BAB 9

Romance Completed 2579

Ingatkan bila kau dah ada calon isteri ni tandanya dah matang, tapi makin tak betul pula aku tengok,” Jehan ketawa mendengar kata-kata Kartita itu, mulut bekas kekasihnya itu masih laser seperti dulu.

“Kau memang tak banyak sangat berubah kan Kartita. Mulut masih tak ada insurans macam dulu.. tapi mengapa sebab aku dah faham benar dengan perangai kau.. Kartita. Sebenarnya selama enam tahun, lepas kita putus aku pun macam kau juga. Berkali-kali putus

cinta. Semuanya tak menjadi. Entahlah.. mungkin aku ni tak cukup kacak,

mungkin juga tak cukup caring, atau tak kaya.. aku dah bosan putus

cinta banyak kali. Dalam tempoh enam tahun itu aku sering terkenang pada kau dan aku selalu berharap dapa jumpa kau balik tak kiralah kau sudah berkahwin atau pun belum.. Aku kata tadi nak beli rumah ni untuk ‘bakal isteri’. Tapi ‘bakal isteri’ sahaja calonnya belum ada.. Bila kau cakap kau masih bujang, aku tertanya-tanya apakah kau sudi kalau kita mulakan semula hubungan yang terputus itu?” Kartita terdiam. Jadi Jehan juga sepertinya? Masih solo dan mencari-cari cinta.

“Apa kau tak takut pisang berbuah dua kali? Kalau kita bersama semula..

entah-entah kita akan asyik bergaduh macam dulu-dulu lagi macam anjing denan kucing?”Tanya Kartita sambil tersenyum. Jehan tergelak.

“Itu kisah dulu, manusia boleh berubah. Dulu aku Ego. Kau juga sama.. Masa kau kau putuskan hubungan aku teringin memang nak pujuk kau supaya jangan putuskan hubungan. Aku menyesal dan teringin sangat nak bagitau kau yang aku masih sayangkan kau. Tapi aku biarkan kau pergi kerana aku marah. Banyak yang aku kesalkan selepas kita berpisah. Aku pendamkan saja semuanya. Bila dapat tahu dari kak Norizan yang kau dah ada buah

hati baru, aku kecewa. Tapi aku tahu, padan muka aku kerana aku tak pernah cuba nak fahami kau. Aku sering ikut nafsu marahku bila kita bertengkar dan tak pernah mengalah.. Aku rindu pada cinta kita dulu. Sebenarnya

terlalu banyak yang manis, cuma aku saja yang tidak menghargai. Aku tahu itu semua hanya memori dan aku tak berniat untuk menghidupkannya semula, aku mahu kita bermula semula,totally new..” Ada deraian airmata bergenang di kolam mata Kartita, dia benar-benar terharu. Dia merasakan bagai telah menemui kembali sinar cintanya yang telah hilang itu. Biarpun ia masih samar-samar namun dia mahu mencubanya.

“Kartita …kenapa kau nangis? Aku ada katakan sesuatu yang mengguris hatimukah?” tanya Jehan sambil membelai lembut kepala Kartita.

“Tidak.. aku gembira Jehan. Mungkin ini peluang kedua untuk menebus apa

yang telah kita hilangkan…” Jehan mengganguk. Tangan Kartita digengam erat

seolah-olah menyakinkan yang kali ini cinta mereka akan membuahkan hasil.

Tidak semestinya cinta yang hilang itu tidak menemui jalan kembali, boleh jadi cinta itu pergi seketika, berlegar di ruang angkasa cinta bagi meraih cinta yang sudah hilang sebelum menjadi debu, menjentik rasa rindu agar cinta yang pernah dicambah sebelum ini kembali mekar dan ia sebenarnya tak pernah padam cuma hilang seketika. Adakalanya kita perlu lepaskan ia untuk kebaikan, jika ia memang cinta sebenar-benar cinta untukmu, jangan risau. Ia pasti akan kembali ke pangkuanmu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience