BAB 3

Romance Completed 4874

Cuma Redza meminta tempoh dua hingga tiga tahun untuk mengumpul harta walaupun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Yalah, usia Redza enam tahun lebih tua daripadanya. Jadi, pastilah Redza sudah bersedia untuk berumah tangga.

Ketika itu, dia tidak mengambil serius akan kata-kata Redza. Dia tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana dia tidak mahu kecewa jika hubungan mereka terputus di pertengahan jalan.

Apatah lagi dia sudah melihat kekecewaan teman-temannya akibat cinta tidak kesampaian meskipun sudah bercinta bertahun-tahun. Namun alhamdulillah, ternyata jodohnya memang dengan Redza.

“Tapi macam mana kalau ada lelaki lain yang lebih baik untuk kau?” duga Sandara.

“Maksud kau?” Ayunis mula tidak senang dengan kata-kata teman baiknya itu. Adakah Sandara cuba menyampaikan sesuatu kepadanya?

“Kalau aku cakap, kau jangan marah tau.” Sandara kelihatan teragak-agak. Bimbang perasaan si teman akan terluka. “Aku rasa Redza tu tak sesuai dengan kaulah.”

“Sebab dia gemuk?” tebak Ayunis.

Sandara terdiam. Dia mula berasa bersalah. “Kau marah ke, Ayunis ?”

Ayunis tidak menjawab. Sememangnya Sandara bukan orang pertama yang berpendapat sebegitu.

Bukannya dia tidak tahu ramai yang mengatakan dia dengan Redza tidak sepadan hanya kerana saiz fizikal mereka berbeza.

Ya, dia mengaku pada mulanya, dia juga berasa malu untuk berdampingan dengan Redza di tempat awam.

Setiap kali mereka berjalan beriringan, pasti ada mata yang memandang dengan wajah yang sukar ditafsirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience