Bab 17

Romance Series 8931

Setelah selesai majlis persandingan antara angah dan kak Nia, kami mengemas apa2 yang patut.

Selepas mengemas, aku terus berlalu masuk ke dalam bilik. Aku ingin mengemas baju untuk pulang ke rumah esok. Siap berkemas aku baring di atas katil.Aku melihat siaran di TV tiada cerita yang menarik.

Telefonku berbunyi. Aku lihat terdapat satu mesej dari Syamien di group 'The Femininzzz Celopp'. Aku buka dan aku baca.

'Korang boleh tak kalau kita berjumpa. Aku dah tak boleh nak simpan masalah aku ni lama2.' - syamien

'Aku ok je, nak jumpa kat mana ?' - syasya

'Korang datanglah hotel yang aku duduk ni. Best sikit. Boleh korang teman aku tdo malam ni. Aku sorang ni ' - aku

'Hah ok juga tu. Nanti aku bawa baju tdo sana kay ?' - Syamien

'boleh la. Asalkan aku dapat tdo katil ' - Syasya

' hahahah ok. Aku datang' - arfa

*******************
'Tingggg tongggg'

Kedengaran bunyi loceng menandakan mereka telah sampai. Aku membuka pintu. Lalu ku menyuruh mereka masuk.

"Huh sejuk sikit" ujar Arfa. Mereka bertiga meletakkan bag mereka. Lalu mereka berkumpul mendekati aku.

"Ok Syamien, sila kongsikan masalah kau dekat kitaorang. Kitaorang setia untuk mendengar." Ujar syasya.

"Ok thank you. Aku mulakan ok ?" Soal syamien

"Aip aip sir" jawab kami bertiga serentak

Flashback

Aku mengenali Nazim sudah 2 tahun. Kami berjumpa semasa Nazim cuba untuk menyelamatkan aku dari dilanggar kereta. Nazim menarik tanganku untuk menyelamat kan ku dari kereta itu. Aku hampir sahaja di langgar. Aku bersyukur kerana aku selamat. Dari situlah aku mula mengenali Nazim. Semakin lama kami semakin rapat. Sampai kami luahkan perasaan suka masing2.

Satu hari Nazim mengajakku untuk menonton wayang. Aku ikut dia.

Selesai sahaja menonton wayang, Nazim meminta diri untuk pergi ke tandas sebentar. Nazim menyuruh aku tunggunya di tangga.

Ketika aku menunggunya di tangga, kejadian yang tidak terduga berlaku. Semasa aku ingin menuruni tangga, tiba2 aku rasa hilang imbangan, aku hampir sahaja jatuh, tetapi aku dapat rasakan seseorang telah menyelamatkan aku daripada terjatuh tangga. Aku tergamam.

"Miss are you okay ?" Soalnya. Aku baru sedar dari dunia sebenar. Terus aku melepaskan tangannya yang memegang pinggang aku tadi. Kerana cuba menyelamatkan aku.

"Mmmm sorry. I am okay. Thank you" jawabku.Lelaki itu tersenyum lalu berlalu pergi.

Tanpa aku sedar, Nazim telah melihat adegan aku bersama lelaki itu tadi.

Dari situ terbitnya salah faham. Aku cuba memujuk Nazim dengan menceritakan hal yang sebenar. Tapi sayangnya, Nazim tidak percaya satu pun kata2 aku. Malah Nazim menuduhku perempuan murahan kerana membenarkan lelaki itu memegangku. Aku berasa kecewa dengan sikap dia.

Lalu Nazim membuat keputusan untuk tidak berjumpa aku lagi. Dan yang paling aku kecewa apabila dia ingin memutuskan hubungan kami. Dari situ kami tidak pernah berjumpa lagi.

Pernah aku cuba menelefonnya, menghantar mesej kepadanya. Namun, dia tidak pernah mengangkat panggilan dari ku dan tidak pernah membalas mesej ku. Dia telah menyekat nombor telefonku. Supaya tidak menggangunya. Dari situ aku mula rasa berputus asa.

End of Flashback

"Tulah masalah aku. Sebab tu la aku jumpa dia tadi, aku lari" kata Syamien dengan nada sayu.

"Hah?? Kau jumpa dia ?? Kat mana ??" Soal Syasya

"Masa Majlis bersanding abang yana tadi." Jawab Syamien.

"Aikk!!! Macam mana dia boleh ada kat majlis tu ?" Soal Arfa pula.

"Nazim tu adik kak Nia dan adik bekas senior kita najmi. Sebab tulah dia datang." Kataku pula.

"What ??? Adik najmi ??" Soal syasya terkejut.

"Masa kau kenal dia tu, kau tahu tak dia adik Najmi ?" Soal arfa.

" tak tahu" jawab syamien.

"Eh jap, kalau betul dia adik najmi, masa sekolah dulu dia ada tak ? Dia sebaya kita semua kan ?" Soal syasya lagi.

"Maybe dia sekolah lain kot" jawabku selamba.

"Hah tadi kau jumpa dia macam mana reaksi dia ?" Soal Arfa. Syamien menceritakan hal yang berlaku tadi kepada kami semua. Kini baru aku mengerti mengapa Syamien nangis pagi tadi. Bukan kerana jatuh. Tetapi sebaliknya.

Aku lihat, sepanjang Syamien bercerita, air matanya tidak berhenti mengalir.

"Kau bagi aku jumpa dengan mamat Nazim ni . Tau la aku brain wash dia . Apa punya manusia la kata suka kau tapi bila jadi mcm tu dah give up . Lupa semua janji . Mana kepercayaan dia kat kau? Kalau sebelum kahwin dah macam ni lebih baik tak payah kahwin dengan dia la wey . Memang bagus pon korang putus . Lepas kahwin lagi banyak dugaan memang kau kena cerai talak tiga ah kalau kahwin dengan mamat tu" panjang lebar pulak minah arfa ni membebel .

Dia pulak yang emo lebih sampai aku pon konfius sape yang sedang mengalami masalah sekarang ni?

"Ha aku setuju . Buat apa kau menangis ni ? Buang air mata untuk manusia mangkuk macam tu . Oh come on babe u have to move on . Air mata kau tak layak jatuh untuk dia " syasya tetiba pulak bersemangat waja bagi comment .

" Betul tu . Biar la benda dah jadi . You deserve a better man . InsyaAllah pasti ada hikmah " dengan gaya ustazah celopnya aku bagi advise .

"Lain kali ....." ujar arfa "Jadilah seperti SYARFA. Tak perlu bercouple bercintan cintun bagai . Tengok kami . Bahagia hehe" serentak syasya dengan arfa masuk bakul angkat sendiri . Menyampah pulak aku .

Diaorg ni memang goals sampai gabung gabung nama jadi syarfa segala and diaorg ni juga kadang2 aku musykil sama ada diaorg straight ke tak . Sbb mana mana lelaki pon bagi diaorg tak hensem and sampai sekarang tak pernah suka mana mana lelaki . Pelik . Tapi ntah la aku harap diaorg ni kahwin dgn LELAKI la nnti .

*********************

Pagi itu kami berempat berkemas kemas untuk keluar dari bilik. Mama menelefonku untuk menunggunya di lobby hotel. Mama tidak tahu lagi kehadiran Syasya, syamien dan Arfa.

Aku tunggu punya tunggu, mama pun sampai ke lobby bersama papa. Along dengan angah je belum lagi. Keluarga Najmi tak turun2 lagi.

"Eh kamu bertiga pun ada ? Bila sampai ?" Soal mama kepada kawan2ku. mereka bersalaman dengan mama.

"Sorry auntie tak cakap pun. Malam tadi kami tdo dengan Yana. Yana boring katanya." Kata arfa lalu memandangku.

" eh takpela. Auntie tak kisah pun. Yana ni memang sikit2 boring, orang suruh kahwin taknak" Ya Allah mama ni dah kenapa ? Topik kahwin dia masukkan pula.

"Ala auntie, auntie kahwinkan je dia dengan bos dia" ujar syasya selamba. Aku mencubit lengan syasya. Kami semua ketawa.

"Ok auntie uncle, kami balik dulu eh ? Assalamualaikum" kata Syamien. Lalu mereka menyalami mama dan papa.

"Waalaikumusalam" jawab kami bertiga serentak. Mereka pun berlalu pergi.

"Sorry lambat"kata along. "yooo maaf ya semua, terlambat pula"
tidak lama selepas itu angah pula sampai.

"Eh korang ni tak reti bagi salam ke apa ? Islam kan? " perli papa. Along dan angah tersengih seperti kerang busuk.

"Assalamualaikum" kata mereka serentak.

"Waalaikumusalam" jawab papa dan mama. Aku lihat isteri mereka berdua menahan ketawa.

"Owh mana mummy ?" soal mama kepada kak Nia.

"Owh mummy nanti turun la tu" jawab kak Nia.

"Eh mama along gerak balik dulu eh? Takut jalan jem sampai afrika" kata along.

"Banyakla kamu sampai afrika.Mmm yela" kata mama.

"Mama kiteorang gerak dulu ya ??" Kata kak mira. Lalu menyalam kami semua.

"Hati2 bawa kereta. Mira kalau si Azim ni bawa kereta laju2, kamu hempuk je dia guna beg tangan kamu tu" kata mama. Kak mira hanya mengangguk setuju.

"Owh berani buatla. Taknak peluk masa tdo nanti" kata along selamba depan mama dan papa. Kak Mira mencubit lengan along. Mukanya merah padam. Kami ketawa

"Pergi dulu ma,pa" kata along.

"Eh sorry lambat," sapa seseorang dari belakang. Mak Najmi yang menyapa kami.

Aku lihat Najmi dan Nazim turun bersama. Automatik fikiranku mengingati cerita Syamien malam tadi.

*******sambung*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience