di sebelahnya hanya ketawa kecil.

Meskipun mereka tidak berpisah dengan cara yang baik, namun mereka tak sangka yang mereka masih boleh bersembang dengan baik hari ini, walhal sudah enam tahun terputus hubungan.

“Kau pula? Beli rumah ni nak hadiah pada isteri ke?”Tanya Kartita cuba menebak, tapi Jehan hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience