BAB 4

Romance Completed 4874

Walaupun mereka tidak berpegangan tangan, tetapi dia pasti orang yang melihat dapat membaca hubungan mereka.

Namun lama-kelamaan, dia sudah tidak peduli dengan pandangan orang lain. Bukan pandangan orang yang beri dia kebahagiaan. Yang penting, dia dan Redza bahagia ketika bersama.

Mungkin Redza tidak kacak tetapi Redza tetap comel pada pandangan matanya.

Dia tidak buta kerana cinta tetapi dia percaya Tuhan pasti ada alasan mengapa perasaan itu dianugerahkan dalam hatinya untuk Redza. Lagipun, rupa bukanlah segala-galanya dalam dunia ini.

Redza sentiasa berada di sisinya dan sedia mendengar segala luahan hatinya apabila dia menghadapi masalah di tempat kerja.

Redza juga banyak memberi nasihat dan teguran jika dia melakukan kesalahan.

Malah, Redza langsung tidak pernah memperkecilkan atau mengungkit kekurangannya.

Dia juga berasa bersyukur kerana keluarganya sangat memahami dan tidak memandang soal rupa atau harta. Keluarganya menerima Redza seadanya.

“Okeylah, kita tolak soal rupa. Macam mana pula dengan kerja dia? Berapa sangat gaji dia kerja kerani tu untuk sara hidup kau?” Sandara masih tidak berputus asa untuk menguji pendirian Ayunis.

“Aku kan masih bekerja.” Ayunis tidak merasakan perkara itu sebagai masalah besar memandangkan dia masih bekerja dan mampu menyara hidupnya sendiri.

Tambahan pula, dia bukanlah wanita yang gila membeli-belah menghabiskan duit suami seperti sesetengah wanita. Asal cukup makan dan pakai, dia sudah bersyukur.

Malah, sebelum melamarnya, Redza sudah menyiapkan segala-galanya. Rumah, kereta dan sebagainya untuk keperluan mereka selepas berumah tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience