BAB 1

Romance Completed 2579

Jalinan cinta antara Kartita dan Jehan sudah menginjak usia dua tahun. Namun segala kisah-kisah manis sudah lama reput dan lapuk hingga bagai tiada kesannya dihati mereka berdua. Kartita kesal! Tiap kali bersua mereka asyik bertelagah ada saja yang menjadi pertengkaran. Hal-hal yang

Sekecil kuman boleh menjadi punca perselisihan faham yang

menyebabkan masing-masing bermasam muka berhari-hari lamanya.

Kata orang, cemburu itu tandanya sayang, tapi bagi Kartita, rajuk dan cemburu hanya akan menyebabkan mereka berdua saling bergaduh. Hubungan ini tak ubah bagai sudah di hujung jalan.

Kalau ditanya tentang perasaannya, jawapannya adalah, bukannya dia tak sayang pada Jehan. Bukannya sudah tiada rasa cinta. Tapi sikap Jehan baran dan pandang remeh, belum masuk lagi suka menuduh membabi buta hingga buat dia terluka.

Jehan bagaikan sudah tidak mahu lagi menyelami kehalusan hati dan perasaan seorang gadis sepertinya. Kartita kesal dengan sikap Jehan yang tidak menghargai detik-detik manis mereka bersama. Sudah tiada makna kah semuanya?

Adakalanya Jehan bersikap dingin dan terlalu pentingkan kawan berbanding kekasihnya. Di awal percintaan dulu semua sikap Jehan itu tidak

kelihatan. Semuanya baik belaka. Jehan selalu ingin berada di sisinya.

Jehan lah yang paling manis, yang paling romantis dan paling penyabar

lagi penyayang. Tapi itu dulu, saat Jehan memikatnya dengan seribu satu

macam cara agar cintanya dapat ditawan oleh Jehan.

Sayangnya kisah indah dan romantis itu hanya berlanjutan di fasa setahun perhubungan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience