BAB 7

Romance Completed 2579

“Hampir betul tapi salah tekaan kau tu, bukan untuk isteri. Tapi bakal isteri aku..” Jawab Jehan sambil matanya memandang tepat ke anak mata Kartita seolah ingin melihat respon daripada Kartita.

“Oh wow! Tahniah Jehan, tak lama lagi kau akan bergelar suami. Ujar Kartita Cceria sedang hakikatnya sudah terdetik rasa cemburu di dalam hatinya. Dia merasa sedih dan dalam masa yanh sama merasa cemburu kerana Jehan telah

menemui cinta sejatinya sedangkan dia masih lagi sendiri. Mendengar kata

Kartita, Jehan cuma tersenyum sambil matanya memandang persekitaran rumah tinggalan keluarga Kartita itu.

“So how? Interested to purchase this house? Since kita kawan, harga negotiable.” Ujar Kartita setelah mereka puas meronda seluruh pelusuk rumah dan halaman rumah banglo yang bercirikan Bali itu.

Baiklah aku akan beli rumah ni. Kalau pinjaman aku lulus, aku akan bayar

deposit. Tapi Kartita.. aku benar-benar nak tanya kau ni, kau dah kahwin ke? Aku benar-benar nak tahu. Aku tahu yang terjadi antara kita semua kisah enam tahun lalu tapi aku tak dapat menipu diri yang sepanjang tempoh itu aku sering teringat pada kau. Di mana kau sekarang? Bagaimana keadaan kau, bahagiakah diri kau, aku benar-benar mahu tahu.”tanya Jehan serius, Kartita menarik nafas panjang dan akhirnya dia ketawa kecil seolah tak menyangka akan mendengar jawapan itu.

“Jehan.. baiklah! Let me be honest to you, sebenarnya selepas kau pergi, aku banyak kali bertukar pasangan. Macam-macam jenis lelaki aku jumpa tapi satupun tak menjadi. Entahlah, mungkin aku yang demand itu ini atau aku tak mencapai standard mereka. Nasib baik kau tinggalkan aku, kalau tidak pasti kau juga merana dengan sikap aku..” ujar Kartita sambil tertawa lagi. Biarlah dia merendah diri kini. Itu adalah hakikatnya. Dia malu namun, masing-masing sudah dewasa dan tiada apa lagi perlu dirahsiakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience