BAB 1

Romance Completed 4874

INAI di jari direnung. Pakaian yang tersarung pada badan dilihat. Katil yang dihias indah juga diperhati.

Semua persiapan sudah dibuat. Semua kad jemputan sudah diedarkan. Khemah di depan rumah juga sudah didirikan.

Malah, sudah ada tetamu yang datang. Bunyi riuh-rendah di halaman rumah itu dapat didengari hingga ke bilik itu.

Pandangan matanya dihala ke arah jam yang tergantung pada dinding bilik itu. Kurang satu jam sahaja lagi, statusnya akan berubah. Lantaran itu juga, degupan jantungnya semakin deras.

Tiga bulan lalu, hari inilah yang paling dinanti-nantikannya.

Sepanjang waktu itu, setiap hari dia berdoa mudah-mudahan majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan selamat tanpa apa-apa halangan.

Dia tidak pernah meragui pilihan hatinya. Namun mengapa hatinya berasa waswas dengan tiba-tiba? Benarkah pilihan hatinya ini tepat?

Ah, ini semua Sandara punya pasal! Kalau bukan disebabkan cerita teman baiknya itu, pasti dia tidak dilanda perasaan berbelah bagi begini.

Sebenarnya dia sendiri berasa terkejut apabila Sandara memberitahu tentang khabar lelaki itu yang kini kembali solo.

Apa yang menghairankannya ialah ini bukanlah kali pertama lelaki itu ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sudah lebih daripada tiga kali!

Baginya, Fahim seorang lelaki yang cukup serba serbi. Kacak, tinggi, punya kerjaya yang baik, peramah…

Pendek kata, Fahim mempunyai ciri-ciri teman lelaki yang diidamkan oleh setiap wanita. Tetapi dia tidak faham mengapa wanita-wanita itu meninggalkan lelaki sebaik Fahim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience