BAB 3

Romance Completed 2579

“Takpe lah Kartita, Kakak cuma nak cakap kat Kartita. Kartita bersabarlah dan

terima Jehan seadanya.. jangan harapkan Jehan sebagai lelaki yang

sempurna. Sebab manusia tiada yang sempurrna, terima kekurangan dan kelebihan masing-masing ya. Bincang elok-elok,” ujar Norizan senyum, sedar dia tak boleh bercakap terlalu panjang kerana kelihatan Kartita seakan bingung untuk mencerna semua kata-katanya tadi.

Pada Kartita, dia sudah cuba sedaya upaya menyelamatkan hubungan, cuba untuk memahami sikap Jehan. Tapi Jehan lah yang tidak berusaha untuk memahami dirinya. Kartita kerap terkilan dengan sikap Jehan yang acuh tak acuh itu. Kartita sudah penat

dengan hubungan yang bagai hilang bahagianya. Kartita sudah bosan untuk bertolak ansur dengan Jehan atas sebab-sebab kecil tapi menyakitkan hati. Petang ini Kartita akan berjumpa dengan Jehan. Kartita nekad! Putus adalah jawapan terakhir kepada segala kemelut yang membelenggu ini.

“Kita nak ke mana sekarang ni?” Tanya Jehan selepas menjelaskan

kelewatannya. Dengan muka yang masam. Kartita angkat bahu, dia malas nak fikir destinas mana untuk dituju, anginnya sudah tak betul.

“Ikut suka awaklah!” Jawab Kartita ringkas. Jehan merengus panjang.

Dia tidak suka pada jawapan Kartita itu. Apatah lagi jawapan itu bernada

sinis. Kartita sempat menjeling muka Jehan yang sudah mulai berkerut seribu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience