BAB 6

Romance Completed 4874

Pada mulanya, dia mengaku terlalu sukar untuk melupakan Fahim. Namun lama-kelamaan, dia sendiri tidak sedar bila masa bayang Fahim pergi dari hidupnya.

Kehadiran Redza seolah-olah membuatkan dia terlupa akan Fahim. Kalau boleh, dia tidak mahu tahu langsung mengenai Fahim.

Biarlah semua itu tersimpan dalam lipatan sejarah hidupnya. Sudah takdir mereka tiada jodoh. Dia reda.

“Tapi kau belum berkahwin. Masih ada masa untuk kau batalkan semua ni. Mungkin jodoh kau memang dengan Fahim,” pujuk Sandara.

Ayunis memandang Sandara. Dia bungkam. Mengapa dia perlu tahu tentang Fahim tatkala hatinya sudah terisi? Bukankah Fahim sendiri yang memilih untuk menjarakkan diri?

Ya Allah, adakah dia masih diberikan kesempatan untuk memilih teman hidupnya?

“SAYANG buat apa kat luar ni?”

Tangan yang melingkar di pinggang Ayunis mengejutkan lamunannya yang sedang berdiri di balkoni.

Jauh benar dia mengelamun sehingga mengabaikan suami yang baru seminggu dinikahinya itu. Mereka kini masih dalam suasana bulan madu.

“Apa yang sayang menungkan tadi?” soal suaminya seraya mengeratkan pelukan. Dagu suaminya mendarat pada bahunya.

Dia membalas dengan menggenggam tangan suaminya. Terasa bahagia tatkala diperlakukan sebegitu.

“Tak ada apa-apalah. Saja tengok pemandangan kat luar ni. Cantik, kan?” dalihnya sambil pandangan mata masih melekat pada pemandangan di luar rumah pangsapuri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience