“Aik.. siapa yang tinggalkan siapa? Setahu aku kau yang putuskan aku. Apa kau dah lupa? Tapi aku tak ambil hati Kartita langsung. Sebab, lepas kau
tinggalkan aku, barulah aku tahu.. memang sikap aku agak melampau juga. Kita masing-masing menntah masa tu, aku panas baran dank au pun boleh tahan barannya juga, tapi kau banyak bersabar dengan aku. “ ujar Jehan tertawa, Kartita hanya mampu tersenyum kecil.
“Okay fine, ya aku ingat memang aku yang minta putus dulu.. aku tahu. Aku nak minta maaflah segala yang terjadi dulu. Tak kiralah siapa yang salah. Kita masih terlalu muda. Tak matang, tiada langsung kata maaf. Mujur kita berjumpa sekarang, taklah aku susah merangkak cari kau di padang masyar nanti sebab pernah sakitkan hati kau. Tapi itu semua sudah berlaku dan syukurlah kau jumpa juga cinta sejati kau! Nanti kalau kau dah kahwin jangan pula jemput aku Tak payahlah kau bagitau bakal isteri kau yang aku ni kekasih lama. Tak pasal-pasal nanti kau laki bini bergaduh atas pelamin atau aku kena simbah dengan air sirap kat majlis, tak ke naya jadinya?” seloroh Kartita membuatkan Jehan tertawa.
Memori itu memang lucu bila di kenang semula. Mereka terlalu muda, ego dan mentah. Kerana Ego mereka tega menyakiti satu sama lain.
“Kartita.. sudikah kau berkawan dengan aku lagi?”Tiba-tiba Jehan mengajukan soalan itu.
“Eh dah kenapa tiba-tiba tanya macam tu? Kawan dengan kau? Aku nak juga kawan dengan kau. Tapi nanti.. luka lama berdarah semula siapa nak jawab? Kau tu takpelah dah ada buah hati.. takan nak berdarah kembali. Aku ni yang dok bujang trang.. trang dan sikit hari lagi jadi andartu. Kalau terus berkawan dengan kau nanti terkenang saja memori cinta dulu kala, tak pasal-pasal jatuh hati semula, terpaut sayang pada cinta yang hilang tu bagaimana? Tapi kalau kau nak carikan aku calon suami, InsyaAllah aku boleh pertimbangkan permintaan kau ni,” ujar Kartita berseloroh diikuti tawa kecil namun Jehan yang berdiri di sebelahnya hanya terdiam dan tetap memandang wajah Kartita dengan serius.
“Apakata kita bermula semula Kartita ! Kita bina hidup semula dan kembalikans segala rasa yang hilang itu.” Laju kata-kata itu keluar dari mulut dan amat menjutkan Kartita.
“Kau nak cari nahas ke Jehan ? Bakal isteri kau tu kau campak ke mana?
Share this novel