BAB 2

Romance Completed 4874

Ah, mengapa pula dia perlu memikirkan tentang Fahim ? Bukankah itu semua pilihan Fahim sendiri? Kalaulah Fahim memilihnya dari dulu lagi, nescaya dia tidak akan ditinggalkan.

“Astagfirullah al-Azim… Apa yang kau fikirkan ni, Ayunis ? Ingat sikit, kau tu dah nak kahwin! Kau dah buat pilihan. Jangan nak buat hal.” Ayunis memarahi dirinya sendiri.

Dia tidak patut goyah pada saat-saat begini. Mungkin semua ini hanya mainan perasaan ketika dia sedang berdebar meniti hari bahagia.

Bak kata seorang temannya yang sudah berkahwin, pada waktu-waktu beginilah hati kita akan diuji dengan berbagai-bagai perasaan. Tetapi bagaimana jika kata-kata Sandara benar?

“AYUNIS, betul ke kau nak kahwin dengan Redza ?” tanya Sandara tiba-tiba ketika malam berinai semalam.

“Betullah. Kenapa pula tak betul?” balas Ayunis sambil tersenyum manis. Wajahnya berseri-seri.

“Kau tak rasa terburu-buru ke?” tanya Sandara lagi.

Ayunis cuma tersenyum. Dia tahu Sandara masih tidak percaya yang dia dan Redza akan berkahwin juga akhirnya.

Ah, jangan kata Sandara, dia sendiri pun masih tidak percaya. Seolah-olah dia hanya bermimpi.

Masakan tidak, wanita yang tidak pernah bercinta ketika alam persekolahan hingga ke alam universiti sepertinya akan berkahwin dahulu daripada teman-temannya yang bercinta bagai nak rak ketika belajar di universiti dahulu.

“Aku rasa tak. Lagipun, dah tiga tahun kita orang bercinta, kan?” Ayunis tetap tersenyum. Tempoh tiga tahun sudah cukup lama baginya lantaran dia sendiri tidak suka bercinta lama-lama tetapi dia juga tidak sebegitu yakin untuk terus bernikah dalam tempoh perkenalan yang singkat.

Namun begitu, dia tetap percaya dan yakin kepada Redza. Memang sejak dari awal perkenalan, Redza sudah menyatakan hasrat untuk menikahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience