BAB 7

Romance Completed 4874

“Yalah tu tak ada apa-apa. Tu mesti tengah fikirkan hal hari tu, kan? Berapa kali abang nak cakap, jangan fikir yang bukan-bukan lagi, okey?” pujuk si suami lembut.

Mendengarkan kata-kata itu, Ayunis meleraikan pelukan suaminya lantas berpaling mengadap suaminya itu. Mukanya masih mencerminkan perasaan tidak puas hati.

Entah bagaimana suaminya itu boleh berlagak tenang sedangkan dia hampir-hampir membuat pilihan yang mungkin akan membuatkan dia menyesal seumur hidup.

Bagaimana sekiranya dia meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan pilihan yang salah?

“Ee, tengok ni!” Tiba-tiba suaminya berteriak separuh cemas sambil memegang atas kepalanya.

“Kenapa?” Dia turut berasa cemas. Automatik tubuhnya jadi statik. Kenapa dengan rambutnya? Ada sesuatu ke? Daun? Kalau daun, okey lagi. Kalau ulat? Dia mula mempamer reaksi geli.

“Dah beruban sebab banyak sangat berfikir,” usik suaminya sambil ketawa kecil. Geli hati melihat mimik muka isterinya itu.

Ayunis yang sedar dirinya dipermainkan memukul dada suaminya perlahan. “Jahat tau! Kalau Ayunis ada uban, abang dah tak nak kat Ayunis lah ya?” Ayunis berpura-pura merajuk.

“Mana ada abang cakap macam tu. Kalau Ayunis ada uban satu kepala pun, abang tetap sayangkan Ayunis. Abang nak bersama-sama Ayunis sampai ke akhir hayat,” janji suaminya itu sambil memegang tangannya kemas.

“Eleh, belum beruban lagi, bolehlah cakap macam tu.” Ayunis masih tidak mempercayai kata-kata suaminya itu.

Adakalanya dia takut untuk mempercayai janji-janji manis yang dilontarkan oleh suaminya itu. Bimbang sekiranya janji-janji manis itu hanya tinggal janji. Kelak dia juga yang merana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience