BAB 5

Romance Completed 2579

Ceritera cinta sepasang kekasih yang putus di tengah jalan itu sudah hampir enam tahun berlalu. Dan sepanjang tempoh itu juga pelbagai peristiwa pahit manis berlaku dalam hidupnya. Pemergian kedua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya yang tragis bagai memjsnahkan drinya. Selepas semua episode malang itu berlalu Kartita menjadi lebih tabah setelah mengharungi dugaan.

Selepas pemergian Jehan, Kartita pernah cuba bercinta dengan beberapa jejaka lain tetapi terputus di tengah jalan.. Berkenalan dengan pelbagai lelaki menyebabkan Kartita mula memahami serba sedikit sikap lelaki di sekelilingnya. Kartita mula tahu apakah yang lelaki suka tentang perempuan dan ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan lelaki.Tapi malangnya, sehingga ke hari ini Kartita gagal menemui Mr. Right!

Kartita mula terkenang Jehan. Mungkin dulu Jehan panas baran orangnya dan Kartita tidak pandai menghadapi sikap Jehan malah berkeras pula untuk

menang dengan sikap sendiri. Mereka tidak pernah cuba bertolak ansur.

Baik Jehan atau Kartita, kedua mereka tidak pernah cuba memberi dan menerima jauh sekali berkongsi rasa. Tiada diskusi di antara mereka dan mereka tidak pernah ada kata maaf terucap dalam perhubungan mereka.

Enam tahun sudah berlalu, Kartita yakin yang Jehan sudah ada pengganti dirinya.

“ Kartita, buyer rumah tu dah sampai!” Kartita tersentak mendengar jeritan darpada Norman, orang tengah yang membantunya mencarikan pembeli untuk rumah pusaka yang ditinggalkan kepadanya. Seketika kemudian kelibat Norman muncul bersama seseorang yang cukup Kartita kenali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience