Jika dulu andai rajuk di hati, pasti memujuk. Andai marah, Jehan akan mengalah. Tapi kini? Semua sudah hilang.
Rindu? Dia rindu pada lelaki yang telah menawan hatinya, rindu Jehan yang dulu. Kalau dulu lelaki itu tidak boleh hidup tanpanya. Saban hari tak kira siang atau malam ada saja panggilan telefon dari Jehan. Kalau seminggu
tak bersua rindu meledak di jiwa. Tapi kini? Dia tidak lagi
merasa buat lelaki itu.
Kalau berkumpa pun kerana sudah menjadi rutin sebagai sepasang kekasih yang perlu bertemu sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi pertemuan itu selalunya mencetus pertelagahan. Pasti ada saja isu yang ditimbulkan.Dia juga tidak mengerti mengapa hubungan mereka semakin teruk da sepertinya tiada tanda untuk pulih.
Mengapa ? Adakah kemanisan cinya sudah hilang rasa?
“ Kamu tahu tak Kartita yang sepasang kekasih mesti cuba saling faham memahami. Selalu bertolak ansur dan paling penting hormat menghormati. Mesti ada sikap give and take., kalau dua-dua taknak mengalah habislah hancur hubungan tu” ujar Kata Norizan kakak saudaranya. Dia biarkan Norizan terus memberikan kaunseling percuma kepadanya, memang itulah peranan yang sering dilakukan oleh Norizan setiap kali adik saudaranya itu datang dengan wajah muram.
“ Kita kalau asyik memberi tapi jarang menerima tak betul juga. Tak seimbang.
Lama-lama dia akan bosan memberi sedangkan kita hanya tahu menerima tapi tak pernah terfikir untuk membalasnya. Kita orang perempuan ni suka sangat didamba, dimanja, dihargai.. disayangi.. Tapi orang lelaki tak selalunya mengerti semua tu. Samalah juga dengan kita, yang orang lelaki ni kadangkala
tak tahu sikap semula jadi kita tu. Jadi apakata kita kenalah juga cuba memahami
sikap semula jadi orang lelaki yang memang bengap sikit pasal hati dan
perasaan orang perempuan. Sebelum kita salahkan orang lelaki kerana tak
memahami diri kita, kita cerminkan juga diri kita sendiri. Kita telah
cuba fahami mereka? Kita telah cuba menyesuaikan diri dengan sikap
mereka? Atau kita terlalu beria-ia menyuruh mereka mengubah sikap supaya
sesuai dengan kehendak kita? End up pasangan itu berubah ikut acuan kita tapi tak dapat jadi diri sendiri”
Share this novel