BAB 9

Romance Completed 3662

JODOH pertemuan semuanya telah diatur sebaiknya oleh Allah SWT. Tidak guna menafikan, menidakkan atau pun menolak jauh-jauh pada jodoh itu. Dilontar sehingga ke hujung dunia pun, jodoh dan takdir itu akan mendekati semula dan manusia perlu menerimanya dengan redha dan lapang hati. Inilah yang berlaku sebenarnya. Jodoh Areej Nisrina sudah tertulis untuk Aish Muhammad. Derita? Tidak…bahagia yang mengiringi kehidupan kedua-duanya. Kebahagiaan itu adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga. Terima kasih Allah SWT. Syukur ke hadratMu Ya Illahi.

Pertengkaran, pertelagahan mulut, jeling-menjeling dan sindir-menyindir adalah permulaan dua hati itu ingin bersatu. Aish sudah lama memendam perasaan pada Areej tetapi kerana ego dalam dirinya yang terlalu dijaga rapi, tidak disedari setiap perkataan dan tingkahlaku menguris perasaan Areej. Areej semakin membenci Aish tetapi Aish yang semakin menyintai Areej. Setiap malam, doa dipanjatkan untuk Allah SWT, semoga hati Areej yang keras dan degil itu lembut untuk merasai perasaan cinta yang membahang ini. Namun, dugaan terus dihadapi di mana Areej semakin menjauh dan terus menjauh lantaran tidak sanggup lagi mahu menambahkan luka di dalam hati.

Nekad untuk memiliki, Aish menjalankan strategi rahsia. Keluarga Areej didekati dengan hati-hati dan secara sembunyi. Berterus-terang pada bakal emak dan abah mertua mengenai perasaan yang mengulit di jiwa Aish. Mujur kedua-duanya berfikiran terbuka dan bersetuju dengan segala rancangan yang ingin dilaksanakan. Bantuan Kak Linda amat diperlukan dan rancangan itu semakin menuju kejayaan. Risikan dan pertunangan akhirnya berjaya juga walaupun menyedari Areej berat hati untuk menerima lelaki misteri yang hanya dikenali sebagai AM. Am adalah singkatan namanya juga iaitu Aish Muhammad.

“Am sayang awak, Areej.”

Areej memandang pada Aish yang berdiri tercegat di depan mejanya. Bilik Guru agak lengang, jadi titipan kasih dan cinta Aish ini tidak didengari oleh orang lain. Cikgu Khairul dan Ustaz Zikri ada di meja masing-masing tetapi nampak begitu sibuk menyiapkan tugasan. Tidak mengendahkan apa yang berlaku pada guru-guru lain.

“Dah tau.” Areej memberi senyuman dan menalakan mata pada buku latihan yang sedang disemak. Adab dan tingkahlaku perlu dijaga walaupun kasih sayang membuak-buak di hati.

“I miss you,” ucap Aish tidak jemu.

“Miss you too,” pandangan mata Areej masih pada buku.

“ABC 123, saya sayang saya cinta.”

Areej ketawa kecil. Itu pantun dua kerat yang merepek. Namun, pantun dua kerat itu juga yang menyebabkan Areej menerima huluran kasih Aish. Mengangkat kepala memandang wajah lelaki di hadapannya ini, senyuman Aish menyapa pandangan. Saling tersenyum penuh makna. Hanya Aish Muhammad dan Areej Nisrina yang memahami perasaan yang sedang dirasai. ‘Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah kasih sayang ini semoga kebahagiaan ini milik kami selama-lamaya. Aminn.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience