Bab 18

Romance Series 8931

Harini aku kena pergi kerja macam biasa. Sebenarnya aku malas tau nak pergi kerja harini. Rasa nak buat taik mata lebih lagi.Hehe.

Dah menjadi rutin harianku. Aku akan tunggu di depan rumahku dan Najmi akan mengambilku. Aku nak naik teksi, dia tak izinkan. Aku tak tahu la apa apa hak dia nak menghalang aku.

Tapi sebenarnya aku suka kalau naik kereta dia. Shh jangan bagitahu siapa2 tau.

Aku tunggu di depan pagar rumahku. Najmi pun sampai. Aku membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Dah breakfast ke ?" soalnya kepadaku " Belum" jawabku sepatah. Rasa takde mood nak cakap. "Jom pergi breakfast dulu" ajaknya. Dia ni biar betul demam ke ? Dah pukul 8:10 kut.

" Eh kita bukan dah lambat ke ? Masuk office kan pukul 8" dia juga yang kata kalau lambat nak denda la apela.

" Saya kan bos, so sukahati sayalah nak masuk pukul berapa pun" eh eh mamat ni aku sekeh kang.

"Yela awak boleh la sebab awak bos. Saya ni pekerja, so mana boleh masuk kerja lambat. Nanti singa marah" aku perlahankan sedikit suara ku semasa menyebut perkataan ' singa marah'. Dia pandangku dengan mata tajam.

"Masalahnya saya yang bawa awak kan. So biarlah lambat pun. Jangan risau saya tak marah pun" katanya.

" Baiklah. Nak breakfast kat mana ni ?" Soalku

"Kita makan dekat hati awak la" aku serious dia main2 pula. Aku menjelingnya tajam.

"Ok sorry dekat kedai mamak jela" aku hanya mengganguk setuju.

"Ok dah sampai, jom" katanya.kami bergerak masuk ke dalam kedai itu. Lalu mengambil tempat di bahagian tengah.

" Awak nak makan apa ?" Soalnya. Aku nak makan apa eh ? Kalau makan roti canai sedap juga kan.

" roti canai dengan milo ais" jawabku. Najmi mengangkat tangan untuk memanggil waiter.

"Bagi roti canai 2, milo ais satu, dengan teh tarik" pelayan itu mengganguk. Kami berborak pasal kerja2 di pejabat. Tiba2 dia tanya aku soalan cepumas.

"Awak dah ada boyfriend ke ??" Soalnya. Eh lain macam la soalan dia ni.

"Um takde. Lagipun buat apa saya nak ada boyfriend? Awak sendiri tahu kan couple tu haram? Buang masa je. Tak payah la nak cari boyfriend  bagai. Kalau dah jodoh tu takkan ke mana. Kenapa tanya?" Jawabku laluku soalnya pula.

"Saja tanya" katanya. Mungkin tak sangka aku akan jawab macam tu.

Makanan yang dipesan tadi sudahpun sampai. Selesai makan, kami terus pergi ke office.

*********************
Sedang aku buat kerja, tiba2 ada seorang lelaki yang agak familiar masuk ke dalam bilik aku dan bos najmi.

"Wei, kau tertinggal phone la tadi. Banyak call masuk" itu Nazim.

"Owh thank you. Sorry bro susahkan kau" kata Najmi. Kenapa dia ada dekat sini ? Aku memandangnya. Dia juga memandangku. Lalu dia mengukir kan senyuman. Dia berjalan ke arah meja aku.

"Awak adik abang Azmi tu kan ?" Soalnya. Aku sekadar mengganguk.

"Eh dah nak masuk waktu lunch ni. Jom kita pergi makan" ajaknya.

Najmi memandangku. Aku nak ikut ke tak nak ?? Haih.

"Takpelah saya tak lapar" aku terpaksa tipu. Sebab aku taknak keluar dengan dia. Lelaki ni yang telah menuduh Syamien bukan2.

"Ala jangan la macam ni jom eh. Jom . Jangan risau bos awak tak marah pun". Aku buntu. Aku fikir. Kalau aku pergi makan dengan dia. Mungkin aku boleh cerita hal sebenar kepadanya tentang syamien.

"Ok jom" aku setuju.

Najmi P.O.V

Dah kenapa pula adik aku ni nak ajak si Yana makan.

"Takpela saya tak lapar" jawab yana. Aku berasa sedikit lega.

"Ala jangan la macam ni jom eh. Jom . Jangan risau bos awak tak marah pun" haih si Nazim ni dah dia taknak tak payah la paksa. Siapa kata aku tak marah ish. Aku lihat yana sedang berfikir sesuatu.

"Ok jom" Alamak yang dia setuju tu kenapa. Haduh. Jujur aku cakap aku jealous.  Jap kenapa nak jealous? Aku dah jatuh cinta ke dengan dia ?

" Naz, aku nak ikut" jawabku. Takkan aku nak biarkan dieorang keluar berdua mana boleh.

"Ala kau ni kacau la. Aku nak makan dengan Yana, kau sibuk pula" eh kisah pula aku.

"So what ? Do i care ? she's my pa" jawabku. Aku lihat yana menggeleng melihat telatah kami berdua.

"Ish cepatla" kata Nazim. hahaha mesti dia bengang.

Sampai di kedai makan. Aku duduk di sebelah Nazim. Yana duduk berhadapan dengan Nazim. Aku tak tahu la apa perasaan aku sekarang. Rasa cemburu semua ada.

"Boleh tak saya tanya awak something?" Yana tiba2 bersuara kepada Nazim.

"Eh tanya je la" aku memandang telefon. Buat2 tidak dengar apa yang dieorang borak. Yang sebenarnya dengar.

Yana P.O.V

Aku lihat Najmi sedang bermain dengan telefonnya. Mungkin inilah masanya. " Boleh tak saya tanya awak something?" Soalku kepada Nazim.

" Eh tanya je la" jawab Nazim sambil tersenyum.

"Awak kenal Nur Syamien Cytia?" Sebaik sahaja aku menyebut nama itu. Senyumannya terus mati. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Kenapa awak tuduh Syamien macam tu tanpa soal siasat ?" Soalku lembut.Dia memandang aku.

"none of your business" ujarnya

"memang bukan hal saya, tapi awak dah buat kawan saya menangis teruk. Saya pun rasa was-was nak borak dengan awak"

"Sebab saya nampak dia berpelukan dengan lelaki lain. Depan mata saya sendiri" aku mengeluh. Lalu aku senyum kepadanya

"Nazim, awak sebenarnya dah salah faham.Syamien hampir jatuh tangga. Dan seorang lelaki tolong Syamien yang hampir jatuh tangga. Tuje" kataku

"Saya tak percaya" jawabnya. Habistu macam mana nak bagi dia percaya ???

"Habistu awak nak syamien buat apa supaya awak percayakan dia ?" Soalku lagi.

"Entahla. Tapi hati saya dah tak boleh terima dia lagi. Awak tak rasa apa yang saya rasa" jawabnya

"Nazim, dia ada cakap yang dia masih sayangkan awak. Tanpa awak,mungkin dia tiada lagi di dunia ni"jawabku. Sempat aku kerling Najmi kat sebelah asyik main telefon je. Nazim memandangku sayu.

"Mungkin kami tiada jodoh. Benda pun dah lepas. Saya nak lupakan hal ni. Kita tukar topik lain please ??" Aku hanya mengangguk tahu bahawa dia tidak selesa

*******sambung******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience