BAB 5

Romance Completed 4874

Walaupun bukanlah rumah mewah atau kereta besar, tetapi semua itu sudah memadai baginya memandangkan dia sendiri pun bukanlah orang yang senang.

Sejak kecil lagi, dia sudah dididik untuk bersederhana dalam setiap perkara.

“Itulah yang aku nak cakap ni. Semalam Fahim jumpa aku. Dia tanya pasal kau.” Akhirnya Sandara meluahkan arah sebenar topik perbualan itu.

Ayunis tidak bersuara. Dia menunggu Sandara meneruskan ceritanya. Namun dalam hati, dia tertanya sendiri.

Mengapa tiba-tiba sahaja Fahim bertanyakan mengenainya setelah tiga tahun mereka tidak berhubung?

“Dia kata dia menyesal dia tak pilih kau. Bila aku beritahu yang kau nak kahwin, macam-macam yang dia tanya. Siapa bakal suami kau, kerja apa, semualah. Aku pun ceritalah pasal Redza. Lepas tu, dia kata kalau kau dengan dia, dia akan pastikan yang kau tak perlu bekerja. Semua keperluan kau, dia akan sediakan.” Sandara menceritakan semua yang dikatakan oleh Fahim tanpa meninggalkan satu perkara pun.

Dia mahu Ayunis menilai semula keputusannya untuk berkahwin dengan Redza.

“Aku rasa kau dengan dia memang padanlah, Ayunis. Dua-dua sama cantik dan dua-dua sama padan,” Sandara menambah.

“Aku dah nak kahwin esok, Sandara,” tegas Ayunis meskipun sedikit sebanyak dia terkesan juga dengan cerita Sandara itu.

Akhirnya Fahim menyedari kehadirannya tetapi sayangnya semuanya sudah terlambat.

Mengapa tidak dari dulu Fahim sedar akan kewujudannya sedangkan dia sentiasa ada bersama Fahim setiap kali teman wanita Fahim meninggalkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience